Be My Friend :)

04 June 2013

#30: Safety First

Salam... :)

Semalam, masa dalam feri nak balik kerja, aku dengan x sengajanya (ker memang sengaja :P) terpandang motor dan tuan motor yang berada di hadapan aku. Seorang perempuan juga. Masa tu feri sedang merapat di tambatan. So memasing ada yang dah ready pakai balik helmet dan sebagainyalah. 

Yang buat aku terpandang dia tu bukan apa...masa tu perempuan tu sedang memasukkan handphone dia secara santai ke dalam handbag dia yang diletakkan di dalam raga motor dia. Xde la pelik pun kan? tapi cuba korang lihat pula dari segi keselamatan. Sesuai ke tak untuk handbag diletakkan secara selamba jer dalam raga motor? tak ke nanti menyenangkan kerja orang yang berniat untuk meragut? kan?

Aku bukan apa...cuma aku rasa, kadang2 kita secara tidak langsung terdedah dengan kes2 sebegini disebabkan oleh kecuaian kita sendiri. Betul tak? Tambah2 lagi bagi penunggang perempuan/wanita. Bukankah lebih selamat jika motosikal kita tu turut dilengkapi dengan box di belakang? Takkan beli motor mahal2 boleh, tapi box yang harganya yang lebih kurang RM150 harganya tu kita tak mampu nak beli dan pasang. Betul tak? Boleh simpan baju hujan, pam tayar mini, handbag dan barang2 lain dalam box tu. Risiko diragut pun boleh dikurangkan kepada 90%. Tak payah nak memberi risiko pada diri sendiri dari diragut atau menyebabkan beg kita tu basah terkena hujan dan sebagainya.  Kan?

Aku bukanlah nak promote box motor kat sini. Cuma sebagai memberi ingatan terutamanya riders perempuan/wanita. Macam kes yang aku nampak semalam tu, dahlah orang dalam feri tu (yang berhampiran dengan dia) dengan jelas boleh nampak dia masukkan handphone di dalam handbag dia, pastu handbag pulak letak kat dalam raga motor jer. Sangatlah selamba. 

Sesetengah tu sanggup la galas handbag kat belakang atau silangkan di bahu bila bawak motor. Kalau travel jauh, mau cramp bahu tu tau. Kan lebih senang dan selamat simpan dalam box kan? ker sebab diorang fikir, boh box kat motor menyebabkan motor jadi x sport? Apa la yang nak dikesahkan...safety first...sapalah nak tengok kita sport ke tak sport sangat pun... kalau orang ragut handbag dalam raga motor tu pastu siap tendang motor sampai tergolek atas jalan raya tu, sila salahkan diri sendiri dulu yer...

Aku: So moralnya, beringat sebelum kena....dah kena x guna dah... :)

1 comment:

Naja Naja said...

Oh Rini, sangatlah style entrymu kali ni.. hehe. Tapi memang betulpun, malang tidak berbau.. namun jangan dedahkan 'bau' kepada pemangsa !