Be My Friend :)

21 May 2013

#27: Cerita Minggu Ini

Salam... :)

Nak cerita nih...hehe...:) last 2 weeks aku ada la pergi interview untuk ikut satu program anjuran JPA. Program apa? terpaksalah dirahsiakan buat sementara ni..hehe..(poyo :P) Pastu sepatutnya semalam keputusan interview tu keluar dan dapat dicheck dalam website. Aku punyalah berdebar2 since last week lagi memikirkan result yang bakal keluar semalam. Sampai x lena tidur dan sakit2 perut dibuatnya... :P

But then...actually I've been worried for nothing sebab resultnya tu x keluar as per schedule pun. Petang semalam keluar statement yang result tu ditunda ke satu tarikh yang akan diberitahu kemudian sebab JPA masih lagi membuat pertimbangan...gitu..to be honest, one part of me rasa lega sebab xyah tengok lagi result yang aku dapat sama ada berjaya ke atau tak berjaya but another part of me rasa cam ralat jugak result x keluar sebab itu bermakna aku terpaksalah tunggu lagi bila result tu nak keluar. Maknanya x hilanglah rasa berdebar2 kat jantung aku ni dek terpaksa menunggu lagi...kan?..Huh! 

Walaupun pada dasarnya aku sedar, nak dapat tempat dalam program tu pun macam 30/70 jer peluang aku sebab yang pergi interview hari tu pun beratus orang...yang nak dipilih nanti pun dalam lebih kurang 20 orang jer pun tapi still...ada harapan yang disandarkan lepas pergi interview hari tu. Sebab tulah berdebar x tentu hala bila ingat yang result akan keluar semalam. Dan sekarang ni kenalah menunggu lagi...huhu...itulah ceritanya... :) 

Perkembangan lain, sekarang ni aku dah mula buat research untuk buat detail itinerary for next backpacking trip. Aku suka trip style backpacking tapi aku ni jenis detail sket. Bukan apa..bila pergi tempat orang, aku kalau boleh x mau bergantung pada orang tempatan sebab takut language barriers akan menyebabkan trip aku tu jadi susah. Memang banyak la kerja sikit bila kena buat research tentang banyak benda contohnya macam mana nak ke hotel yang telah dibooking dari airport. Pastu nak pergi mana di sepanjang berada di sana. Macam mana nak pergi tempat2 tu. Berapa tiket masuk, pukul berapa tempat tu buka & tutup, apa nama makanan yang boleh dimakan masa kat sana. Gitu...macam masa pergi Korea hari tu la...

Tapi walaupun banyak benda nak kena fikir, still planning x susah nak dibuat sebab ada banyak masa lagi sebelum tarikh sebenar trip tu. Sebab tu buat dari awal. Nak pergi hujung tahun tapi dah siap booking flight & hotel di awal tahun lagi. Tengah2 tahun macam sekarang ada la masa nak buat detail itinerary & early preparation. Pastu a few months sebelum terbang boleh tumpu pasal nak renew passport, buat visa dan beli food stock pulak. Sebulan sebelum terbang sebenarnya aku dah start packing dah pun. Masuk dulu barang sikit2 dalam beg pastu buat checklist. Xmolah tertinggal apa2 last minutes kan...karang nak cari kat tempat orang kan dah susah...betul tak? Moga Allah permudahkan semuanya...amin... :) 

No comments: