Be My Friend :)

18 April 2013

#23: Anak Saudara Baru & Majlis Bertunang

Salam... :)

Maka tibalah hari yang ditunggu-tunggu iaitu hari pertunangan adik lelaki aku yang aku sibuk2 buatkan hantarannya tu...hehe...aku & family balik kampung sehari sebelum majlis pertunangan tu iaitu di hari Jumaat 5 April yang lalu. Pepagi lagi dah bertolak dari Penang sebab perlu sampai di kampung sebelum tengahari memandangkan aku incharge makan tengahari sebab my mum tak ada di hari kejadian kerana menunggu adik perempuan aku yang memasuki bilik bedah pagi Jumaat itu untuk melahirkan anaknya yang ke-2 di Hospital Besar Ipoh.

Lepas sembahyang Jumaat, kami pula bertolak ke Hospital Ipoh untuk melawat adik aku yang telah selamat keluar dari bilik bedah...Alhamdulillah...dia dapat anak lelaki juga kali ini.. :)

 Mak Long (me) bersama anak sedara barunya (Muhammad Qayyum)... :P

Habis waktu melawat kira-kira jam 6.30 petang dan setelah dihalau keluar oleh nurse, kami pun bertolak pulang ke rumah. Ada lagi tugasan yang menunggu sebenarnya. Ada kira2 4 hantaran lagi perlu aku siapkan iaitu buah, bahulu, kain pasang & kek. Manakala 2 lagi hantaran tambahan iaitu pulut kuning & rendang ayam disiapkan sebelum bertolak ke rumah pihak perempuan di Setiawan pagi esoknya. Jumlah semua hantaran dari pihak lelaki yakni pihak kami ialah 13 hantaran kesemuanya...fuhh...

 Inilah dia hantaran yang aku buat hari tu...berkonsepkan raga dan warnanya pulak berkonsepkan hijau, peach & pink... cantik kan? Cincin pulak ada 2 bentuk iaitu cincin risik & cincin tunang... :)

Pagi tu, kami bertolak dengan 6 buah kereta pada jam 10.30 pagi tapi dek kerana hujan lebat di sepanjang perjalanan, maka kami hanya sampai di rumah pihak perempuan di Setiawan pada jam 1.30 petang. Menyedari yang kami mungkin sudah kelaparan, pihak perempuan menjamu makan tengahari terlebih dahulu kepada kami sebelum perbincangan mengenai pertunangan dilakukan...terima kasih...:)

Habis makan tengahari, kami pun masuk ke rumah untuk urusan pertunangan pula. Habis berbincang dan bersetuju dengan terma2 dan syarat2nya maka sampailah sesi menyarung cincin yang disempurnakan oleh my mum dan ditemani oleh aku. My mum dah pesan dari awal yang aku kena teman dia masa sarung cincin...gugup sebab first time nak terima menantu perempuan agaknya!...hehe...lawak jer mak aku nih!

Hantaran dari pihak perempuan bertemakan warna merah...tak sempat pulak aku nak kira berapa jumlah hantaran yang dibalas...hehe...dan gambar yang besar tu ialah adik aku dan bakal isterinya yang bertunang di hari kejadian....tahniah E & Seha! :P

Selesai majlis pertunangan itu, maka kami pun bertolak pulang. My sis si Dee satu kereta x balik terus ke kampung, diorang menghilang ke Lumut dulu. Ambil angin laut katanya! Mentang2 la dah dekat dengan Lumut... :P Manakala 5 kereta lagi terus bertolak balik termasuklah aku sebab kami sekeluarga terpaksa bertolak pulang ke Penang hari itu juga memandangkan esoknya yakni hari Ahad aku bertolak ke Sabah pula untuk menyertai trip yang dianjurkan oleh pejabat aku... :) ceritanya di next entry nanti yer.. :)

aku: Mak saudara aku memula ingatkan bekas hantaran tu aku beli yang dah siap jer. Tergamam dia bila aku cakap aku buat sendiri..hehe..x sangka la tu kreatif jugak anak sedara dia nih..hehe... :P kenapa? x percaya ke? haha...

No comments: