Be My Friend :)

15 April 2013

#22: Birthday!

Salam... :)

Sorry for the late update!..hehe.. :) 

1 April 2013 - adalah hari ulangtahun kelahiran anak manja aku yang seorang itu. Dia menginjak ke angka 10 pada tahun ini dan menyedarkan aku bahawa aku sudah semakin tua bila anak semakin besar!..hehe...

So sempena birthday my daughter dan kebetulan kami berada di kampung 2 hari sebelum birthday yang sebenar, maka kami sambut secara light iaitu hanya dengan memotong kek Black Forest yang dibeli di Secret Recipe Kuala Kangsar masa on the way balik ke kampung dengan disertai oleh adik2 aku yakni bapa2 saudara anak aku sahaja...hehe..jadi la...yang tu jer yang ada kat rumah semasa kejadian...


Dan hari sebenar birthday dia pada tahun ini jatuh pada hari Isnin. Jadi kami sambut bertiga pula malamnya selepas balik dari kerja. Kami bawa dia makan di Manhattan Fish Market, Sunway Carnival... :)


Itu sahajalah sesi sambutan birthday my daughter tahun ini. Dan seperti biasa, ia disambut secara sederhana antara kami sahaja. Xde birthday party pun...hehe..hadiah? mestilah ada...hadiah diberi kepadanya selepas kami pulang dari makan2...sekian.. :)

aku: next month birthday aku pula...tengah fikir2 nak hadiah apa pula tahun ini since hadiah boleh dipilih sendiri....hehe.. :)

No comments: