Be My Friend :)

28 March 2013

#20: Cerita Mengenai Isu Semasa

Salam... :)

Malam semalam aku tertengok citer hindustan kat TV2..masa tukar chanel tu betul2 masa Aishwarya Rai tengah menyanyi dan Hritik Roshan tengah tengok dia. Mak ooii..seksinya pakaian si Aishwarya Rai tuh...penari dia lagilah seksi...dengan skirt pendeknya...fuhh...terus otak terfikir...patutlah kat India sekarang tengah hot dengan kes rogol beramai2..hari-hari ada jer kes macam tu and the latest pasal student dari Korea Selatan yang dicabul di dalam bas oleh 5 orang lelaki...mujur dia sempat lari kepada anggota polis. Filem pada aku mempengaruhi sebab tengoklah filem2 hindustan sekarang ni pun. Pakaian dah tentu2 seksi terlebih...kan? moden la kononnya...masa menyanyi lagilah...jadi secara tak langsung dah terang2 memberi peluang kepada penontonnya berimaginasi keterlaluan...so kesimpulannya, kalau korang ada terfikir atau cadang2 nak pergi melancong ke India tahun ni...konon2 nak tengok Taj Mahal ke kan...rentikanlah yer...safety first...tengok jer gambar India kat internet...tu x bahaya..

Ni satu lagi...nak pergi melancong ke Seoul pun sekarang ni macam tak best kan? hari-hari bila baca berita dalam paper, mesti ada berita pasal Korea Utara nak serang Korea Selatan. Duduk berjiran, adik beradik pulak tu tapi masih nak berperang. Kalau perang, bukan faktor sapa kalah atau sapa menang yang menjadi persoalannya tapi kemusnahan harta benda dan kehilangan nyawa yang menjadi faktor utamanya. Betul tak? yang jadi mangsa keadaan adalah rakyat negara itu juga..pemimpin yang sibuk2 nak perang sampai tak fikir kebajikan rakyat dia sendiri! Tak boleh ke masing2 negara jaga negara masing2 jer? Fikir macam mana nak majukan negara ke, macam mana nak tingkatkan taraf ekonomi rakyatnya ke...kan? aku pelik bila negara tu xde la kaya pun tapi sibuk nak majukan teknologi tenaga nuklearnya sebab nak berperang dengan negara lain. Sedangkan kat negara dia, ada yang kebuluran sampai bunuh anak atau sedara mara sendiri untuk dijadikan makanan. Pening kan bila difikir2...

Tengoklah apa yang dah jadi pada Iraq. Dia serang negara orang, pastu orang serang dia balik, pastu negara dia musnah. Sampai sekarang ni x aman2. Berapa tahun dah Saddam tu mati...tak pun aman juga bila dia dah takde..Ada jer hari2 bom kat sini, bom kat situ. Dahlah yang musnah dalam perang bertahun dulu pun belum dibina semula...pastu bom pulak lagi kat tempat yang masih boleh digunakan...sekarang makin lama makin tak ada dah tempat yang elok dah pun. Betul tak? Nama jer bertamadun tapi not exactly act like one.. Bila la nak hidup dengan amannya pun tak tahulah..  

Kat Malaysia pun sekarang ni risau juga. Bermula pencerobohan Sabah sampai sekarang Filipina pun ada ura2 nak tuntut Sabah juga. Semua tu nak menjurus kepada persengketaan antara negara la tu. Dah jelas sejarah membuktikan mereka tak layak nak tuntut Sabah tapi masih nak timbulkan isu yang akan menyebabkan kedua2 negara bersengketa. Agaknya semua negara kat dunia ni dah tak mahu duduk dengan aman damai dah agaknya. Semua seronok nak berperang..huh!

aku: sangat sayangkan Malaysia...moga negara yang kecil dalam peta dunia ni akan terus aman...amin..


No comments: