Be My Friend :)

25 March 2013

#19: My Weekend Activities

Salam... :)

Minggu ni tinggal aku berdua jer dengan My Daughter sebab Mr.Hubby xder...ada tournament bowling kat Johor mula hari Jumaat sampai Ahad. So sementelah tinggal berdua sahaja maka terpaksalah kami merancang aktiviti sendiri yang sesuai dengan kami...hehe..

Hari Sabtu kami berdua ke Sunway Carnival Mall. Pagi2 lagi dua2 beranak ni dah bangun dan buat kerja rumah terlebih dahulu (basuh baju, sidai baju, basuh kasut sekolah, menyapu rumah & buang sampah). Gigih buat laju2 supaya cepat siap semua kerja dan boleh bersiap untuk keluar pula...haha..nak berjalan semua pun excited kan? dasar...haha :P

Since Seberang Jaya di mana terletaknya Sunway Carnival Mall tu agak jauh dari rumah aku, maka x beranilah aku bawak My Daughter tu naik motor ke sana. Maka kami decide untuk ke sana dengan menaiki bas atas faktor keselamatan dan keselesaan. Malam tu dah search siap2 bas Rapid Penang punya route map supaya tahu bas apa yang perlu dinaiki untuk ke tempat yang ingin dituju itu. Bukan apa, first time nak naik bas ni sebenarnya... Selama ni kan cakap jer nak pergi mana kat Mr. Driver@Mr.Hubby and dia akan bawakan....:) so bila dia xde barulah tetiba teringat nak naik bas...haha...menggagau cari route map segala! :P hehe... So tepat pukul 10.30 pagi kami pun bertolak la dari rumah dan selamat sampai di Sunway Carnival Mall pukul 1.10  petang. Elok sampai terus menuju KFC dulu untuk makan tengahari. Standard la budak2 kan..mesti pilih KFC punyalah...hehe..

Tujuan utama nak ke Sunway Carnival adalah sebab kami nak tengok wayang! hehe...kami tengok cerita Oz: The Great & Powerful. Tiketnya dah dibeli siap2 secara online masa dalam bas... :) Maka kami pun makan cepat2 dan terus masuk panggung untuk show pukul 2.05 petang. Ok la citer tu. Yang penting buah hati pengarang jantung aku nan sorang tu happy. Lepas habis tengok wayang, bersambung dengan sesi shopping secara light pula. More to her la...beli kasut baru dia, beli buku, beli blusher for me and sebelum bertolak balik kami beli nasi Ayamas untuk makan malam dan selamat sampai di rumah sebelum pukul 7.00 malam...alhamdulillah... :)

 Buku yang dibeli...(recipe for love tu buku mama dia).. :)

 2 blushers by Holika Holika...buy one free one...(teringat Korea sebab kat sana blusher ni murah jer tau! sini harganya 2 kali ganda!)

  Last but not least..my lovely daughter...yang belakang tu hantaran bertunang untuk adik lelaki aku yang aku cakap hari tu...dah siap semuanya...nanti aku tunjuk gambar penuhnya yer.. :)

Hari Ahad, kami lepak di rumah jer. Takkan hari2 nak keluar kan?..so kami buat aktiviti bebas, masak simple2 jer untuk makan tengahari, pastu tido...pastu petang keluar kejap ronda2 dengan motor ambil angin petang...so itu ajelah aktiviti hari minggu kami.. :)

Aku: travel naik bas turun bas ke Sunway Carnival Mall ni bolehlah dianggap sebagai 'latihan backpacking' untuk my daughter juga sebab lepas ni nak bawa dia pula pergi backpacking...hehe...practice makes perfect kan?.. :)

No comments: