Be My Friend :)

15 February 2013

#12: Kisah Kedai Mamak

Salam... :)

Selalunya kedai mamak ni terkenal dengan servisnya yang pantas & makanannya yang sedap kan? Sampai kadang2 tu, belum sempat duduk pun pelayannya dah tanya nak minum apa...nak makan apa.. betul tak? Tapi sebenarnya taklah semua kedai mamak gitu... ada yang servisnya lambat bebenor sampai kita dah duduk lebih dari 10 minit pun belum ada pelayan yang datang ambil order...kan?

Sebenarnya nak cerita, last 2 days, balik jer dari kerja Mr.Hubby cerita yang dia bengang sangat pagi tu. Katanya, dia pergi breakfast kat satu kedai mamak yang dia selalu pergi tu. Sorang2 dia jer pun. Duduk dah dekat 10 minit, sorang waiter pun xde ambil order lagi. So dia bangunlah pergi order sendiri kat tempat mamak buat roti canai tu. Kalau nak tunggu entah sampai bila baru nak datang kan...so dia pun order la..."mamak, bagi capati 2 keping, potong, kuah taruh atas"...mamak tu toleh kat dia and terus cakap "sana duduk!" sambil tunjuk kat meja. Dia seolah2 macam x suka Mr. Hubby datang order sendiri and suruh Mr.Hubby pergi duduk balik kat tempat dia duduk tadi...Mr.Hubby pun pergilah duduk balik...sabar lagi dia..

After 5 minit, sampailah capati yang dia order tu tapi x dipotong macam yang Mr.Hubby pesan tadi so Mr.Hubby pun tanyalah "Eh, kenapa tak potong?"..mamak tadi tu kata "tak boleh potong!" dan terus blah...amboi! selalunya boleh jer potong capati tu macam roti canai...kenapa x boleh pulak kan? Pelik la Mr.Hubby.. dia bukan baru 2-3 kali makan kat situ pun. Dah banyak kali dah sebab kedai tu dekat dengan pejabat dia tapi sebab malas nak panjang2...dia pun makan laju2 dan pergi basuh tangan kat sinki.

Tengah basuh tangan, tetiba mamak tu datang kat belakang dia sambil pegang tray ke periuk kecil..aku dah lupa..sambil kata kat dia.."sana basuh!" sambil tunjuk satu lagi sinki..maknanya, dia nak guna sinki tu untuk basuh tray/periuk kecik yang dia pegang tu. Sabar Mr.Hubby dah sampai tahap maksima...maka terus jer dia cakap "suka hati saya la nak basuh tangan kat mana pun!" suka-suka jer nak arah orang...bukannya Mr.Hubby basuh tangan kat sinki kat dapur pun..

Lepas basuh tangan, Mr.Hubby terus pergi kaunter untuk bayar. Terus la dia sound cashier tu.. "Apa pasal hari ni capati tak boleh potong? Selalu boleh jer potong!"..cashier tu serba salah..dia kata "oh, ini orang lain (waiter tu orang lain)"...Mr.Hubby balas "habis kalau orang lain tak boleh potong ke? kenapa? saya tak bayar ke makan sini? mana you punya bos? saya nak tanya apa pasal tak boleh!" cashier dah gabra..dia cuma kata "sorry..sorry"...Mr.Hubby bayar dan terus blah..

Mr.Hubby sebenarnya bukan la nak marah sangat sebab capati tu tak dipotong...tapi sebab bengang dengan cara waiter tu layan dia seolah2 macam Mr.Hubby ni orang merempat yang minta makan free kat kedai tu gayanya dengan tone suara yang kerek giler! Apahal nak berlagak pun kan? dahlah servis lambat!

So moral of the story? bukan semua kedai mamak tu bagi servis yang bagus yer. Ada juga yang bagi servis lambat..dengan kerenah waiter yang kerek macam best. Xde dah nak guna slogan "customers are always right" tu pun...aku cuma suruh Mr.Hubby pergi makan kat kedai lain la lepas ni...tak payahlah nak makan kat kedai yang pekerjanya tak reti nak hormat pelanggannya...betul tak?..kalau sakit hati, nanti nak makan pun jadi tak lalu walau sesedap mana pun makanan tu...kan?..

aku: kat Penang ni bersepah kedai mamak..kalau macam tu servis yang diberi, aku blacklist jer! :P

1 comment:

Naja Naja said...

pelayan tu belum dihantar berkursus kot..tak pun baru sampai dari India sana. hehehe

apapun.. mmg betui kata hang, bukan semua servis kedai mamak tiptop