Be My Friend :)

30 January 2013

#7: Backpacking ~ Kena Fikir Positif

Beautiful view onboard masa pergi Seoul hari tu.. :)

Salam... :)

Kali ni saja la aku nak cerita pasal backpacking sebab ramai juga yang hantar email bertanya susah ke tak nak backpacking ke Seoul. Rata2 yang bertanya tu, risau kalau2 susah nanti nak pergi mana2 tanpa khidmat tour guide. Takut sesat. Pastu pernah juga aku dengar orang kata "kalau x pakai tour guide, entah2 nanti berpusing di tempat yang sama jer...ke mana pun x dapat pergi sebab tak tau"...amboi!..agak2 la...takkan la berhabis duit pergi tempat orang jauh2 tu tetiba sampai sana cuma pusing2 kat tepi2 hotel jer kot kan? Negatif jer bila berfikir...

Backpacking ni pada asasnya nak kata senang sangat pun tak, nak kata susah sangat pun tak juga. Ada la cabaran yang perlu ditempuhi juga. Nak2 pulak kalau pergi backpacking ke luar negara..yakni tempat yang kita tak biasa atau tak pernah pergi sebelum ini. Masalah bahasa, budaya & cuaca tu kita dah sedia maklumlah kan? Tapi cabaran itu yang sebenarnya menjadikan trip kita tu lebih menarik, tidak terikat (lebih bebas) & lebih jimat dan yang paling penting sekali ialah lebih thrill.. :)

Backpacking ni sebenarnya boleh jadi mudah kalau kita prepare dari awal2 lagi. Contohnya macam tiket flight tu kita dah beli dari awal lagi like a few months back kan? so lepas booking flight, bolehlah start planning. Firstly, beli la guide book dulu. Selalunya guide book ni akan ada complete detail mengenai sesebuah tempat tu yang merangkumi info basic mengenai cuaca, budaya, bahasa dan sebagainya. Dan juga disertakan info mengenai place of interest, macam mana nak pergi situ & maps tempat tu. Lepas tu tambah la lagi dengan info2 yang boleh dicari di Internet. Maka mudahlah nak buat itinerary sendiri lepas tu kan?

Bila dah ada detail planning @ itinerary tu, nak berjalan tempat orang tu dah jadi senang. Cuma kena alert la baca signboards...Kalau pergi berdua, sorang boleh baca detail planning, sorang lagi boleh tolong tengok signboards..kalau pergi ramai2, lagi ramai la yang boleh tolong. 

Yang penting sekali, bila nak pergi melancong cara backpacking ni, kena fikir POSITIF. Kalau asyik kata, boleh ke? tak sesat ke? x susah ke? sudahnya memang xjadilah nak pergi backpacking ni. Macam aku, memang dari awal dah buat detail planning sendiri sebab tak mau bergantung pada orang. Kalau boleh tu, nak kurang bertanya walaupun orang kata kalau malu bertanya sesat jalan kan? Bukan nak sombong ke apa tapi sebab communication barrier. Sesetengah tempat tu, Bahasa Inggeris pun susah nak difahami apatah lagi kalau bercakap dalam Bahasa Malaysia kan? Lagi bagus kalau belajar sedikit sebanyak bahasa negara tu atau beli jer Phrase Book bahasa negara tu sebab kat dalam phrase book ni, akan ada simple ayat yang boleh digunakan untuk berkomunikasi. InsyaAllah boleh juga membantu bila diperlukan nanti. 

So kesimpulannya, kena berani dan yakin bila backpacking ni...InsyaAllah urusan korang kat tempat tu akan dipermudahkan..

aku: tengah planning :)

2 comments:

Naja Naja said...

Setuju Rini.. setuju ! Bak kata pengerusi JKKK kg aku.. Worrying is like a rocking chair, it gives you something to do, but it gets you nowhere.

marstories said...

Naja: siapakah pengerusi jkkk kg hang tu? aku kagum dengan kata2nya itu dan juga bersetuju dengannya..hehe..dah selamat balik dari backpacking vietnam yer naja? cepat2 update blog hang tau!... :)