Be My Friend :)

21 January 2013

#6: Tukar Motor?

Salam... :)

Nak citer ni...kisahnya, last Friday masa nak pergi kerja, motor kesayangan aku yang telah digunakan sejak tahun 2004 tu rosak tetiba kat tengah2 highway! adoii la...timing belt putus masa aku tengah laju...huhu...alhamdulillah la aku x apa2 tapi masa aku rasa timing belt tu putus, bunyi kuat gak la dan buat aku terkejut but still boleh kontrol motor dan bergerak ke tepi sebab masa tu kebetulan kat atas bukit..so bila timing belt tu putus, motor bergerak sendiri menuruni bukit sebab kalau pulas minyak pun dah xkan bagi effect apa2 dah...huhu..

Sebenarnya, itu dah kali kedua timing belt putus tengah jalan tapi yang first tu putus masa balik kerja dan dah dekat rumah dah so ini kali pertama la putus masa nak pergi kerja..dah tu tengah2 highway pulak tu! So bila motor dah stop bergerak, aku xtau nak buat apa sebenarnya...hehe..tapi xlah panik sebab aku tau Mr. Hubby belum lepas lagi. Mr. Hubby pun pergi kerja bawa motor dan kami melalui jalan yang sama sebelum berpisah mengikut jalan masing2 setelah keluar dari tol yang pertama dan selalunya tiap2 pagi aku akan keluar dulu dari rumah. Makanya, x sampai 5 minit lepas motor aku berhenti sepenuhnya, Mr. Hubby pun melintasi aku dan perasan motor aku yang dah tersadai kat situ. Dia pun berhenti. Aku lega... :) xleh bayangkan kalau aku kena tolak motor tu sorang2...(ada la lebih kurang 5km nak sampai kedai motor)..

Maka kami suami isteri pun berbincang la kat situ macam mana nak buat dengan motor aku tu. Nak tolak ke depan jauh lagi nak sampai tol..nak patah balik ke belakang pun jauh juga sebab boleh kata masa tu kami kat tengah2 antara nak terus ke depan atau ke belakang balik. Sudahnya, Mr. Hubby soh aku ikut dia dulu ke ofis dia dulu sbb dia refused nak tinggal aku sorang2 tepi highway tu. Motor aku tinggal kat situ. Dan seterusnya, sampai kat pejabat dia, berpatah balik, tolak motor ke kedai dan motor pun dibaiki...tau tak?..kena tukar timing belt dengan satu set yang bersangkutan dengan belting tu..habis RM400 kat situ jer...huwaaa....itupun pomen tu kata, enjin bunyi x sedap...dia soh datang lain kali untuk buka enjin dan check apa yang x kena...nak kena spare duit lagi la tu! :(

Itu la kisahnya...skuter ni kos repair dia mahal kan? Pomen pun cakap camtu... Aku pulak dah rasa mcm tak sanggup dah ni... tukar motor cub ajelah...kan?  

5 comments:

Double F & Double D said...

la.....seb baik k.rinie x dak apa2..
tukaq len la motor tu..
tukaq moto besaq plak...
hihihi...

kami pun takut gak..sbb skuter kami pun dah lama ...

Naja Naja said...

Rinie.. mungkin mahal ikut jenis model pada masa tu. Skang ni aku rasa bersepah skuter di mana2.. dah byk tengok skuter plak dari cub.

Ahhh.. pomen lagi tau. Saja nak menyemak blog hang :)

marstories said...

farah: tu la..dahlah tengah laju...alhamdulillah la xde apa2..nak tukar rasanya..dah pegi survey pun..hehe.. :)

naja: skuter memang banyak tapi servis mahal dari motor biasa tu maybe sebab ikut harga spare part kot..bukan pomen jer kata camtu, budak2 ofis yang pernah pakai skuter pun cakap camtu..semua soh tukar ke motor cub jer..

TiNiE said...

ex5 ker?

marstories said...

Tinie: ha'a..motor cub tu mcm ex5 tu la...skrg ni aku pakai skuter (ego)... :)