Be My Friend :)

16 January 2013

#5: Cempedak Goreng Vs Crepe Durian

Salam.. :)

Antara cempedak goreng dengan crepe durian, yang mana korang lebih prefer? Kalau aku, aku lebih suka cempedak goreng sebab lebih original rasanya...kan? tapi dari segi publisiti (ingat artis jer ker ada publisiti? hehe :P) crepe durian ni lebih glamer. Boleh kata sangat terkenal la masa musim durian yang baru2 ni...kan? tapi masa crepe durian ni tengah terkenal seantero blog, aku belum dapat rasa lagi crepe durian ni macam mana. Nampak macam sedap la...cuma x tau kat mana nak beli dan x tau pulak macam mana nak buat sendiri (malas sebenarnya :P). Jadi keinginan nak try crepe durian ni di'skip' (ayat baru :P) sehinggalah last weekend bila tetiba ternampak ada orang jual kat kawasan rumah aku...maka belilah...4 ketul = rm7 (mahal ke murah?)..

Di hari yang sama beli crepe durian tu, aku beli juga cempedak 2 biji. Mr. Hubby la yang belikan. Dia kesian kot sebab hari2 balik kerja aku selalu cakap sedapnya bau cempedak goreng tapi x sempat nak beli sebab bila lalu kat tempat jual cempedak goreng tu, selalunya dah habis pun cempedak goreng tu. Tinggal pisang goreng jer. Kalau dah hari2 sebut, faham la sang suami yang si isterinya nak sangat makan. Kesian punya pasal, dia beli 2 biji terus cempedak tu. Ambik! nak makan sangat kan? sudahnya 4 hari berturut2 kami bertiga makan cempedak goreng..hehe.. :)

Berbalik pada cerita pasal crepe durian tu pulak. Maka, akhirnya merasa la aku rasa macam mana rasa crepe durian yang digembar gemburkan sangat sedap tu. Aku dengan anak aku jer makan sebab Mr. Hubby x suka makan benda pelik2 atau yang dia x pernah makan. Dan kesimpulannya macam yang aku cakap mula2 tadilah. Aku lebih suka cempedak goreng dari crepe durian. Sebab? aku rasa cam pelik sket la rasa lemak2 durian + whipping creme tu. But still boleh diterima la. Cumanya makan satu jer pun dah muak...anak aku pun makan x habis satu tu. Sudahnya 2 ketul lagi jadi penghuni peti ais sampailah hari ini. Nanti aku makan... :P

So itulah ceritanya...tapi xdelah aku nak kata crepe durian tu tak sedap ke apa cuma mungkin sebab citarasa yang berbeza membuatkan aku lebih suka rasa cempedak goreng dari crepe durian. Mungkin ada orang lebih suka crepe durian kan? hehe.. :) 

4 comments:

BurBerry said...

dua2 sedap kak rini..hehhehhe

BurBerry said...

2dua sedap kak rini..hehheeheh terliuq nie

TiNiE said...

cempedak goreng is all time faveret, crepe durian tu bermusim kot. aah, for me crepe durian tu boleh la nak makan, tapi tula takder la nak teringin hari-hari unlike cempedak goreng, hari-hari hadap pon tak jemu!

marstories said...

Berry: Ha'a..dua2 pun sedap :)

Tinie: Ha'a..aku pun..hari2 makan pun x jemu cempedak goreng tu.. :)