Be My Friend :)

11 January 2013

#4: Kisah Buku Teks


Salam.. :)

Dari 3 minggu sudah, weekend jer aku sibuklah ke sana sini mencari buku teks ni kat semua kedai buku yang aku tau kat Penang ni. Lebih dari 6 buah kedai buku kot yang aku dah pergi. Malangnya tak jumpa2 pun buku tu...semua kedai tu kata buku tu xde stok...frust tau...

Buku ni untuk anak aku yang seorang tu la...dia ada buku pinjaman yang sekolah bagi tu ...tapi buku tu dah nak tertanggal mukasuratnya...dah uzur sangat2...kesian pulak kan..macam manalah dia nak belajar bila buku teks pun dah nak relai.. Itu yang dengan gigihnya aku carilah jugak buku ni sampai dapat. Tapi bila dah hopeless tak tau nak cari kat mana lagi dah, aku lastly decided nak gunakan talian hayat jer la...message adik2 aku kat KL nun guna whatsapp...beritau semua adik2..kalau singgah kedai buku, tolong cari kejap buku tu...bagi sekali dengan gambar buku tu sebagai rujukan diorang nanti. 

Nak jadi rezeki, kebetulan masa tengah whatsapp diorang tu, Dee memang ada kat luar & nampak kedai buku...terus la dia singgah & akhirnya terjumpalah buku tu...yeay!..dia pun beli dan poskan...baru kejap tadi sampai kat ofis aku...alhamdulillah...tenkiu Dee...terima kasih daun keladi..hehe.. :) Finally...

p/s: kenapalah aku tak terfikir nak guna talian hayat awal2 lagi kan?...hehe..

1 comment:

Naja Naja said...

sebab tu lah dinamakan talian hayat.. apabila sudah habis semua ikhtiar dibuat dan difikirkan, maka barulah menjelma ia untuk membantu.. hehehe. agaknyer lah !