Be My Friend :)

27 September 2012

#43: Cedera

Al-kisahnya masa raya hari tu dengan x sengajanya ibu jari kiri tangan aku terseliuh sket..bengkak la sikit pastu bila dah hilang bengkak, sakit tu masih ada sampailah sekarang ni..ada la jugak aku pergi check kat klinik dekat umah aku tapi disebabkan klinik tu xde x-ray, doc soh pergi hospital..takut la retak ke apa katanya..so aku pun pergilah x-ray kat hospital....free jer & betul xde retak ke apa..doc pun bagi ubat tahan sakit & ubat sapu jer..

Pastu bila balik kg masa sepupu aku kawin lebih kurang 2 minggu lepas, ada juga aku minta tolong kawan mak aku tolong urutkan sebab dia tukang urut..tp still..sakit x hilang...sudahnya hari2 aku urut sendiri jer dengan minyak panas warna merah la...warna hijau la..balm la..krim yang klinik bagi & krim yang hospital bagi..ikut mana yang aku nampak..hehe..pastu kadang2 aku bandage dia bila rasa sakit terlebih..

Tapi alih2 2 hari lepas, tetiba jari tu bengkak pulak..sebab sejuk kot..penang hujan lebat minggu ni..tiap2 hari pergi balik kerja aku kena pakai baju hujan..tu pasal tangan sejuk dan bengkak kat jari yang terseliuh tu kot..dah tu semalam, pepagi lagi aku pun ke klinik. Memula tu hantar sms kat bos dulu bagitau datang lewat sikit sebab nak pergi klinik dulu. Pukul 8.30 pagi dah terpacak depan klinik walhal klinik bukak pukul 9.00 pagi. Xperlah..tunggu jer la sebab nak patah balik umah agak jauh gak..x berbaloi lagipun hari dah mendung semacam..sambil tunggu sempat call mak nak mengadu..hehe..

Klinik bukak jer terus aku pegi kaunter pendaftaran..jadi pesakit pertama..hehe..actually ada sorang makcik tu yang jadi orang pertama masa tu sebab dia tunggu betul2 depan pintu klinik..hehe..tapi dia x jadi bila tengok senarai nama doc bertugas hari tu..Dr. S..hehe..memula makcik tu ingat Dr. N yang bertugas..rupanya Dr. N bertugas hari Isnin, Selasa & Khamis jer..aku pun suka Dr. N dari Dr. S sebab Dr. N tu lembut orangnya..macam lebih concern..tapi sakit punya pasal takkan nak tunggu esok kot kan..hehe..sakit2 pun ada hati nak pilih2 doc.. :P

Dr. S tu ok gak..cumanya dia doc serius..muka ala2 nak telan orang sket..tapi dia still mendengar bila kita mengadu tentang sakit kita tu..aku pun bla bla bla cerita tentang sejarah jari aku yang bengkak tu..dia pun check sambil aku kejap2 aduh..aduh..aduh..hehehe..last2 dia suggest soh buat blood test..nak check kandungan darah tu kot2 ada asid ke gaot ker..sebab aku dah buat x-ray kat hospital hari tu..so ambillah darah kat lengan kanan dan result keluar Isnin nanti..dan diberi 3 jenis ubat & mc sehari..kena rm92.00 (fuhh..mujur dah gaji)..kuar klinik terus sms kat bos & kak Ina (soh dia bagitau admin) :P Balik umah makan ubat & balut jari yang bengkak tu dengan halia sebab nak urut x boleh sebab bila tersentuh pun sakit mcm berdenyut2...dah balut jadi camni la rupanya.. :)


Hari ni masih bengkak lagi jari tu tapi aku x balut la...dah boleh sentuh dan urut2 dia sikit2..pastu makan ubat dan sapu2 krim yang klinik bagi tu. Masa bawak motor, bila nak bagi signal terpaksalah aku tolak dengan jari telunjuk dan tutup signal dengan tapak tangan sebab ibu jari masih sakit...gitulah ceritanya..dan harap2 result blood test tu okay2 jer..huhu..

24 September 2012

#42: Lawak yang x lawak

Sabtu minggu lepas mak mertua aku buat kenduri doa selamat sebab dia nak pergi menunaikan haji di Mekah. Jadi sibuklah aku membantu apa yang patut sampai x cukup tangan. Biasalah kenduri kan..tapi bukan itu yang aku nak cerita sekarang ni...

Since nak buat kenduri kan...so Mr. Hubby ada la jugak jemput some of kawan2 office dia yang duduk berhampiran dengan rumah mak mertua aku tu untuk datang kenduri tu nanti. By phone jerlah sebab mak mertua aku dah jemput pun diorang ni face to face dah..saja la kan call bagitau sekali lagi sebab itu kawan dia. Sorang kawan dia boleh pulak kata "kenduri tu kenduri hang nak kawin satu lagi kan?"...melawak la tujuannya tu..Mr. Hubby jawab "hoishh...tu nak kena kayu tengah belakang la tu"...pun menjawab secara melawak jugak..

Ingatkan habis kat situ jerlah tapi masa kenduri, terjumpalah kawan yang cakap melawak camtu tu..lagi sekali dia cakap "hah..mana orang rumah baru tu?"..isk!..Mr. Hubby gelak jer..aku pulak ada jer kat area2 berdekatan dengan tempat kejadian tu..huh! xde benda lain ke nak melawak pun kan? pastu x lama lepas tu, masa Mr. Hubby dok melayan keluarga mak sedara dia makan, entah apalah yang diorang bualkan tapi lepas tu wife sepupu dia ada cakap "Abg. Nan (Mr.Hubby) ni nak menikah anak dara pun boleh lagi ni"...aku cam "WHAT?"..diorang ni dah kenapa?

Aku xdelah nak jeles ke atau nak marah ke apa..tau diorang ni cuma melawak jer..Mr.Hubby pun masa aku tanya dia, dia ada kata.."alah..xyah amik hati sangatlah..melawak jer tu"..yer la..aku faham..tapi macam yang aku cakap kat Mr.Hubby, kan ada banyak lagi benda yang boleh buat modal melawak kat Malaysia ni kan? then kenapalah suka nak melawak benda2 mcm ni?..sebab seingat aku ada jugak beberapa kali aku dengar lawak macam ni orang kata kat Mr.Hubby sebelum ni tau...macam mendoakan pulak!..aku x suka..

Melawak pada aku ada sempadan juga...jangan melawak yang boleh menjatuhkan air muka orang atau lawak yang boleh buat orang kecil hati dan sebagainya..mungkin pada orang lelaki, benda tu xde benda...saja jer buat modal melawak dengan kawan2..tapi bila si isteri yang mendengar lawak macam tu tentang suami dia, terfikir x apa perasaan dia? orang lain aku x taulah..tapi aku x suka! so lepas ni kalau aku dengar lagi lawak macam tu, aku sound direct jer! Huh!  

04 September 2012

#41: Cerita Raya

Raya dah berlalu lebih dari 2 minggu dah pun kan? Kejap jer..hari ni dah masuk 17 Syawal dah pun..so camana raya korang? Mestilah seronok kan?..aku pun rasa raya aku kali ni full dengan aktiviti..hehe..jom citer..pagi raya pertama tu lepas mandi sunat Aidilfitri terus bergegas ke rumah mertua aku...nak pergi sembahyang raya bersama kat masjid taman rumah mertua aku..lepas jamah sikit kuih raya & ketupat rendang yang dah tersedia di atas meja oleh mil, kami pun berangkat ke masjid...lepas habis sembahyang raya sambung balik makan..hehe..pastu buat photoshoot dengan digital camera & tripod kat rumah mertua..posing la situ, sana, sini...haha..jadilah..walaupun xde DSLR....:P

Lepas habis photoshoot (la sangat), kami pun bergerak ke rumah opah (emak MIL) kat kampung yang kira2 15 minit perjalanan dari rumah mertua aku..sampai sana makan lagi..rendang, ketupat, laksa & kuih raya..pastu lepak sembang2 dengan sedara mara & tengok tv sampailah Zuhur..bila jam di dinding telah melepasi pukul 2.00 ptg, hati aku dah jadi x keruan...macam hanya jasad berada di situ tapi hati & fikiran dah kat highway on the way nak balik kampung..haha..nak pulak, mak aku kat kampung pun dah telefon bertanya..."along dah bertolak ke?"..hehe...maka mulalah sesi memberi isyarat memanggil kepada Mr. Hubby...tapi Mr. Hubby pulak buat2 x nampak..time tu la dia nak makan laksa lagi sekali la...nak makan kuih raya la..haishh..tertekan aku kat situ..last2 sound direct..jomm!..cakap kat dia dan terus bersiap2..haha..giliran Mr. Hubby pulak tertekan kat situ...menjeling dia..tapi FIL aku back up..jomm! jugak katanya..sebab mertua & adik ipar aku pun nak balik umah diorang balik sementelah kami naik satu kereta jer ke kampung tadi tu..pukul 3 petang, kami pun bergerak keluar..hantar PIL & SIL balik umah dulu pastu kami pun balik rumah kami..beg dah siap kemas dari awal..so senang la..masukkan jer dalam keter, tunggu sembahyang Asar dulu, pastu gerak keluar..sebelum Maghrib kami pun sampai di kampung aku..Alhamdulillah..cuma x sempat nak jumpa adik aku yang no. 3..dia dah balik KL sebab dia dapat cuti raya pertama jer..raya kedua kena kerja pagi..xperlah..adik2 lain ada.. :)

Raya kedua, highlightnya ialah beraya ke rumah Paklang aku kat Kg. Kuak (area nak ke Lenggong)...tu rumah wajib pergi tiap kali raya..tapi sebelum kami semua bergerak keluar dengan 3 kereta, kami buat photoshoot dulu kat rumah..still dengan digital camera & tripod jer..haha...lepas tu gerak..ngam2 sebelum tengahari sampai umah Paklang..sedara mara dah penuh dari porch depan rumah sampailah kat dapur..jumpa Maklong dengan anak2 menantu & cucu2 dia..pastu MakWe dengan anak2 menantu & cucu2 dia gak...kat luar sepupu2 lelaki tengah bakar ikan sungai..ada ikan talapia, ikan loma..pastu ikan apa ntah aku x tau..hehe..tu menu wajib kalau pergi rumah Paklang aku..tapi sementara nak tunggu ikan bakar siap, kami makan laksa & kuih2 raya dulu sambil2 catch up cerita dengan sepupu2..time ni la nak jumpa semua orang pun kan..time lain jumpa kat fb jer..hehe..bila ikan2 pun dah siap bakar, semua serbu nasi pulak..xde banyak menu pun, ikan bakar, betik muda rebus & cabai kicap jer pun tapi makan bertambah2...seronok kot sebab ramai..makan rebut2..hehe..gambar pun x sempat nak ambil.. :P

Lepas makan & berehat sekejap, masing2 la mintak diri..ada lagi rumah yang nak dituju..tapi sebelum tu sempat singgah jap kat tepi Tasik Raban...tenang jer tengok tasik...lepas tu bergerak ke Kuala Kangsar pulak..ke rumah tok sedara iaitu adik bongsu arwah opah aku...makan lontong pulak kali ni...wah..sedap.. :).. sebelum maghrib, kami pun bertolak balik...malamnya aku in charge masak bihun tomyam pula..

Raya ketiga, sebelah pagi melayan sanak saudara yang datang ke rumah...pastu lepas Zuhur kami pulak keluar berhari raya ke rumah sanak saudara yang berdekatan rumah sebelum terus ke Ipoh ke rumah MakChu pulak. Kami berkonvoi 2 kereta jer sebab satu kereta lagi (adik aku) dah balik umah mertuanya di Terengganu..MakChu buat bihun sup..kuih raya dia pun lebih dari 15 jenis aku rasa...hehe..duduk atas karpet hijau MakChu macam rasa duduk kat tengah padang rasanya...hehe..pukul 6 petang kami pun meminta diri dan sebelum sampai ke rumah, sempat pula melencong ke rumah MakNik di kampung yang sama. Makan nasi ayam terhebat di pasaran yang MakNik masak khas bila tahu kami nak datang beraya..:)

Raya keempat, last day di kampung, pukul 10.00 pagi kami dah bertolak balik ke Penang...giliran beraya di Penang pula sebab hari raya pertama tu x sempat nak ke mana pun..karang mengamuk Mr. Hubby.. Raya kat Penang dipenuhkan dengan aktiviti seperti bawa mertua & adik ipar aku jalan2 & makan2 di bahagian pulau, pergi kenduri & rumah terbuka saudara mara dan melayan orang datang rumah aku untuk beraya...sudahnya, di penghujung cuti, hari Sabtu & Ahad tu, lepak kat rumah jer la kami anak beranak...kemas rumah & membasuh kain baju yang dah dekat nak selori tu..hehe..itu jerlah citer raya aku.. :)
me, my nephew (Faris) & my daughter :)