Be My Friend :)

17 August 2012

#40: Random stories

Cuti Raya
Hari ni last kerja sebelum bercuti raya..sunyi dah ofis sebenarnya..ramai yang dah cuti since semalam. My boss lagilah...dari hari Isnin lepas dah start cuti..hehe..so memandangkan ofismate pun ramai yang dah cuti, hari ni aku bawak anak dara aku nan sorang tu datang ofis sekali. Planning sekejap lagi nak bawak dia pergi gunting rambut kat salon kat bawah ofis aku ni...oh yer..aku ambil cuti 3 hari jer untuk minggu depan..so dapatlah seminggu..pastu bahagi kepada 2 bahagian..satu raya di Penang (belah Mr. Hubby)...satu lagi raya di Sungai Siput (belah aku).. :)

Kuih Raya & Langsir
So semua dah ready nak raya la yer? Banyak beli kuih raya? ke korang buat sendiri? hehe..aku macam biasalah..beli jerlah kuih2 raya 4-5 jenis untuk letak dalam balang kuih raya kat umah walaupun raya xde kat umah pun..hehe..lepas raya boleh raya kat umah sendiri pulak...oh yer..langsir yang aku kata nak jahit tu, dah selamat dijahit last week dan telahpun digantung malam tadi. Bila dah siap gantung langsir tu, baru perasan macam ada senget sket kat bahagian bawahnya tu..ala..spoil betul...nampak sangatlah bukan tukang jahit profesional kan?..haha..tapi lantaklah..bukan ada orang  nak belek langsir aku tu pun kan?..Mr. Hubby & My Daughter xper..nanti aku soh diorang tengok kat bahagian atas jer dan abaikan jahitan bahagian bawah...jangan tegur2..kang aku sentap..haha...

Birthday Mr. Hubby
Semalam birthday Mr. Hubby...dan disebabkan bulan puasa, kami xdelah pergi celebrate..yer la..dah hari kerja pulak..mana sempat nak keluar makan di luar pun...sampai rumah pun ngam2 sempat masak nasi dan hidang makanan sebelum buka puasa jer...lepas tu terus x larat nak keluar mana2 dah..tapi hadiah birthday ada la.. dah bagi pun sesiap masa keluar shopping baju raya last weekend..bagi awal sebab senang nak pilih & beli terus hadiahnya. Tahun ni hadiahnya ialah sehelai seluar jeans Lee & sepasang kasut..boleh pakai masa raya nanti..haha. so untuk Mr. Hubby..Happy Birthday yer..moga dipanjangkan umur & dimurahkan rezeki selalu hendaknya... :)

Trip ke Seoul, Korea
Rasanya entry2 aku pasal trip ke Seoul, Korea telah muncul sebagai entry paling popular dalam blog x seberapa aku nih..hehe..dan ramai jugak yang hantar email bertanya tentang macam2 hal terutamanya tentang macam mana nak buat itinerary...so to K.Shima, Iskandar, Siti, Mazura, Suniz, Arina, Mohd, Kirah, CTZ yang bertanya thru email dan mereka2 yang lain bertanya thru blog ni, aku harap, aku dah dapat membantu korang sedaya yang boleh..moga perjalanan korang semua ke bumi Korea nanti akan dipermudahkan..insyaAllah.. :) nanti jangan lupa ceritakan pengalaman korang pulak tau..

Ucapan Hari Raya
Last but not least, aku nak ucapkan Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri kepada semua yang membaca blog aku ni..dengan ucapan terima kasih yer sebab sudi singgah sini...drive elok2 masa balik kampung atau masa pergi beraya dan semoga dapat menyambut hari raya dengan gembiranya..InsyaAllah.. :)