Be My Friend :)

27 July 2012

#39: Recommended Novel

Aku baru jer habis baca novel ni 2 hari lepas. Aku beli last week..gigih la membaca nak bagi habis gak ..haha..tapi xdelah aku baca sepanjang masa..selalunya aku baca masa tengah tunggu feri dan dalam feri masa pergi & balik kerja jer. Ataupun masa dalam keter bila pegi mana2 sebab bukan aku yang drive pun...pastu kat umah masa nak tido..hehe..Aku suka semua buku tulisan Nora Roberts yang aku dah baca...ini salah satunyalah. So if you're looking for something to read especially novel, i'm happy to recommend this novel to you. Untuk novel ni aku bagi 2 thumbs up & 5 bintang! :)


About the book:
Lil Chance fell in love with Cooper Sullivan pretty much the first time she saw him, an awkward teenager staying with his grandparents on their cattle ranch in South Dakota while his parents went through a messy divorce. Each year, with Coop’s annual summer visit, their friendship deepens – but then abruptly ends.

Twelve years later and Cooper has returned to run the ranch after his grandfather is injured in a fall. Though his touch still haunts her, Lil has let nothing stop her dream of opening the Chance Wildlife Refuge, but something – or someone – has been keeping a close watch. When small pranks escalate into heartless killing, the memory of an unsolved murder in these very hills has Cooper springing to action to keep Lil safe.

They both know the dangers that lurk in the wild landscape of the Black Hills. And now they must work together to unearth a killer of twisted and unnatural instincts who has singled them out as prey…

credit to: www.nora-roberts.co.uk

#38: Cerita bulan puasa

Aku sebenarnya xde benda pun nak diceritakan. Sebab tu la aku x rajin nak buat entry baru pun. Yer la..semua pun biasa jer..xkan aku nak cerita hari ni aku makan apa, buat apa, pegi mana kalau setakat pegi keje, balik keje jer kan?

Bulan puasa pun samalah aktivitinya. Pergi keje, balik keje..pastu lauk untuk berbuka pun beli jer sebab nak masak x sempat memandangkan dekat pukul 7 mlm baru aku sampai umah. Lagipun kat bawah ofis aku ni ada jer mini bazar ramadhan...kan senang.. :) Tapi aku beli lauk2 jer la..yang kategori kuih & lain2 tu, Mr.Hubby akan beli di pasar ramadhan dekat dengan rumah kami sebab dia jenis nak makan kuih2.. aku plak jenis nampak nasi jer..hehe..itupun hari2 kena remind dia..jangan beli bebanyak mcm ada 8 orang nak makan..walhal kami bertiga jer..dia bukan boleh..kesian tengok orang yg meniaga tu katanya..niat tu baik tapi kalau kita x makan, dah membazir pulak..lagi x baik..kan? Sian peti ais bila terpaksa sumbat mcm2 yang x abis..nak dibuang terus sayang pulak..sudahnya dok la dalam peti ais sampai kejung baru buang..haha..

Weekend ni aku rasa aku nak jahit langsir untuk sliding door umah aku tu la...dah banyak minggu beli kain semua tapi x sampai mood nak menjahit. Amboi..menjahit pun kena ada mood ker? Haha..Eh..tapi betul tau..nak menjahit ni kena ada mood gak..kalau xde mood kang jahit x elok..hehe..teori aku sendiri..kecualilah kalau orang tu memang kejenya sebagai tukang jahit kan..memang hari2 la dia menjahit tanpa ikut mood..kan?

Ala..baru tahun ni jer pun aku ingat nak bertukar langsir..rasanya dah 3 tahun kot x tukar..aku malas..:P lagipun nak tukar langsir satu rumah makan kos yang tinggi tau..lagipun x la penting sangat sebab aku pun bukannya beraya kat rumah aku pun..yer la..raya jer balik kg Mr.Hubby...pastu balik kampung aku pulak..dah seminggu baru balik umah sendiri..eloklah lepas tu cuti raya pun abis dah..haha..tapi tahun ni tetiba jer rasa meluat kat langsir yang ada tu..tu sebab nak tukar lain..haha..tapi korang janganlah imagine yang aku akan jahit langsir siap ropol2 bagai tu tau..hehe..sebab aku jahit tegak jer..itu jer aku terer.. :P

Oklah..selamat meneruskan ibadah puasa yer korang..kalau ada yang still nak tanya pasal trip to korea tu bolehlah email terus kat aku yer..aku hepi jer nak membantu..hehe.. :)

20 July 2012

#37: Selamat Berpuasa

Korang...selamat menjalani ibadah puasa yer..Moga Ramadhan ini memberikan seribu erti, keinsafan & keberkatan kepada kita semua..insyaAllah.. :)  

12 July 2012

#36: Menunaikan impian

Aku kan..banyak kali terlintas nak buat sesuatu yang bermakna ni dalam hidup aku tapi selalu x jadi sebab aku takut...hehe.. tapi hari ni, bila tengok member2 ofis nak pergi..aku pun nak ikut sama..kempen derma darah sebenarnya..anjuran oleh MAKSAK Pulau Pinang, Intel, Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang (PDC) & Jabatan Kesihatan Negeri Pulau Pinang yang diadakan di tingkat 3 bangunan ofis aku ni..

First time nak menderma darah kan..so berdebar2 la masa timbang berat..pastu isi borang, check jenis darah & tekanan darah..settle bab tu, diorang bagi buku derma darah dan satu tray alatan untuk ambil darah dan disuruh supaya minum2 & makan2 dulu di satu sudut berdekatan dengan kaunter2 tu semua..ada milo panas..ada gak kuih2 yang disediakan tapi aku x makan dah sebab dah kenyang. Lepas tu terus ke tempat derma darah.

Sakit sikit la masa jarum dicucuk di lengan kiri. Aku pun x tengok pun masa nurse tu cucuk..pandang ke tempat lain..hehe..Lepas tu ok jer..dalam 5 minit dah settle ambil darah. Sekejap jer dah penuh paket darah tu...pastu nurse suruh rehat lebih kurang 10 minit lagi di situ..takut kalau2 pening ke apa..tapi aku rasa ok jer.. dan selepas selesai semuanya dan tempat yang dicucuk tadi pun dah ditempek dengan plaster luka, aku diberikan sijil penghargaan & beberapa cenderahati yang disediakan iaitu beg recycle, botol air & note book sebagai tanda penghargaan kepada penderma..hehe...perasaan aku? lega sebab dah berjaya menunaikan impian aku untuk menderma darah ni dan aku berharap darah yang didermakan tu akan dapat membantu mereka yang memerlukannya nanti..InsyaAllah.. dan alhamdulillah.. :)