Be My Friend :)

18 April 2012

#29: My Favourite K-Movie


Ini Korean movie yang paling aku suka..hehe.. Chilling Romance @ Spellbound yang dibintangi oleh Son Ye Jin sebagai Yeori & Lee Min Ki sebagai Jo Goo. Kenapa movie ni best sangat? sebab ada pelbagai genre dalam filem ini iaitu ada elemen cinta, komedi, hantu, sedih & happy yang diadunkan dalam satu cerita yang menjadikan filem ini sangat menarik. Maksudnya, bila tengok movie ni, korang boleh rasa seram sebab Yeori ni boleh nampak hantu dan hantu tu selalu ikut dia hingga memaksa dia menjauhkan diri dari orang sebab bila Yeori ni rapat jer dengan sapa2, hantu tu akan kacau orang tu. Komedi pulak sebab dalam filem ni banyak betul unsur2 komedi yang buat korang tak tahan nak ketawa..hahaha..masa aku tengok pun jenuhlah aku kontrol jangan sampai tergelak kuat2..Cinta pula adalah melibatkan cinta antara Yeori & Jo Goo..sangat sweet diorang ni..sama2 nak bercinta tapi sama2 penakut dengan hantu yang ikut Yeori tu..then ada sedih dan happy juga.. oh yer..ada unsur2 magik jugak sebab Jo Goo ni magician..so secara keseluruhannya filem ini memang superb! Berbaloi tengok tapi..elakkan dari tengok time malam2 dan sorang2..hehe.. dan untuk filem ni aku bagi 5 bintang

p/s: Highly Recommended :) 

12 April 2012

#28: Trip ke Singapore

Lepas 3 hari balik dari interview di Putrajaya, aku ke Johor & Singapore pula mengikut trip yang dianjurkan oleh ofis aku. Walaupun boleh memilih sama ada nak ke Pulau Langkawi atau Pulau Pangkor atau ke Phuket/Krabi ataupun trip memancing, aku lebih berminat nak ke Singapura. Maka bertolaklah kami dari Penang menaiki kapal terbang Air Asia ke Johor Bahru dan dijemput oleh tour bus sesampainya kami di Lapangan Terbang Antarabangsa Senai. Bas itu kemudiannya membawa kami ke Johor Premium Outlets sebelum menghantar kami terus ke hotel di Johor Bahru. Malamnya, kami hanya berpusing di sekitar Johor Bahru dan hanya masuk ke Singapura dengan tour bus tersebut pada hari esoknya (Sabtu & Ahad). Oleh kerana semuanya mengikut plan yang dirancang oleh ajk yang bertanggungjawab, maka xde apa sangat yang nak diceritakan..so jom tengok gambar2.. :)

Kat airport Bayan Lepas with officemates


Sekitar Johor Premium Outlets
Sabtu kami ke Universal Studios Singapore..seharian di situ..eloklah pun..orang punyalah ramai sampai nak jalan pun susah. Cuaca pulak panas...dah pulak, nak masuk satu2 theme park tu kena beratur punyalah panjang dan lama giler..beratur nak tengok Transformers jer dah 2 jam..fuhh...mujur best.. :) 


 
beratur nak tengok transformers
beratur lagi..huhu
 
partner jalan2 @ k.ina :)
lagi gambar2 di USS:









Kesimpulannya..letih ya amat pergi USS ni. Kalau bawak anak aku kat sini, mau dia bebai..hehe..sebab kawasan dia luas so kena jalan banyak, pastu sesak, panas, kena beratur panjang2 & barang2 yang dijual pun sangat mahal. Pukul 7 petang kami bergerak pulang ke pangkal jalan..hehe..balik ke hotel kami di Johor Bahru..Ahad kami masuk ke Singapore lagi tapi memandangkan masa terhad, kami cuma sempat makan tengahari, shopping ala kadar & ke Merlion Park sahaja sebelum tour bus menghantar kami semula ke Senai Internationl Airport untuk balik ke Penang.. itulah 2 hari trip ke Singapore aku.. :) sekian..  


Inilah Merlion (Mermaid + Lion)

09 April 2012

#27: Interview

2-3 hari lepas balik dari Korea, aku ke Putrajaya pula bagi menghadiri temuduga untuk mengikuti satu program yang dianjurkan oleh JPA iaitu Program Pertukaran Belia Malaysia - Korea yang akan diadakan pada 17 hingga 26 Mei nanti di Korea. Temuduga tu di pejabat SPA di presint C. Sebenarnya, masa surat panggilan temuduga tu keluar, aku masih berada di Seoul so kawan aku yang turut memohon untuk mengikuti program yang sama tolong check untuk aku dan printkan surat temuduga itu tanpa mengetahui yang aku sudahpun ke Korea...hehe..dah kata xmo heboh2 kan..so ada jer yang tak tahu aku pergi mana. Dia tahu aku ambil cuti jer tapi x tahu aku pergi mana..sorry..dia pun dapat panggilan temuduga di hari yang sama dengan aku.

Actually, masa aku hantar permohonan tu, aku x jangka pun akan dipanggil temuduga sebab tahun lepas 2 kali aku memohon tapi x sampai ke tahap dipanggil untuk temuduga pun. So tahun ini saja2 la lagi sekali aku memohon. Walaupun begitu, tiada harapan yang disandarkan memandangkan memang aku sendiri pun dah ada plan sendiri nak ke Korea. So bila dah dapat panggilan temuduga, maka aku pun pergilah menghadiri temuduga tu. Naik bas jer dari Penang..Wahh..ramai betul yang dipanggil untuk temuduga tu rupanya. Aku difahamkan, JPA menerima permohonan sebanyak 1000 lebih dari seluruh Malaysia dan setelah diproses, yang layak dipanggil untuk menghadiri temuduga adalah seramai 400 lebih orang termasuk aku. Temuduga ni dibuat selama 3 hari dan aku menghadiri temuduga tu di hari kedua. Temuduga tu bermula pada jam 8.30 pagi, tapi aku dipanggil masuk ke bilik temuduga pada jam 11.30 pagi. Manakala kawan aku tu masuk ke bilik temuduga pada jam 12.00 tengahari. Lepas habis temuduga, aku terus ke Puduraya untuk pulang ke Penang.

Keputusan temuduga tu baru jer keluar hari Jumaat lepas. Dan seperti yang dijangka, aku TIDAK BERJAYA untuk mengikuti program tersebut. Kawan aku pun x berjaya..tapi memang dari awal lagi aku dah merasakan bahawa agak mustahil untuk terpilih kerana dari 400 lebih orang yang ditemuduga selama 3 hari tu, hanya 15 orang sahaja yang akan dipilih untuk mengikuti program tersebut. Maka, peluang untuk gagal adalah jauh lebih besar dari peluang untuk berjaya...x ada rezeki...betul tak? Frust? xlah sangat..cuma sikit2 tu mesti terasa juga sebab ada ke orang yang seronok bila gagal temuduga kan? hehe.. lagipun aku pun baru jer balik dari Korea..jadi perasaan tu biasa2 sahaja. Kalau rajin, next time aku cuba lagi..gitu.. bila aku bagitahu Mr. Hubby dan My Daughter pulak, dua2 tu kata..'Alhamdulillah...lega'..haha..diorang seronok sebab xdelah kena tinggal lagi..hehe..

Oh yer.. kalau ada yang minat nak cuba, masa interview tu, antara soalan2 yang ditanya adalah mengenai, Korean War (bila, antara siapa, mengapa), struktur kerajaan korea, politik di Korea, struktur kementerian2 di Korea, kenapa JPA buat program ni dengan Korea yakni kenapa x buat program ni dengan negara2 lain, perdana menteri korea siapa, beberapa soalan mengenai Korea Utara juga ada dan mungkin diminta untuk buat persembahan masa interview tu. Interview tu dibuat dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris. Bagus juga pergi interview tu..dapat pengalaman... dan bagi aku, sebab utama aku berminat untuk mengikuti program tu adalah kerana aku nak memberi 'warna' pada perkhidmatan aku dalam kerajaan yang sudah hampir 13 tahun ni. Sekurang-kurangnya, bila berpeluang mengikuti program sebegini, ada la sedikit kelainan...mungkin kerja lebih menarik...gitu..xdelah sama jer setiap tahun kan...tapi xde rezeki pula kali ini..xper..aku okay jer...pasrah dan redha...:) Untuk korang yang teringin nak cuba next time, good luck in advance dari aku yer...hehe.. 
   

05 April 2012

#26: Kdrama Review

1.  Shut up Flower Boy Band - Episode: 16, Year: 2012, Genre: Romance, Drama, Main Cast: Sung Joon (Kwon Ji Hyuk), L Infinite (Lee Hyun Soo), Lee Hyun Jae (Jang Do Il), Kim Min Sook (Seo Kyung Jong), Yoo Min Kyu (Kim Ha Jin) and Lee Min Ki (Joo Byung Hee - Cameo in ep. 1 & 2) 
Review: Drama ni mengenai 6 sekawan yang bersahabat baik. Diorang ni minat music dan ada group diorang sendiri yang dinamakan Eye Candy. Ketua band diorang ni Byung Hee yang berkebolehan mencipta lagu untuk band diorang ni. Tapi sayang Byung Hee mati di episode kedua sebab kemalangan. Lepas tu Kwon Ji Hyuk pulak yang menjadi ketua band dan diorang dapat peluang untuk jadi artis rakaman. So macam2 la perkara jadi masa diorang ni jadi artis rakaman yang menduga perhubungan baik diorang dalam satu band ni. Pada aku, cerita ni menarik sebab banyak menceritakan mengenai persahabatan dan pengorbanan. Aku kagum dengan sikap Kwon Ji Hyuk yang amat sayangkan kawan2 dia dan sanggup berkorban demi nak tengok kawan2 dia berjaya terutamanya L dari kumpulan Infinite yang membawa watak sebagai Lee Hyun Soo. Endingnya baik, para pelakonnya pun eye candy seperti nama group diorang ni. So untuk drama ni aku bagi 4 bintang.. :) oh yer..aku suka lagu dari drama ini yang dinyanyikan oleh Sung Joon yang membawa watak sebagai Kwon Ji Hyuk bertajuk Jaywalking..terbaik!
2. Dream High 2 - Episode: 16, Year: 2012, Genre: School/Musical/Comedy/Romance, Main Cast: Kang So Ra (Shin Hye Sung), Jin Woon - 2AM (Jin Yoo Jin), Yoo So Young (Park Soon Dong), Kim Ji Soo (Hong Joo), Jung Yeon Joo (Lee Yi Seul), Jr (Jung Ui Bong), Park Ji Yeon - T'ara (Rian), Hyo Rin - Sistar (Nana), Ailee (Ailee), JB (JB) & Park Seo Joon (Si Woo)
Review: Drama ini adalah kesinambungan dari drama Dream High season 1 yang disiarkan awal tahun lalu tetapi dibintangi oleh pelakon yang berbeza dan jalan cerita yang berbeza. Cuma masih menggunakan sekolah yang sama iaitu Kirin High School of Art dan mengekalkan cikgu yang sama iaitu Yang Jin Man yang dibawakan oleh Park Jin Young (JYP) yang turut bertindak sebagai penerbit drama ini. Ianya menceritakan tentang persahabatan, cinta, cita-cita dan harapan pelajar2 ini dalam bidang muzik yang diterjemahkan menerusi cabaran2 yang diberikan oleh pengetua sekolah tersebut. Pada keseluruhannya, pada aku, drama ini mempunyai kekuatannya yang tersendiri jika dibandingkan dengan siri yang terdahulu namun, endingnya agak kurang menarik. Walau bagaimanapun, lagu2 ost dari drama ini banyak yang best2. So untuk drama ini aku bagi 3.5 bintang
 
3. What's Up - Episode: 20, Year: 2012, Genre: Musical/Romance/School, Main Cast: Im Ju Hwan (Jang Jae Hun), Kang Dae Sung - BigBang (Ha Do Sung), Im Joo Eun (Oh Doo Ri), Oh Man Suk (Sun Woo Young), Jang Hee Jin (Eun Chae Young) & Kim Ji Won (Park Tae Yi).
Review: Drama ini menceritakan tentang persahabatan pelajar2 di Fakulti Seni dan Persembahan di sebuah universiti yang mahu mementaskan sebuah teater musikal yang bertajuk What's Up. Banyaklah suka dukanya dan cabaran2 yang perlu mereka tempuhi sebelum berjaya mementaskan teater musikal yang menjadi harapan pensyarah mereka yang meninggal dunia di hujung episode. Pada keseluruhannya, drama ini menarik, apatah lagi dengan lakonan Daesung dari kumpulan BigBang yang agak baik dalam drama ini. Ending drama ini okay, tapi akan lebih menarik jika teater musikal What's Up yang ingin mereka pentaskan itu dipaparkan di hujung cerita sebab sudah tentulah sebagai penonton, kita nak tengok juga bagaimana hasilnya teater musikal yang ingin dipentaskan oleh mereka2 ini setelah melalui pelbagai kesukaran dari awal2 episode lagi. Betul tak? So untuk drama ini aku bagi 3.5 bintang :)  

04 April 2012

#25: Birthday

Last Sunday was my daughter's birthday - Nasrin Hazirah yang ke-9 tahun. Anak manja sorang tu. So kami bawa dia tengok wayang, makan2 di Pizza Hut dan belikan dia kasut dan teddy bear sebagai hadiah. Selalunya kami sambut simple2 gini jer pun. Tak ada buat party ke apa..just celebrate antara kami jer. Lagipun, hari tu dah belikan dia banyak hadiah dari Korea & Singapore..dia pun ok..x banyak songeh..senang jaga. Cumanya dia ni ambil sikit perangai abah dia..cepat naik angin..hehe..tapi senang pujuk dan simple jer orangnya. Senang jer nak buat dia happy..bawak jer dia pergi jalan2..suka berjalan2 macam mama dia juga.. :).. oh yer..suka shopping juga..  





Bertiga tapi ambil set for 4

Doa aku, moga dia sentiasa menjadi anak yang baik, dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki serta berjaya & bahagia dalam hidup dan di akhirat juga...amin...

Rambut dah makin panjang..katanya nak simpan macam Salena Gomez..huhu

#24: Lagu Pilihan Minggu ini : G.NA - 'Black & White'

03 April 2012

#23: Movie Review


1. The Hunger Games - Aku tengok last weekend sebab katanya box office..pada aku..cerita okay2 saje..tengok citer ni sambil berfikir kaedahnya sebab terlalu banyak persoalan yang timbul mengenai movie ni. Ceritanya agak kejam. 2 orang peserta iaitu seorang lelaki dan seorang perempuan dari umur 12 - 18 tahun dipilih dari 12 daerah yang miskin. Mereka ini ditadbir secara kejam dan sepenuhnya oleh pihak pentadbir yang dinamakan The Capitol yang sangat gila mewujudkan pertandingan maut untuk siaran televisyen. Orang2 kaya di Capitol ni berpakaian macam badut..berwarna warni..bukan saja pakaian, tapi rambut dan mekap juga. Agak pelik di situ.

24 peserta yang dipilih dari 12 daerah ini dilepaskan di sebuah hutan yang dikawal oleh The Capitol melalui sistem komputer. Di sini mereka akan dibekalkan dengan senjata dan mula bunuh-membunuh untuk kekal hidup dan menjuarai pertandingan tersebut. Di samping terpaksa bersaing antara satu sama lain, The Capitol juga akan sekali sekala sesuka hati mewujudkan cabaran lain kepada peserta seperti membakar hutan & menghantar binatang ciptaan mereka yang ganas yang kelihatan seperti anjing/serigala untuk membunuh peserta. Aksi2 dalam movie ni sangat kejam dan tidak berperikemanusian.

Overall, pada aku cerita ni setakat bolehlah ditonton untuk mengisi masa yang terluang. Aku tak nampak seronoknya melihat manusia membunuh satu sama lain demi mencapai kemenangan.  Apatah lagi peserta pertandingan itu masih muda remaja. Kanak-kanak pun ada. Dan di penghujung cerita tiada pula kebangkitan untuk menentang The Capitol yang bangang itu. Mungkin ada sekuelnya nanti kot. So untuk The Hunger Games ni aku bagi 2.5 bintang.    
   
2. John Carter - Ceritanya mengenai dua dunia. Bumi/earth dikenali sebagai Jasoom dan Marikh/mars sebagai Barsoom. Dalam movie ni Marikh ni digambarkan berpenghuni iaitu makluk asing dan manusia yang mendominasi atau memerintah Marikh. John Carter ni pula orang kaya yang tinggal di bumi dan tanpa sengaja telah sampai ke Marikh semasa dia tengah cari emas di sebuah gua. Maka cerita ini pun bermula. Pada mulanya, John Carter ini ditawan oleh makluk asing yang yang sangat pelik rupanya iaitu Tharks. Tapi kemudiannya John Carter ni berjumpa dengan Princess of Helium iaitu anak pemerintah Marikh yang melarikan diri kerana tidak bersetuju untuk dikahwinkan dengan Sab Than iaitu pemerintah Zodanga yang mengancam untuk menyerang Helium.

Overall, memang cerita ni fantasi semata-mata tapi jalan ceritanya agak menarik juga. Taylor Kitsch yang membawa watak sebagai John Carter juga kacak orangnya. Ending ceritanya juga menarik jadi untuk movie ni aku bagi 4 bintang.

3. SeeFood - Sebelum ke Korea tempohari, sempat lagi aku menyaksikan cerita ini di pawagam. Jalan ceritanya menarik di samping karektor2 yang sangat comel. Pada aku ianya sebuah cerita animasi yang boleh dibanggakan kerana ianya keluaran tempatan. Tahniah kepada produksi yang menerbitkan filem animasi ini dan untuk movie ini aku bagi 4.5 bintang!

01 April 2012

#22: Trip ke Seoul, Korea: Alkisahnya

Di sebalik moment2 indah dan catatan kenangan mengenai trip ke Seoul, Korea yang aku abadikan di sini, sebenarnya terdapat juga kisah-kisah yang timbul setelah kami kembali bertugas seminggu kemudiannya. Ada suara2 yang kami dengar amat pelik bunyinya di pendengaran kami. Mana taknya...ada antara suara2 itu menyoal tentang kewajaran trip ke Seoul itu kami lakukan berdua sahaja iaitu tidak mengikuti mana2 trip dalam kumpulan yang besar. Ada yang kecil hati kerana kami tidak memberitahu tentang pemergian kami itu kepada mereka lebih awal. Malah ada yang hendak tahu secara terperinci. Dan yang lebih hebat lagi, kami dapati terdapat unsur2 boikot kepada kami di pejabat oleh segelintir officemate yang tidak berpuashati. 

Baiklah...ini penjelasan aku:

1.  Trip ke Seoul, Korea ini adalah trip personal kami berdua hasil dari idea kami sendiri dek kerana minat kami pada drama2 Korea selama ini. Dan oleh kerana ianya bersifat personal yakni peribadi, kami memang tidak pernah bercadang untuk menghebahkan atau mengwar2kan tentang trip ini kepada semua orang termasuk officemate sekalian sebelum trip ini dilakukan dari awal lagi. Aku tak tahu pulak kalau korang suka hebahkan trip personal korang kepada semua orang. But well, pada aku, aku tetap merasakan untuk menghebahkan kepada satu dunia tentang rancangan atau planning peribadi aku adalah tidak perlu.

2.  Segala perbelanjaan untuk trip ini adalah ditanggung sepenuhnya oleh kami berdua yakni tidak melibatkan mana-mana pihak termasuklah ahli keluarga kami sendiri. Jadi adalah wajar bagi kami untuk merahsiakan segala perbelanjaan jika kami rasakan perlu.

3.  Keputusan untuk melakukan trip ke Seoul ini dibuat setelah kami membuat segala pertimbangan baik dan buruknya dan kami sedia untuk menanggung segala implikasi di atas keputusan yang kami buat ini. Namun begitu, Alhamdulillah..tiada perkara2 buruk yang berlaku kepada kami sepanjang berada di Seoul. Kami juga telah membuat research, planning & preparation yang sangat terperinci selama 4 bulan sebelum berlepas ke sana.

4.  Kepada yang sangat risau kerana kami hanya pergi berdua sahaja ke Seoul, Korea yang jaraknya 7-8 jam perjalanan dengan menaiki kapal terbang dari Malaysia ini, kami ucapkan terima kasih yang tidak terhingga..namun, kami ingatkan di sini bahawa negara yang kami kunjungi ini iaitu Korea Selatan, adalah sebuah negara yang selamat yakni bukan negara komunis atau terlibat dalam siri2 pengeboman. Yang lebih layak untuk risau tentang pemergian kami ke sana tentulah diri kami sendiri dan ahli keluarga kami serta kawan2 rapat sahaja. Dan sebagai bonus, untuk pengetahuan korang, semasa kunjungan kami ke sana, terdapat ramai orang Malaysia (Melayu) yang turut berkunjung ke sana. Malah kami sempat berbual dengan 29 orang ahli rombongan dari Perak iaitu terdiri dari makcik2 semasa kami di Namsam Tower dan asyik bertembung dengan warga Malaysia (Melayu) di setiap tempat yang kami kunjungi. 

5. Sebelum pergi, kami telah mengisi borang kebenaran ke luar negara iaitu sebulan sebelum tarikh kami dijadualkan berlepas ke Seoul dan telah mendapat kebenaran dari YB. Setiausaha Kerajaan Negeri dan disokong oleh Ketua Jabatan tempat kami bertugas. Bermakna, kami tidak pergi ke sana tanpa kebenaran ataupun secara haram atau tersembunyi. Permohonan cuti rehat juga telah kami kemukakan seminggu lebih  awal.

6. Aku percaya, everybody has their own dream..things that you want to do in your life. Samalah macam aku dan kak Ina. Kami ada impian kami masing2 dan kebetulan salah satu impian kami itu sama. Maka, kami decide untuk capai impian kami itu sama2. Namun begitu, aku sedar, tak semua orang faham apa yang kita impikan itu...even your life partner might not understand it but knowing me, if my mom knows about it and support me, i knew that i'm on the right track and i'll fight for it. If not, i'll regret it later...

7.  Yang tiba2 boikot dan kecil hati kerana tidak diberitahu lebih awal, kami minta maaf tapi sekali lagi aku nak ingatkan di sini, trip ini trip personal dan kita pun bukan rapat sangat sampai aku nak kena bagitahu all the details. Even satu pejabat, kita tak rapat dengan semua orang kan? Cuma a few yang rapat dengan aku & Kak Ina sahaja yang tahu dari awal dan support us without judging us. Sebab a friend is someone who won't judge you so easily. Betul tak? Malah, kawan yang baik, will always support you because they knew, you're not going to do something wrong anyway..kan?    

8. Aku ni dah mid 30's, Kak Ina pula dah over 40...maka secara logiknya, kami layak dan berhak buat keputusan sendiri. Kenapalah pulak nak kena bagitahu a few of you dalam pejabat tu about our planning dan minta pendapat? dan kalau some of you ni x approve trip ni, kami kena batalkan ke trip kami ni? Begitu ke? Well...please remember this yer...Both of us ni dah berkeluarga...so keluarga kami sepatutnya lebih berhak untuk tolong nasihatkan kami tentang apa jua planning kami...okay? and again, kita ni pun officemates jer pun..selama ni pun kita takat berbual lebih kurang gitu jer..x payah kot nak ambil tahu lebih2 macamlah kita ni rapat sangat...boleh kan?

So rasanya cukup dah kot penjelasan aku tentang trip ke Seoul, Korea ni. Honestly, aku tak sangka pula yang pemergian kami ke sana akan memberi impak yang besar kepada officemates kami semua. Even dah 2 minggu berlalu, cakap2 di belakang ni, selalu sangat sampai ke telinga kami sampai satu tahap, aku nak jer pergi tanya balik dekat diorang ni face to face. Entah apalah yang buat diorang x puashati sangat pun aku x tahulah. Kami dah selamat pergi dan selamat balik dah pun. Dan ke Korea walaupun berbackpack berdua sahaja, adalah sangat selamat sebenarnya. Sebuah negara yang mesra pelancong sangat2 sebab x susah nak pergi mana2 tempat pun masa kat sana. Sesiapa yang dah pergi sana mesti setuju dengan aku. Kalau korang yang sibuk sangat cakap2 kat belakang ni sebenarnya dengki sebab x dapat pergi sana lagi, aku cadangkan, korang pergilah...ada duit sikit, cari partner, pergilah sana...aku sikit pun tak jeles...aku sokong lagi ada...orait?