Be My Friend :)

23 October 2012

#50: Kdrama Review - Arang & The Magistrate

Drama Arang & The Magistrate ni adalah cerita hantu dan sudah semestinya faktor penarik untuk tengok drama ni sebab ada Lee Jun Ki yakni pelakon favourite aku No.1 yang baru sahaja menamatkan kursus ketenteraan selama lebih kurang 2 tahun. Kira ni drama pertama dia setelah keluar la dan juga sebab heroinnya Shin Min Ah yang popular dalam drama My Girlfriend is Gumiho. Dalam drama ni Shin Min Ah yang comel berlesung pipit ni membawa watak sebagai hantu yang bernama Arang yang ingin mencari sebab kenapa dia mati sebab dia tak ingat macam mana, kenapa dan bagaimana dia mati. 
Lee Jun Ki dalam drama ni membawa watak sebagai Kim Eun Oh yang dengan tidak sengaja telah dilantik menjadi seorang magistrate di sebuah daerah masa dia sedang mencari ibunya yang hilang. Dia ni ada kelebihan boleh nampak hantu. Dan dengan menjadi magistrate, dia akhirnya membantu Arang mencari sebab kematian Arang, di samping mencari ibunya yang hilang serta membongkar misteri yang menyelubungi daerah itu. So untuk sinopsis seterusnya korang bolehlah rujuk kat www.koreandrama.org yer.. :P

Pada keseluruhannya, drama ni mendebarkan sebab banyak unsur2 seram yang dipertontonkan. Ini first time aku tengok drama korea yang seram dan mempunyai jalan cerita yang digarapkan dengan baik. Lee Jun Ki dan Shin Min Ah juga telah berjaya membawa watak masing2 dengan cemerlangnya. So untuk drama ni aku bagi 4.5 bintang

gambar kredit kepada www.koreandrama.org

No comments: