Be My Friend :)

19 October 2012

#49: Kdrama Review - Vampire Prosecutor


Semenjak tengok Arang & Magistrate aku jadi minat pulak tengok drama yang bergenre lain dari yang selalu aku tengok. Yer la..selalunya aku pilih tengok drama remaja-remaja bercinta (walaupun bukan remaja dah pun :P) hehe..sebab drama-drama camtu light..ringan..xyah fikit sangat bila tengok..lagipun cerita dia lebih kurang samalah...2 orang hero berebut seorang heroin atau sebaliknya..pastu cerita tentang anak orang kaya atau cerita artis-artis yang terkenal tetapi berlagak..gitu..

So sementara nak tunggu episode akhir Arang & Magistrate (semalam), aku tengoklah Vampire Prosecutor ni. Drama ni disiarkan tahun lepas dan Season 2 Vampire Prosecutor ni sedang disiarkan di Korea. Jadi sebelum tengok drama season 2, kenalah tengok season 1 dulu...barulah faham dramanya mengenai apa kan..

Tengok episode 1 drama ni pun dah jatuh cinta dengan heronya si vampire prosecutor ni Yun Jung Hun sebagai Min Tae Yeon..hehe..hensem pastu umur dia sama dengan aku (perlu ker bgtau? hehe :P). Pada amnya, drama ni mengenai penyiasatan kes-kes jenayah yang berlaku di Korea dan Min Tae Yeon ni menggunakan kelebihannya sebagai vampire untuk membantu menyelesaikan kes-kes tersebut. Mendebarkan tengok drama ni tau. Walaupun season 1 cuma ada 12 episode jer, tapi rasa macam tengok drama yang 20 episode jer gayanya sebab rasa macam lamanya nak abis satu season pun...haha..seram..mana taknya, bila terlalu seram aku pause kejap..betulkan kedudukan jantung..pastu baru tekan balik play..haha..penakut tapi nak tengok citer seram.. :P 

Untuk season 1, aku bagi 4.5 bintang..dan episodenya yang paling seram ialah episode 11 & 12...dan juga lagu ost yang paling best untuk season 1 ni adalah bertajuk Crazy in Love nyanyian Lee Jung.. :)    


Sekarang tengah layan Vampire Prosecutor season 2 ni pulak...masih mengekalkan barisan pelakon yang sama dengan season 1...tapi tengok episode 1 pun dah rasa macam jantung nak terloncat! haha..

Sinopsis & gambar kredit to www.koreandrama.org 

No comments: