Be My Friend :)

09 October 2012

#47: Words That Hurt

Situasi:
Seorang Trainer sedang memberi komen tentang pakaian yang dipakai oleh peserta kursus sama ada ianya formal dan sesuai dipakai di pejabat ataupun ianya kasual/smart kasual yang lebih sesuai dipakai ketika menghadiri majlis ataupun bersantai. Peserta kursus dipanggil ke hadapan (5-6 orang peserta serentak) dan peserta yang lain mendengar.

Trainer:
(Peserta 1 - berbaju kurung) - Baju you ni kita boleh klasifikasikan sebagai formal dan sesuai ke pejabat tapi tudung yang you pakai ni kurang menyerlah. Mungkin kalau you pakai tudung warna ni (sambil mengacukan salah satu contoh selendang yang dibawa) lagi sesuai dan lebih menarik. Kasut you pulak tak sesuai sebab you pakai kasut bertali..kasut yang sesuai mestilah kasut yang bertutup berwarna hitam/coklat tua/biru tua dan sekurang-kurangnya 1 1/2 inci tingginya.

(Peserta 2 - berseluar jeans & t-shirt) - Baju you ni pulak tak formal sebab you pakai jeans & t-shirt. Ini kasual dan hanya sesuai dipakai ketika bersantai. Kasut you lagilah out sebab you pakai sandle.

(Peserta 3 - berbaju kurung biru) - I tak suka la baju you ni. Tak cantik dan nampak murah. Kita kena pandai pilih kain yer (sambil memandang peserta lain di hadapan). Kalau you pakai baju warna ni (sambil mengacukan pasmina warna merah hati/keemasan) baru sesuai dengan you dan lebih menarik. Oleh kerana I tak suka baju you ni, tudung you pun I taknak komen tapi sepatutnya untuk baju yang berwarna biru, you patutnya pakai tudung warna pink..baru menyerlah. Kasut you out..sebab warna merah. Eh..you nampak muda yer..you dah kawin?

Ye...peserta ketiga tu ialah aku. Masa tu aku berbaju kurung warna biru dan bertudung warna kelabu kebiruan...one of koleksi baju raya aku. Aku tahu dia profesional dalam bidang dia. Tapi bukankah dia sepatutnya bagi komen sama ada baju aku tu sesuai dipakai untuk ke pejabat atau sebaliknya. Tapi komen dia, dia x suka baju aku tu..tak cantik baginya dan nampak murah. Di hadapan kawan sejawatan dengan aku dari pelbagai jabatan pulak tu. Lepas komen begitu, siap cakap aku nampak muda dan tanya aku dah kawin ke belum? x releven..nak cover la tu kot..tapi kata-katanya sebelum itu telah melukakan hati & perasaan aku.

Aku pakai apa yang aku suka bukan ikut apa yang orang suka..yang cantik bagi aku tapi mungkin tak cantik bagi orang lain. Individu yang berbeza maka berbeza jugalah citarasa dan pilihannya kan? Mana kita tahu orang tu pakai baju murah ke tak? Kalau murah pun kenapa? kalau mahal pun kenapa? Nantilah bila aku pakai baju kurung murah aku tu lagi sekali aku tepek kat sini gambarnya...korang boleh tolong nilaikan...

2 comments:

Naja Naja said...

WTF. Melampau betul. Tu bukan nak membina, tu nak menjatuhkan air muka orang. Sebelum dia bagi kursus penampilan kat orang, aku rasa trainer tu sendiri kena pi kursus untuk penyampaian yang lebih bijak tanpa perlu menyakitkan hati orang lain. Penampilan cantik, mulut keji pun tak guna jugak.

Sabar ya Rini, hang betul.. pakai apa yg kita selesa bukan yg selesa di mata orang asal tidak mencabul keharmonian sejagat.. :)

marstories said...

naja: thanks for understanding. Aku kan sebenarnya xlah sensitif sangat kalau dia kata baju aku x sesuai dipakai ke pejabat walaupun aku pakai baju kurung jer pun. Tapi sebab dia kata dia x suka baju aku tu..pastu kata x cantik & murah..dalam hati aku tertanya-tanya jugaklah..ada aku kesah ke ko x suka ke tak kan..dah aku yang pakai baju tu, mesti sebab aku suka..pastu mana ko tau baju aku beli tu murah? aku beli kat kl baju aku tu tau..tapi komen dia makan dalam...buat aku down 2-3 hari..mujur ada sokongan dari kawan2 di belakang..thanks naja..