Be My Friend :)

08 October 2012

#45: Kdrama Review - To The Beautiful You

(Sinopsis drama ni korang boleh baca kat www.koreandrama.org) :P

Drama ni baru habis disiarkan di Korea minggu lepas. Ada 16 episode semuanya. Habis dah seksa aku ikut cerita ni every week..haha..(xde sapa suruh pun...:P).

Semua pun tahu drama ni diambil dari versi Jepun Hana Kimi kan..so pada dasarnya drama ni ada juga persamaannya dengan versi Jepun yang disiarkan pada tahun 2007 (13 episode) dan sebenarnya Jepun juga telah membuat versi baru  drama ini pada tahun 2011 (11 episode) tetapi dibintangi oleh pelakon yang berlainan dari versi tahun 2007.

Dari segi jalan cerita, To The Beautiful You mempunyai jalan cerita yang lebih longgar berbanding versi asal (Hana Kimi) malah jika hendak dibandingkan secara keseluruhan pun, pada aku, versi Jepun (2007) lebih menarik dari jalan cerita, lebih lucu dan penghayatan watak-watak utamanya juga lebih baik.  

Namun begitu, drama ini masih menarik untuk ditonton dan lakonan Lee Hyun Woo sebagai Cha Eun Kyul juga patut diberikan pujian. Lagu-lagu ost dari drama ini juga sedap didengar. Untuk drama ini aku bagi 3 bintang :).

gambar kredit kepada www.koreandrama.org   

No comments: