Be My Friend :)

03 October 2012

#44: Spek & Usia

Semalam, dah siap pakai helmet baru perasan yang aku terlupa pakai cermin mata. Tak fikir lama, terus jer berpatah balik menunggu lif untuk naik semula ke pejabat. Aku rabun jauh sebenarnya. Dulu kalau dah tertinggal tu memang aku biarkan aje. Malas dah nak naik semula ke pejabat semata-mata nak ambil spek. Kat rumah pun sama..kalau dah siap kunci pintu baru teringat, memang xde maknanya aku nak masuk balik cari spek. Tapi sekarang ni dah rasa spek mata tu salah satu keperluan pula. Malah rasa tak confident nak bawa motor kalau tak pakai spek...sama level dengan tak boleh bawak motor kalau tak pakai helmet pulak kaedahnya tau. Penglihatan mula la jadi kembang-kembang...nak pulak kalau hari hujan. Faktor usia kot kan?

Seingat aku, aku mula pakai spek masa buat pjj hari tu. Ye la..hari2 mengadap lappy nak siapkan assignment sampai 2-3 pagi...mana mata x jadi kelabu kelala kan.. tapi xdelah teruk sangat. Aku pakai kejap2 jer bergantung pada keadaan..contohnya masa naik kete malam2 atau masa bawak motor jer. Kalau siang2 ok jer. Tapi sekarang ni, tengok wayang pun kena pakai spek dah sebab rasa macam tak puas pulak bila tengok skrin. Paling leceh kalau tengok 3D...kena pakai 2 spek sekaligus...huh! mujur orang x nampak :P

Tu la aku ingat..faktor usia yang makin meningkat ni la puncanya. Tu belum masuk angka 4 kat depan tuh..makcik sangat dah aku rasa...huhu... :P 

No comments: