Be My Friend :)

24 September 2012

#42: Lawak yang x lawak

Sabtu minggu lepas mak mertua aku buat kenduri doa selamat sebab dia nak pergi menunaikan haji di Mekah. Jadi sibuklah aku membantu apa yang patut sampai x cukup tangan. Biasalah kenduri kan..tapi bukan itu yang aku nak cerita sekarang ni...

Since nak buat kenduri kan...so Mr. Hubby ada la jugak jemput some of kawan2 office dia yang duduk berhampiran dengan rumah mak mertua aku tu untuk datang kenduri tu nanti. By phone jerlah sebab mak mertua aku dah jemput pun diorang ni face to face dah..saja la kan call bagitau sekali lagi sebab itu kawan dia. Sorang kawan dia boleh pulak kata "kenduri tu kenduri hang nak kawin satu lagi kan?"...melawak la tujuannya tu..Mr. Hubby jawab "hoishh...tu nak kena kayu tengah belakang la tu"...pun menjawab secara melawak jugak..

Ingatkan habis kat situ jerlah tapi masa kenduri, terjumpalah kawan yang cakap melawak camtu tu..lagi sekali dia cakap "hah..mana orang rumah baru tu?"..isk!..Mr. Hubby gelak jer..aku pulak ada jer kat area2 berdekatan dengan tempat kejadian tu..huh! xde benda lain ke nak melawak pun kan? pastu x lama lepas tu, masa Mr. Hubby dok melayan keluarga mak sedara dia makan, entah apalah yang diorang bualkan tapi lepas tu wife sepupu dia ada cakap "Abg. Nan (Mr.Hubby) ni nak menikah anak dara pun boleh lagi ni"...aku cam "WHAT?"..diorang ni dah kenapa?

Aku xdelah nak jeles ke atau nak marah ke apa..tau diorang ni cuma melawak jer..Mr.Hubby pun masa aku tanya dia, dia ada kata.."alah..xyah amik hati sangatlah..melawak jer tu"..yer la..aku faham..tapi macam yang aku cakap kat Mr.Hubby, kan ada banyak lagi benda yang boleh buat modal melawak kat Malaysia ni kan? then kenapalah suka nak melawak benda2 mcm ni?..sebab seingat aku ada jugak beberapa kali aku dengar lawak macam ni orang kata kat Mr.Hubby sebelum ni tau...macam mendoakan pulak!..aku x suka..

Melawak pada aku ada sempadan juga...jangan melawak yang boleh menjatuhkan air muka orang atau lawak yang boleh buat orang kecil hati dan sebagainya..mungkin pada orang lelaki, benda tu xde benda...saja jer buat modal melawak dengan kawan2..tapi bila si isteri yang mendengar lawak macam tu tentang suami dia, terfikir x apa perasaan dia? orang lain aku x taulah..tapi aku x suka! so lepas ni kalau aku dengar lagi lawak macam tu, aku sound direct jer! Huh!  

3 comments:

Naja Naja said...

Ada satu teori yang sedang hangat diperdebatkan sekarang... lelaki tak hensem memang sukar untuk setia dan suka beristeri banyak sebab nak menutup kekurangan tang ketidakhenseman mereka itu, contoh SY.

Nan hensemkan... kehkehkeh !

Naja Naja said...

Tapi lawak jenis ni memang biadap. Kawan dia tu kot yg nak berbini lagi satu.

Dan wife sepupu dia tu, daripada dok cakap kat laki hang.. pi lah habaq kat laki sendiri soh kawin lagi satu. Ada bran ?

marstories said...

tu la naja..yang aku hairan kawan dia tu dah pencen pun tapi asyik itu jer dia ulang cakap nak melawak...agak2 la kan.. yang wife sepupu dia tu pun satu..dia x rasa sebab dia yang cakap kat orang lain..kalau orang yang cakap kat dia camtu, dia seronok kot..