Be My Friend :)

04 September 2012

#41: Cerita Raya

Raya dah berlalu lebih dari 2 minggu dah pun kan? Kejap jer..hari ni dah masuk 17 Syawal dah pun..so camana raya korang? Mestilah seronok kan?..aku pun rasa raya aku kali ni full dengan aktiviti..hehe..jom citer..pagi raya pertama tu lepas mandi sunat Aidilfitri terus bergegas ke rumah mertua aku...nak pergi sembahyang raya bersama kat masjid taman rumah mertua aku..lepas jamah sikit kuih raya & ketupat rendang yang dah tersedia di atas meja oleh mil, kami pun berangkat ke masjid...lepas habis sembahyang raya sambung balik makan..hehe..pastu buat photoshoot dengan digital camera & tripod kat rumah mertua..posing la situ, sana, sini...haha..jadilah..walaupun xde DSLR....:P

Lepas habis photoshoot (la sangat), kami pun bergerak ke rumah opah (emak MIL) kat kampung yang kira2 15 minit perjalanan dari rumah mertua aku..sampai sana makan lagi..rendang, ketupat, laksa & kuih raya..pastu lepak sembang2 dengan sedara mara & tengok tv sampailah Zuhur..bila jam di dinding telah melepasi pukul 2.00 ptg, hati aku dah jadi x keruan...macam hanya jasad berada di situ tapi hati & fikiran dah kat highway on the way nak balik kampung..haha..nak pulak, mak aku kat kampung pun dah telefon bertanya..."along dah bertolak ke?"..hehe...maka mulalah sesi memberi isyarat memanggil kepada Mr. Hubby...tapi Mr. Hubby pulak buat2 x nampak..time tu la dia nak makan laksa lagi sekali la...nak makan kuih raya la..haishh..tertekan aku kat situ..last2 sound direct..jomm!..cakap kat dia dan terus bersiap2..haha..giliran Mr. Hubby pulak tertekan kat situ...menjeling dia..tapi FIL aku back up..jomm! jugak katanya..sebab mertua & adik ipar aku pun nak balik umah diorang balik sementelah kami naik satu kereta jer ke kampung tadi tu..pukul 3 petang, kami pun bergerak keluar..hantar PIL & SIL balik umah dulu pastu kami pun balik rumah kami..beg dah siap kemas dari awal..so senang la..masukkan jer dalam keter, tunggu sembahyang Asar dulu, pastu gerak keluar..sebelum Maghrib kami pun sampai di kampung aku..Alhamdulillah..cuma x sempat nak jumpa adik aku yang no. 3..dia dah balik KL sebab dia dapat cuti raya pertama jer..raya kedua kena kerja pagi..xperlah..adik2 lain ada.. :)

Raya kedua, highlightnya ialah beraya ke rumah Paklang aku kat Kg. Kuak (area nak ke Lenggong)...tu rumah wajib pergi tiap kali raya..tapi sebelum kami semua bergerak keluar dengan 3 kereta, kami buat photoshoot dulu kat rumah..still dengan digital camera & tripod jer..haha...lepas tu gerak..ngam2 sebelum tengahari sampai umah Paklang..sedara mara dah penuh dari porch depan rumah sampailah kat dapur..jumpa Maklong dengan anak2 menantu & cucu2 dia..pastu MakWe dengan anak2 menantu & cucu2 dia gak...kat luar sepupu2 lelaki tengah bakar ikan sungai..ada ikan talapia, ikan loma..pastu ikan apa ntah aku x tau..hehe..tu menu wajib kalau pergi rumah Paklang aku..tapi sementara nak tunggu ikan bakar siap, kami makan laksa & kuih2 raya dulu sambil2 catch up cerita dengan sepupu2..time ni la nak jumpa semua orang pun kan..time lain jumpa kat fb jer..hehe..bila ikan2 pun dah siap bakar, semua serbu nasi pulak..xde banyak menu pun, ikan bakar, betik muda rebus & cabai kicap jer pun tapi makan bertambah2...seronok kot sebab ramai..makan rebut2..hehe..gambar pun x sempat nak ambil.. :P

Lepas makan & berehat sekejap, masing2 la mintak diri..ada lagi rumah yang nak dituju..tapi sebelum tu sempat singgah jap kat tepi Tasik Raban...tenang jer tengok tasik...lepas tu bergerak ke Kuala Kangsar pulak..ke rumah tok sedara iaitu adik bongsu arwah opah aku...makan lontong pulak kali ni...wah..sedap.. :).. sebelum maghrib, kami pun bertolak balik...malamnya aku in charge masak bihun tomyam pula..

Raya ketiga, sebelah pagi melayan sanak saudara yang datang ke rumah...pastu lepas Zuhur kami pulak keluar berhari raya ke rumah sanak saudara yang berdekatan rumah sebelum terus ke Ipoh ke rumah MakChu pulak. Kami berkonvoi 2 kereta jer sebab satu kereta lagi (adik aku) dah balik umah mertuanya di Terengganu..MakChu buat bihun sup..kuih raya dia pun lebih dari 15 jenis aku rasa...hehe..duduk atas karpet hijau MakChu macam rasa duduk kat tengah padang rasanya...hehe..pukul 6 petang kami pun meminta diri dan sebelum sampai ke rumah, sempat pula melencong ke rumah MakNik di kampung yang sama. Makan nasi ayam terhebat di pasaran yang MakNik masak khas bila tahu kami nak datang beraya..:)

Raya keempat, last day di kampung, pukul 10.00 pagi kami dah bertolak balik ke Penang...giliran beraya di Penang pula sebab hari raya pertama tu x sempat nak ke mana pun..karang mengamuk Mr. Hubby.. Raya kat Penang dipenuhkan dengan aktiviti seperti bawa mertua & adik ipar aku jalan2 & makan2 di bahagian pulau, pergi kenduri & rumah terbuka saudara mara dan melayan orang datang rumah aku untuk beraya...sudahnya, di penghujung cuti, hari Sabtu & Ahad tu, lepak kat rumah jer la kami anak beranak...kemas rumah & membasuh kain baju yang dah dekat nak selori tu..hehe..itu jerlah citer raya aku.. :)
me, my nephew (Faris) & my daughter :)

2 comments:

Naja Naja said...

selamat hari raya rini.. maaf zahir dan batin. semoga persahabatan kita berkekalan hendaknya.. amin :)

marstories said...

yer..sama la aku pun naja..friends forever..insyaAllah..Selamat hari raya, maaf zahir & batin untuk hang sekeluarga juga.. :)