Be My Friend :)

12 July 2012

#36: Menunaikan impian

Aku kan..banyak kali terlintas nak buat sesuatu yang bermakna ni dalam hidup aku tapi selalu x jadi sebab aku takut...hehe.. tapi hari ni, bila tengok member2 ofis nak pergi..aku pun nak ikut sama..kempen derma darah sebenarnya..anjuran oleh MAKSAK Pulau Pinang, Intel, Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang (PDC) & Jabatan Kesihatan Negeri Pulau Pinang yang diadakan di tingkat 3 bangunan ofis aku ni..

First time nak menderma darah kan..so berdebar2 la masa timbang berat..pastu isi borang, check jenis darah & tekanan darah..settle bab tu, diorang bagi buku derma darah dan satu tray alatan untuk ambil darah dan disuruh supaya minum2 & makan2 dulu di satu sudut berdekatan dengan kaunter2 tu semua..ada milo panas..ada gak kuih2 yang disediakan tapi aku x makan dah sebab dah kenyang. Lepas tu terus ke tempat derma darah.

Sakit sikit la masa jarum dicucuk di lengan kiri. Aku pun x tengok pun masa nurse tu cucuk..pandang ke tempat lain..hehe..Lepas tu ok jer..dalam 5 minit dah settle ambil darah. Sekejap jer dah penuh paket darah tu...pastu nurse suruh rehat lebih kurang 10 minit lagi di situ..takut kalau2 pening ke apa..tapi aku rasa ok jer.. dan selepas selesai semuanya dan tempat yang dicucuk tadi pun dah ditempek dengan plaster luka, aku diberikan sijil penghargaan & beberapa cenderahati yang disediakan iaitu beg recycle, botol air & note book sebagai tanda penghargaan kepada penderma..hehe...perasaan aku? lega sebab dah berjaya menunaikan impian aku untuk menderma darah ni dan aku berharap darah yang didermakan tu akan dapat membantu mereka yang memerlukannya nanti..InsyaAllah.. dan alhamdulillah.. :)


3 comments:

Naja Naja said...

aku ingat impian apa tadi.. walau apapun rini, tahniah kerana telah berjaya merealisasikan impian murni mu itu. Sepeket darahmu mungkin menyelematkan nyawa entah sesiapa tetapi besar nilainya.

TiNiE said...

tahniah rinie!
teringat dedulu aku rajin derma darah. n one of it masa kat polipd. yes, lepas derma aku terus pening n mcm nak pitam. demmmm...hahahaha

marstories said...

naja, tinie: tenkiu..hehe..walaupun lebam tempat cucuk tu sampai hari ni, tapi aku puashati..aku teringatkan adik aku sebenarnya..last a few month ago dia kena masuk wad sebab kurang darah..aku terfikir..kalau xde orang derma darah tu, macam mana kan?.. tu sebab aku rasa aku pun teringin nak derma juga..mana tau, dengan darah aku tu boleh selamatkan nyawa orang lain..kan? insyaAllah.. :)