Be My Friend :)

27 June 2012

#35: Kdrama Reviews

Title: Queen Inhyun's Man
Genre: Fantasy, Romance, Comedy, Time-Travel
Episode: 16
Year: 2012
Main Cast: Ji Hyun Woo as Kim Boong Do & Yoo In Na as Choi Hae Jin
Review:  Drama ini adalah mengenai cerita yang terjadi antara dua dunia; Kim Boong Do di zaman silam & Choi Hae Jin di zaman moden iaitu berjarak waktu 300 tahun. Pada mulanya, yang menarik aku memilih drama ini untuk ditonton ialah percintaan antara Ji Hyun Woo yang melakonkan watak sebagai Kim Boong Do & Yoo In Na yang membawa watak sebagai Choi Hae Jin di dunia sebenar. Mereka jatuh cinta sewaktu berlakon dalam drama ini dan mengumumkan percintaan mereka secara terbuka selepas drama ini tamat disiarkan di Korea.

Berbalik kepada drama ini, ia menceritakan tentang Kim Boong Do iaitu seorang pegawai kerajaan di zaman silam yang secara tidak sengaja telah mengembara merentasi masa 300 tahun ke hadapan setelah dia diberikan satu tangkal (talisman) oleh orang gajinya. Tangkal ini bertindak sebagai penyelamat apabila dia menghadapi saat2 getir yang memungkinkan dia terbunuh. Di sinilah dia bertemu dengan Choi Hae Jin yang merupakan seorang pelakon.  Dengan bantuan Hae Jin, Kim Boong Do dapat melihat semula apa yang terjadi di zamannya dan berusaha mengubah sejarah yang telah tertulis.  Maknanya dengan adanya tangkal itu, dia dapat berulang alik dari zamannya ke zaman 300 tahun ke hadapan. Overall drama ini sangat2 menarik, idea yang segar & baru serta pelakon utamanya iaitu Ji Hyun Woo & Yoo In Na juga dapat memainkan watak masing2 dengan jayanya. Aku bagi 4 bintang!     

Title: The King 2hearts
Genre: Romance, Comedy
Episode: 20
Year: 2012
Main Cast: Lee Seung Gi as Lee Jae Ha, Ha Ji Won as Kim Hang Ah & Jo Jung Suk as Eun Shi Kyung
Review:  Sudah pastinya, tarikan utama drama ini adalah pelakon utamanya sebab aku peminat Lee Seung Gi (My Girlfriend is Gumiho, Shining Inheritance) & Ha Ji Won (Secret Garden). Drama ini mengenai Raja Korea di zaman moden. Lee Seung Gi sebagai Lee Jae Ha adalah merupakan seorang putera raya yang diangkat sebagai Raja Korea Selatan setelah kematian abangnya yang dibunuh melalui konspirasi seorang psyco yang teringin sangat nak jadi raja. Daripada seorang putera raja yang sombong & berlagak, Lee Jae Ha berubah sebagai raja yang bertanggungjawab dan bijak apabila diberi tanggungjawab melaksanakan tugas sebagai raja Korea. Di samping mencari siapa pembunuh abangnya, dia juga menjaga hubungan baik dengan Korea Utara apatah lagi dia jatuh cinta pada Ha Ji Won yang membawa watak sebagai anak seorang pegawai pemerintah Korea Utara yang juga seorang pegawai tentera Korea Utara. Overall drama ini juga sangat menarik untuk ditonton dan aku bagi 3.5 bintang!
  

Title: Roftop Prince
Genre: Fantasy, Comedy, Romance, Time-Travel
Episode: 20
Year: 2012
Main Cast: Micky Yoochun (JYJ) as Yong Tae Yong/Lee Gak, Ha Ji Min as Park Ha/Bu Yong, Jung Yoo Mi as Hong Se Na/Hwa Yong, Lee Tae Sung as Yong Tae Moo, Lee Min Ho (1993) as Song Man Bo, Jung Suk Won as Woo Yong Sul & Choi Woo Shik as Do Chi San
Review:  Penarik drama ini sudah pastilah Micky Yoochun dari kumpulan JYJ. Seperti drama Queen Inhyun's Man, drama ini juga menceritakan tentang 2 dunia yang berbeza iaitu zaman silam dan zaman moden di mana Micky Yoochun membawa 2 watak iaitu satu di zaman silam sebagai putera raja dan di zaman moden sebagai Yong Tae Yong.  Begitu juga Ha Ji Min yang turut membawa 2 watak iaitu sebagai Bu Yong di zaman silam & Park Ha di zaman moden. Lee Gak si putera raja bersama 3 orang, orang suruhannya iaitu Man Bo, Yong Sul & Chi San dengan tidak sengaja telah dibawa merentasi masa ke zaman moden semasa mereka sedang melarikan diri dari orang yang sedang mengejar mereka semasa mereka sedang menyiasat punca kematian puteri raja iaitu tunang kepada Lee Gak iaitu Hwa Yong. Banyaklah peristiwa yang melucukan terjadi apabila mereka berusaha untuk menyesuaikan diri dengan zaman moden dan di samping itu berusaha menyiasat kaitan antara pembunuhan yang terjadi di zaman silam dengan perkara yang terjadi di zaman moden. Overall pada aku, drama ini juga sangat2 menarik dan sangat disyorkan untuk ditonton..aku bagi 4 bintang!

No comments: