Be My Friend :)

20 June 2012

#34: Unknown Calls

Since last week kerap benar aku dapat call dari no. yang aku x kenal. Tapi aku angkat jugak sebab takut call tu penting. Rupanya satu call tu daripada AEON, nak offer kad kredit. Bila aku kata aku taknak, orang tu tanya kenapa taknak? aku katalah yang aku dah ada satu kad kredit dan x rancang nak tambah lagi. Cukuplah dengan yang ada tu. Pastu katanya lagi, boleh kalau aku nak transfer kredit dari kad lama ke kad baru yang dia offer tu. Aku cakap xperlah..saya x minat. Mujurlah dia stop sampai situ jer. Tapi kan, seingat aku, awal tahun hari tu AEON ada hantar kad kredit kat aku. Tapi aku x guna pun la. Ada dalam surat yang aku dah campak kat mana ntah. Sebab untuk aktifkan kad tu kena pergi pejabat dia untuk ambil nombor pin. Xperlulah..

Satu lagi call katanya dari AIA Insurans. Dia kata "puan, insurans kemalangan puan dah nak expired bulan depan. Apa kata puan sambung lagi insurans puan setahun lagi sampai tahun depan?". Eh! aku dah confius..bila pula aku ada insurans dengan AIA ni..xder tau. Aku cakaplah kat dia, "eh, saya xde masuk apa2 insurans dengan AIA".. dah tu dia jawab "laa..ada la puan. Takkan puan dah lupa kot?". Serius weh..aku x ingat pun..mana ada..pastu bila aku diam x cakap apa2, dia kata pulak.."ada puan, puan masih guna kad kredit kan?, kalau puan setuju, kami akan renew insurans puan ni dan puan kena bayar rm300++ jer dari kad kredit puan". Aku katalah.."xperlah, tapi memang saya x ingat langsung pasal insurans ni dan kalau betul ada pun, biarlah dia expired pun..saya xmo sambung lagi dah"..Dia cakap lagi "x boleh puan, kita sambung ajelah lagi setahun sampai bulan 6 tahun depan"..dan bla, bla, bla lagi mintak details aku. Speechless aku tau..dengan otak yang tengah berusaha untuk ingat kot2 aku ada terambil mana2 insurans lain selain dari insurans motor & kereta...sudahnya..unable to remember, aku tamatkan jer call tu. Yang call aku tu perempuan, tapi tone suara dia agak cam x berapa nak mesra, agak kasar..macam memaksa pun ada gak..tu sebab aku endkan jer call tu. Pastu aku offkan hp aku sejam.. 

Pastu tadi dapat lagi satu call..aku perasan nombor ni dah banyak kali call hp aku tapi aku x angkat. So aku angkatlah tadi. Orang tu kata dia call dari mana ntah..aku x perasan. Tapi sebagai pengguna Bonuslink, dia nak offer aku insurans AIA yang sangat special...bla..bla..bla..dia punya penerangan. Dia suruh aku bayar RM63.26 sebagai pendaftaran, pastu dalam tempoh 30 hari dia akan hantar polisi untuk aku baca dan nanti tiap2 bulan diorang akan potong RM62.00 dari kad kredit aku sebagai bayaran bulanan...pastu aku cakap la kat dia.."xper, bagi saya masa untuk fikir dulu. Kalau saya nak maklumat lanjut, saya boleh tengok dalam website AIA kan?"..dia jawab "eh, x boleh, sebab xde dalam website AIA sebab ini special punya insurans untuk Bonuslink member, kira yang terpilih aje yang kita telefon"..adoii la..ikut lojik akal aku, kalau insurans tu under AIA, mestilah boleh dibaca maklumat tu semua dalam website AIA kan? Confius aku!..dah tu aku suruh jer dia call aku balik minggu depan sebab bagi masa aku fikir dulu macam mana..pening kan? Lepas ni aku xmolah angkat call dari unknown number lagi dah..buat pening jer.. 

No comments: