Be My Friend :)

22 May 2012

#31: Hari Keluarga @ Bukit Merah Laketown Resort

Last 2 week (12 & 13 Mei 2012), ofis aku buat hari keluarga yang bertempat di Bukit Merah Laketown Resort. Sorry lambat update sebab gambar dari kamera pejabat baru jer dapat semalam..jenuh juga nak tengok beratus2 gambar dalam cd yang diberi..jom tengok gegambar:

Konvoi ke Bukit Merah

Sampai di Bukit Merah Laketown Resort

Lepas daftar dapat goodies bag sorang satu


 

Muka2 happy nak main air :P

Lepas bagi chances semua bertukar baju dan bersedia, games pun diadakan di dalam water park di Bukit Merah tersebut. Aku tak tau diorang ni main games apa sebab aku xde pun di tempat kejadian..hehehe..kan aku pergi exam..so memang aku x ikut la konvoi dari pagi2 hari Sabtu tu. Goodies bag tu pun aku dah songlap sehari lebih awal sebab takut diorang lupa kat aku sampai x dapat goodies bag tu..haha..so jom tengok gambar lagi.. :P.. oh yer, walaupun xde dalam gambar, aku kumpulan hijau..

Lepas penat bermain air, diorang diberi packed lunch yang disediakan oleh pihak Bukit Merah Laketown Resort. Katanya sedap.. :P.. lepas tu barulah masing2 mendaftar masuk ke bilik hotel...eloklah tu sebab masing2 dah letih, kenyang dan sunburn..hehe..Aku pulak elok habis jer exam dalam pukul 3.15 petang terus bergerak ke Bukit Merah. Mujur aku kena exam di USM Kampus Kejuruteraan di Nibong Tebal. Jadi xdelah jauh sangat nak sampai ke Bukit Merah nun..lebih kurang sejam gitu..exam macam mana? S.U.S.A.H....hehehe...malam pulak ada dinner di Dewan Kaloi..temanya Pink & Blue...tengok gambar lagi jom..   


Masa dinner, ada pertandingan hot mama & baby, persembahan unit2, best dress dan penyampaian hadiah pertandingan tersebut termasuklah untuk acara sukan yang telah diadakan di water park pada siang harinya. Makanan malam tu sedap dan pelbagai pilihan. Acara malam tu tamat bila jam sudah menunjukkan pukul 10.30 malam. Esoknya lepas breakfast, ada peraduan mewarna untuk kanak2 yang berumur 12 tahun ke bawah. My daughter masuk juga peraduan mewarna ni dan berjaya mendapat tempat ke-5..jadilah..dapat hadiah..berseri muka dia..hehe.. 

  
Us
 Lepas selesai peraduan mewarna dan lunch di dewan yang sama masa dinner malam sebelumnya, kami pun check out dan bertolak balik ke penang...sekian.. :P

4 comments:

Naja Naja said...

Best. Office aku dah lama tak buat hari keluarga.. 2 tahun dah kot. Sibuk perakaunan akruan punyer pasal. Hehehe

marstories said...

Naja: best jugaklah tapi aku x join first day tu..huhu..tiap2 tahun ofis aku buat jugaklah hari keluarga ni cumanya, xdelah pergi jauh2..dekat2 ngan penang jerlah..

Laxmi said...

wah dah besar Nasrin.. tak lama lagi sama tinggi ngan Rini kot cam aku ngan Meera.. haha

marstories said...

Lax: positif 2-3 tahun lagi dia sama tinggi dgn aku atau lebih tinggi dari aku..hahah..ke kita yang sebenarnya rendah? haha..