Be My Friend :)

09 April 2012

#27: Interview

2-3 hari lepas balik dari Korea, aku ke Putrajaya pula bagi menghadiri temuduga untuk mengikuti satu program yang dianjurkan oleh JPA iaitu Program Pertukaran Belia Malaysia - Korea yang akan diadakan pada 17 hingga 26 Mei nanti di Korea. Temuduga tu di pejabat SPA di presint C. Sebenarnya, masa surat panggilan temuduga tu keluar, aku masih berada di Seoul so kawan aku yang turut memohon untuk mengikuti program yang sama tolong check untuk aku dan printkan surat temuduga itu tanpa mengetahui yang aku sudahpun ke Korea...hehe..dah kata xmo heboh2 kan..so ada jer yang tak tahu aku pergi mana. Dia tahu aku ambil cuti jer tapi x tahu aku pergi mana..sorry..dia pun dapat panggilan temuduga di hari yang sama dengan aku.

Actually, masa aku hantar permohonan tu, aku x jangka pun akan dipanggil temuduga sebab tahun lepas 2 kali aku memohon tapi x sampai ke tahap dipanggil untuk temuduga pun. So tahun ini saja2 la lagi sekali aku memohon. Walaupun begitu, tiada harapan yang disandarkan memandangkan memang aku sendiri pun dah ada plan sendiri nak ke Korea. So bila dah dapat panggilan temuduga, maka aku pun pergilah menghadiri temuduga tu. Naik bas jer dari Penang..Wahh..ramai betul yang dipanggil untuk temuduga tu rupanya. Aku difahamkan, JPA menerima permohonan sebanyak 1000 lebih dari seluruh Malaysia dan setelah diproses, yang layak dipanggil untuk menghadiri temuduga adalah seramai 400 lebih orang termasuk aku. Temuduga ni dibuat selama 3 hari dan aku menghadiri temuduga tu di hari kedua. Temuduga tu bermula pada jam 8.30 pagi, tapi aku dipanggil masuk ke bilik temuduga pada jam 11.30 pagi. Manakala kawan aku tu masuk ke bilik temuduga pada jam 12.00 tengahari. Lepas habis temuduga, aku terus ke Puduraya untuk pulang ke Penang.

Keputusan temuduga tu baru jer keluar hari Jumaat lepas. Dan seperti yang dijangka, aku TIDAK BERJAYA untuk mengikuti program tersebut. Kawan aku pun x berjaya..tapi memang dari awal lagi aku dah merasakan bahawa agak mustahil untuk terpilih kerana dari 400 lebih orang yang ditemuduga selama 3 hari tu, hanya 15 orang sahaja yang akan dipilih untuk mengikuti program tersebut. Maka, peluang untuk gagal adalah jauh lebih besar dari peluang untuk berjaya...x ada rezeki...betul tak? Frust? xlah sangat..cuma sikit2 tu mesti terasa juga sebab ada ke orang yang seronok bila gagal temuduga kan? hehe.. lagipun aku pun baru jer balik dari Korea..jadi perasaan tu biasa2 sahaja. Kalau rajin, next time aku cuba lagi..gitu.. bila aku bagitahu Mr. Hubby dan My Daughter pulak, dua2 tu kata..'Alhamdulillah...lega'..haha..diorang seronok sebab xdelah kena tinggal lagi..hehe..

Oh yer.. kalau ada yang minat nak cuba, masa interview tu, antara soalan2 yang ditanya adalah mengenai, Korean War (bila, antara siapa, mengapa), struktur kerajaan korea, politik di Korea, struktur kementerian2 di Korea, kenapa JPA buat program ni dengan Korea yakni kenapa x buat program ni dengan negara2 lain, perdana menteri korea siapa, beberapa soalan mengenai Korea Utara juga ada dan mungkin diminta untuk buat persembahan masa interview tu. Interview tu dibuat dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris. Bagus juga pergi interview tu..dapat pengalaman... dan bagi aku, sebab utama aku berminat untuk mengikuti program tu adalah kerana aku nak memberi 'warna' pada perkhidmatan aku dalam kerajaan yang sudah hampir 13 tahun ni. Sekurang-kurangnya, bila berpeluang mengikuti program sebegini, ada la sedikit kelainan...mungkin kerja lebih menarik...gitu..xdelah sama jer setiap tahun kan...tapi xde rezeki pula kali ini..xper..aku okay jer...pasrah dan redha...:) Untuk korang yang teringin nak cuba next time, good luck in advance dari aku yer...hehe.. 
   

4 comments:

Naja said...

Hari tu aku dengan Umie ada cadang2 nak try apply tapi last2 kami cuma hangat2 taik ayam.. tapi sumpah aku cakap dgn Umie, hang memang sesuai pi program ni sebab hang sangat berminat degnan filem dan drama2 Korea.. jadi budaya Korea tu dah menyerap secara tak langsung kot kat hang. Apapun Rinie, next year cuba lagi.. aku takmo mintak sebab rasa tak relevan dengan diri aku. Hahaha. Insya Allah, peluang untuk hang pasti akan terbuka satu hari nanti. Cuba lagi :)

marstories said...

naja: haha..budaya korea tu x menyerap secara langsung ataupun secara tidak langsung walaupun aku suka tengok drama/filem atau dengar lagu2 korea la..haha..dulu aku mintak sebab teringin nak pergi korea. Tapi bila dah pergi sendiri ke sana, aku mintak sebab aku nak ikuti program tu jer sebab itu jer satu2nya peluang untuk kita2 ni pergi berkursus di luar negara. Xde peluang lain dah yang JPA tawarkan pun...kalau ada mesti aku dah mintak..itupun interview susah ya amat..

masa aku mintak, aku pun x fikir ada relevan atau tidaknya pun pada aku, cuma macam aku cakaplah..aku nak memberi warna pada service aku dalam kerajaan ni..kurang2, cantiklah sikit buku service..maklumlah..kerja pun dah lama..takat kerja kita ni, peluang amatlah terbatas kalau nak terpilih pergi mana2 pun..ini pun 3 kali mintak baru sekali dipanggil untuk interview.. InsyaAllah..kalau aku rajin, aku mintak lagi bila2 nanti sebab walaupun dah ada ijazah, nak dapat kerja baru pun x tentulah lagi bila kan.. :)

Orang kecil said...

Tahniah kerna terpilih antara 1000 lebih pemohon mengikuti program pertukaran belia M'sia- Korea. Memang persaingannya mencabar. Saya pun di antara yang terlibat dgn interview tu. Selepas interview saya hanya tawakal saja kerana memang diri terasa kecil sangat bila tengok potensi rakan yang lain yang hadir ke interview. Alhamdulillah berkat usaha dan tawakal bagai mimpi di siang hari, saya antara calon yang terpilih. Marstories, apa pun tahniah kerana sudi berkongsi maklumat pengalaman kamu dalam blog so next time memberi peluang kepada calon lain utk membuat persiapan mereka. Saya ternampak blog kamu utk melihat pengalaman belia yang pernah mengikuti program tersebut sebelum ini sebgai persiapan. Teruskan mencuba di masa akan datang.

marstories said...

wahh..tahniah orang kecil..nampaknya saya lagi kecil dari anda sebab tak berjaya dalam interview kali ni..hehe..saya berkongsi pengalaman saya sahaja..mungkin saya pun x cukup persiapan sebelum pergi temuduga tu memandangkan saya pun baru balik dari korea masa tu..apapun tahniah dan selamat menyertai program itu nanti..nanti email la pada saya pengalaman anda di sana yer...boleh juga saya buat rujukan di masa yang akan datang..have fun juga di korea nanti yer..seronok berjalan tengok tmpt orang ni..dan korea sememangnya sebuah negara yang cantik :)