Be My Friend :)

05 April 2012

#26: Kdrama Review

1.  Shut up Flower Boy Band - Episode: 16, Year: 2012, Genre: Romance, Drama, Main Cast: Sung Joon (Kwon Ji Hyuk), L Infinite (Lee Hyun Soo), Lee Hyun Jae (Jang Do Il), Kim Min Sook (Seo Kyung Jong), Yoo Min Kyu (Kim Ha Jin) and Lee Min Ki (Joo Byung Hee - Cameo in ep. 1 & 2) 
Review: Drama ni mengenai 6 sekawan yang bersahabat baik. Diorang ni minat music dan ada group diorang sendiri yang dinamakan Eye Candy. Ketua band diorang ni Byung Hee yang berkebolehan mencipta lagu untuk band diorang ni. Tapi sayang Byung Hee mati di episode kedua sebab kemalangan. Lepas tu Kwon Ji Hyuk pulak yang menjadi ketua band dan diorang dapat peluang untuk jadi artis rakaman. So macam2 la perkara jadi masa diorang ni jadi artis rakaman yang menduga perhubungan baik diorang dalam satu band ni. Pada aku, cerita ni menarik sebab banyak menceritakan mengenai persahabatan dan pengorbanan. Aku kagum dengan sikap Kwon Ji Hyuk yang amat sayangkan kawan2 dia dan sanggup berkorban demi nak tengok kawan2 dia berjaya terutamanya L dari kumpulan Infinite yang membawa watak sebagai Lee Hyun Soo. Endingnya baik, para pelakonnya pun eye candy seperti nama group diorang ni. So untuk drama ni aku bagi 4 bintang.. :) oh yer..aku suka lagu dari drama ini yang dinyanyikan oleh Sung Joon yang membawa watak sebagai Kwon Ji Hyuk bertajuk Jaywalking..terbaik!
2. Dream High 2 - Episode: 16, Year: 2012, Genre: School/Musical/Comedy/Romance, Main Cast: Kang So Ra (Shin Hye Sung), Jin Woon - 2AM (Jin Yoo Jin), Yoo So Young (Park Soon Dong), Kim Ji Soo (Hong Joo), Jung Yeon Joo (Lee Yi Seul), Jr (Jung Ui Bong), Park Ji Yeon - T'ara (Rian), Hyo Rin - Sistar (Nana), Ailee (Ailee), JB (JB) & Park Seo Joon (Si Woo)
Review: Drama ini adalah kesinambungan dari drama Dream High season 1 yang disiarkan awal tahun lalu tetapi dibintangi oleh pelakon yang berbeza dan jalan cerita yang berbeza. Cuma masih menggunakan sekolah yang sama iaitu Kirin High School of Art dan mengekalkan cikgu yang sama iaitu Yang Jin Man yang dibawakan oleh Park Jin Young (JYP) yang turut bertindak sebagai penerbit drama ini. Ianya menceritakan tentang persahabatan, cinta, cita-cita dan harapan pelajar2 ini dalam bidang muzik yang diterjemahkan menerusi cabaran2 yang diberikan oleh pengetua sekolah tersebut. Pada keseluruhannya, pada aku, drama ini mempunyai kekuatannya yang tersendiri jika dibandingkan dengan siri yang terdahulu namun, endingnya agak kurang menarik. Walau bagaimanapun, lagu2 ost dari drama ini banyak yang best2. So untuk drama ini aku bagi 3.5 bintang
 
3. What's Up - Episode: 20, Year: 2012, Genre: Musical/Romance/School, Main Cast: Im Ju Hwan (Jang Jae Hun), Kang Dae Sung - BigBang (Ha Do Sung), Im Joo Eun (Oh Doo Ri), Oh Man Suk (Sun Woo Young), Jang Hee Jin (Eun Chae Young) & Kim Ji Won (Park Tae Yi).
Review: Drama ini menceritakan tentang persahabatan pelajar2 di Fakulti Seni dan Persembahan di sebuah universiti yang mahu mementaskan sebuah teater musikal yang bertajuk What's Up. Banyaklah suka dukanya dan cabaran2 yang perlu mereka tempuhi sebelum berjaya mementaskan teater musikal yang menjadi harapan pensyarah mereka yang meninggal dunia di hujung episode. Pada keseluruhannya, drama ini menarik, apatah lagi dengan lakonan Daesung dari kumpulan BigBang yang agak baik dalam drama ini. Ending drama ini okay, tapi akan lebih menarik jika teater musikal What's Up yang ingin mereka pentaskan itu dipaparkan di hujung cerita sebab sudah tentulah sebagai penonton, kita nak tengok juga bagaimana hasilnya teater musikal yang ingin dipentaskan oleh mereka2 ini setelah melalui pelbagai kesukaran dari awal2 episode lagi. Betul tak? So untuk drama ini aku bagi 3.5 bintang :)  

No comments: