Be My Friend :)

03 April 2012

#23: Movie Review


1. The Hunger Games - Aku tengok last weekend sebab katanya box office..pada aku..cerita okay2 saje..tengok citer ni sambil berfikir kaedahnya sebab terlalu banyak persoalan yang timbul mengenai movie ni. Ceritanya agak kejam. 2 orang peserta iaitu seorang lelaki dan seorang perempuan dari umur 12 - 18 tahun dipilih dari 12 daerah yang miskin. Mereka ini ditadbir secara kejam dan sepenuhnya oleh pihak pentadbir yang dinamakan The Capitol yang sangat gila mewujudkan pertandingan maut untuk siaran televisyen. Orang2 kaya di Capitol ni berpakaian macam badut..berwarna warni..bukan saja pakaian, tapi rambut dan mekap juga. Agak pelik di situ.

24 peserta yang dipilih dari 12 daerah ini dilepaskan di sebuah hutan yang dikawal oleh The Capitol melalui sistem komputer. Di sini mereka akan dibekalkan dengan senjata dan mula bunuh-membunuh untuk kekal hidup dan menjuarai pertandingan tersebut. Di samping terpaksa bersaing antara satu sama lain, The Capitol juga akan sekali sekala sesuka hati mewujudkan cabaran lain kepada peserta seperti membakar hutan & menghantar binatang ciptaan mereka yang ganas yang kelihatan seperti anjing/serigala untuk membunuh peserta. Aksi2 dalam movie ni sangat kejam dan tidak berperikemanusian.

Overall, pada aku cerita ni setakat bolehlah ditonton untuk mengisi masa yang terluang. Aku tak nampak seronoknya melihat manusia membunuh satu sama lain demi mencapai kemenangan.  Apatah lagi peserta pertandingan itu masih muda remaja. Kanak-kanak pun ada. Dan di penghujung cerita tiada pula kebangkitan untuk menentang The Capitol yang bangang itu. Mungkin ada sekuelnya nanti kot. So untuk The Hunger Games ni aku bagi 2.5 bintang.    
   
2. John Carter - Ceritanya mengenai dua dunia. Bumi/earth dikenali sebagai Jasoom dan Marikh/mars sebagai Barsoom. Dalam movie ni Marikh ni digambarkan berpenghuni iaitu makluk asing dan manusia yang mendominasi atau memerintah Marikh. John Carter ni pula orang kaya yang tinggal di bumi dan tanpa sengaja telah sampai ke Marikh semasa dia tengah cari emas di sebuah gua. Maka cerita ini pun bermula. Pada mulanya, John Carter ini ditawan oleh makluk asing yang yang sangat pelik rupanya iaitu Tharks. Tapi kemudiannya John Carter ni berjumpa dengan Princess of Helium iaitu anak pemerintah Marikh yang melarikan diri kerana tidak bersetuju untuk dikahwinkan dengan Sab Than iaitu pemerintah Zodanga yang mengancam untuk menyerang Helium.

Overall, memang cerita ni fantasi semata-mata tapi jalan ceritanya agak menarik juga. Taylor Kitsch yang membawa watak sebagai John Carter juga kacak orangnya. Ending ceritanya juga menarik jadi untuk movie ni aku bagi 4 bintang.

3. SeeFood - Sebelum ke Korea tempohari, sempat lagi aku menyaksikan cerita ini di pawagam. Jalan ceritanya menarik di samping karektor2 yang sangat comel. Pada aku ianya sebuah cerita animasi yang boleh dibanggakan kerana ianya keluaran tempatan. Tahniah kepada produksi yang menerbitkan filem animasi ini dan untuk movie ini aku bagi 4.5 bintang!

No comments: