Be My Friend :)

11 March 2012

#11: Trip ke Seoul, Korea Bahagian 1

Masa entry ni keluar, aku sebenarnya dah selamat berlepas ke Seoul, Korea Selatan untuk trip jalan2 selama 5 hari bersama bff aku iaitu Kak Ina yang selalu jadi partner aku dalam trip jalan2 terutamanya yang dianjurkan oleh pejabat aku sebab kami kerja satu pejabat. Kami dah pernah ke Jakarta/Puncak/Bandung, Indonesia dan Hatyai, Thailand bersama-sama. Dan oleh kerana kami berdua punya minat yang sama iaitu tengok drama korea jadi trip ni kami rancang sama-sama...

Seperti yang telah aku maklumkan dalam entry2 yang terdahulu, trip ni sebenarnya dah dirancang lama dulu..sejak awal tahun lepas lagi sebenarnya dan beberapa cubaan untuk merealisasikan impian aku nak ke bumi korea ini telah menemui jalan buntu disebabkan beberapa masalah yang tidak dapat dielakkan. Masalah utama tentulah dari segi kewangan. Nak simpan duit memang susah. Betul tak? Bila ada duit, xde partner pula. Bila ada partner, xde duit pulak..hehe..gitulah..dan beberapa masalah lain yang membantutkan perancangan..

Ok berbalik kepada trip ke korea ni..so lepas berjaya beli tiket, kami pun mula buat perancangan dan oleh sebab ini trip sendiri yang temanya free & easy, kami kena buat research dulu terutamanya tentang tempat2 yang ingin dilawati, macam mana nak pergi tempat tu, apa nak makan, pakaian apa yang sesuai dengan musim di seoul ketika itu, masalah komunikasi, jadual lawatan dan senarai barang2 yang hendak dibawa. Oleh kerana kami berdua x pernah ke negara 4 musim sebelum ni so we don't know what to expect. Sebab itulah kena buat research dulu sebelum buat planning. Oh..Kak Ina pernah ke Jepun tapi dah lamaaaaa...dulu..ada la 15 tahun yang lepas kot..hehehe..

Oh yer...misi kami ke korea bukanlah nak mendapatkan tandatangan artis korea walaupun aku suka tengok drama korea yer..xde maknanya! x payahlah sibuk2 nak kejar artis korea sebab peminat diorang kat korea tu pun dah cukup ekstrem...setakat kami dua orang ni sebelah mata pun diorang x pandang..hehe..lagipun aku ni peminat biasa2 jer..x pernah beli album diorang, x pernah juga tengok konsert diorang..setakat dengar lagu yang best dan setakat tengok drama jer ada la...gitu.. sebenarnya sajalah nak tengok tempat orang bak kata dalam borang permohonan ke luar negara yang aku isi,  "lawatan ini adalah bertujuan untuk menambahkan pengetahuan dan pengalaman dengan melihat tempat-tempat menarik serta belajar tentang kebudayaan, kesenian dan cara hidup masyarakat Korea Selatan amnya"..ewahhh...mantap tak? kihkihkih..

Itinerary, our detailed plan for a journey, especially a list of places to visit & plan of travel kami buat sendiri berpandukan info2 yang didapati secara online di http://asiaenglish.visitkorea.or.kr/ dan dari guide book & maps of Seoul yang dibeli. Lepas tu kami buat senarai barang2 yang hendak dibawa dan dibeli sebelum berlepas ke sana. Oleh kerana tiket sudah dibeli awal bulan November, maka dalam bulan November jugalah kami dah beli segala kelengkapan. Tiap2 minggu ada saja barang yang dibeli sebab kami tak mahu beli secara serentak kesemuanya..mau terduduk nak keluarkan bajet..hehehe..masuk sahaja bulan 12 pula, tumpuan diberikan untuk belajar sedikit sebanyak bahasa korea dari phrasebook, dictionary & buku2 lain. Cukuplah sekadar ada sedikit asas dalam berkomunikasi..ye tak?   

Bila semuanya dah ready dan sudah menunggu beberapa lama akhirnya..sampailah kami ke bumi korea.. kita jumpa lagi di bahagian kedua yer.. :)  




10 comments:

Naja said...

wahhh bestnya.. aku baru nak soh hang kimsalam kat Rain. Kah kah kah...

VNetwork said...

baru blik dari korea jgk best

http://mytriptravel.blogspot.com/2012/05/trip-to-south-korea-mac-2012_13.html

illaieylla said...

as salam tuan rumah.

bestnya dpt jln2 ke korea he3. sori tp nak tny skit blh tak.

i punya co. nak wat co. trip ke korea seminggu sblm raya haji ni tp tu lah nak tau agak2nya berapa rm kita kena bwk utk 5d4n utk soping segala bagai tu.

kalau blh duit sikit kang melepas je jln jauh2 tp tgk aje kan.

tlg eh. tengs

marstories said...

naja: rain xder..2 tahun ni dia dok dalam kem tentera..so xleh sampaikan salam hang :P

VNetwork: Saya dah tengok blog awak tu..hehe..

illaieylla: kalau co trip masuk makan, hotel & transport dah kan? Saya hari tu bajet untuk makan, transport & shopping rm2k jer..itupun x habis digunakan. Kalau awak nak shopping banyak, bawa la banyak juga duitnya..hehe..

Jua said...

Assalam... Saya sekarang ada kat Korea. Menginap kat universiti sini... tapi tak tau nak susun nak itinerary mcm mne... yg mne yg nak p dlu n laluan subway... Pening btol... Blh tlg saya share detail2 x? Neway, time kasih byk3... :)

marstories said...

Jua:memula awak kena ada subway map. Download jer dr internet. Pastu awak tengok tmp2 menarik kat korea yg awak nak pegi dr website yg saya bagi linknya di atas. Dlm tu ada sekali dia bgtau cara nak pegi tmp tu dgn subway. Pegi tmp yg dekat2 dgn tmp tinggal awak dulu sebagai permulaan. Kalau awak nak contoh itinerary, email kat saya email add awak..

Sylph said...

Assalam.... Terima kasih banyak2 sebab bagi idea tu.... Dah banyak tempat sy pergi....sebab dah 2 minggu kat sini.... Sampai dah xtau nak pergi mane...

marstories said...

Sylph: wsalam wbt..sama2.. :) kalau dah pergi semua tempat yang dekat2..try la pegi tempat yang jauh2 pulak..pulau nami ke..pulau jeju ke..hehe..

Siti R said...

Owh...sudah ada jawapan kpd persoalan saya di sini rupanya :)

Anonymous said...

salam..boleh tak emelkan kt sy itinerary sbg rujukan jg. terima kasih