Be My Friend :)

08 March 2012

#10: cerita aku si lady rider

Balik kerja semalam kena tunggu feri lama sbb feri lambat. Tambah2 lagi kerosakan satu terminal feri di bahagian pulau masih belum dibaiki sejak dari bulan 11 tahun lepas. Tak tahulah bila nak dibaiki pun..on the way kot..sudahnya dekat pukul 7 barulah sampai ke seberang sana. Hari dah beransur gelap. Nak malam. Nak hujan pun sama. 

Tengah laju bawak motor kat highway menghala ke Sungai Petani tetiba sebuah kereta Vios kaler putih bernombor pendaftaran BLD9193 yang berada di hadapan tetiba masuk ke laluan kecemasan yang juga merupakan laluan motorsikal masa aku betul2 lebih kurang 2 meter jer di belakang dia. Terkejut aku. Tak ada signal diberi. Kereta tu bukan nak berhenti. Rupanya pemandunya yang merupakan seorang lelaki sedang berbual menggunakan handphone dengan tangan kiri sementara tangan kanan memegang stereng maka telah menyebabkan kereta yang dipandu memasuki laluan kecemasan secara tiba2 tanpa memperdulikan penunggang motorsikal yang sedang berada di laluan berkenaan. Mujur aku sempat brek dan memperlahankan motorsikal aku. 

Aku hon kereta tu tapi pemandu kereta tu buat bodoh jer sambil meneruskan perbualan dengan handphonenya dgn kereta yang masih bergerak tapi perlahan di laluan kecemasan tu. Siap boleh tukar tangan lagi pegang handpohone dia dari sebelah kiri ke sebelah kanan. Hello! ye memang aku lady rider tapi aku tak bawak motor 60kmj di atas highway! Masa tu dah menginjak ke pukul 7.15 malam dengan cuaca yang dah nak hujan. Aku nak potong sebelah kanan tak boleh sebab ada lagi kereta di belakang kereta tu sebab kereta tu pun tak dapat nak potong kereta vios putih tu memandangkan kereta vios putih tu bergerak di antara kedua2 laluan (lorong kecemasan & lorong kiri highway). Sementara laluan di sebelah kanan sibuk.

Akhirnya aku dapat juga memotong kereta vios putih tu selepas vios putih tu memasuki laluan kereta semula setelah menyedari ada motorsikal lain di hadapannya di laluan kecemasan tu dan mendapatlah vios putih tu hon panjang dari aku masa aku memotong! Sebab ada pemandu kereta macam inilah statistik kemalangan jalan raya di Malaysia ni semakin meningkat. Tak ada etika, tidak berhemah dan tidak bertimbang rasa! Jawab panggilan penting semasa memandu tu dibolehkan tapi gunalah hands-free. Susah2 jer orang reka hands-free tu kalau tak mahu menggunakannya sebab ianya akan menyusahkan dan membahayakan orang lain! Jadi kepada pemandu kereta vios putih BLD9193, sila ambil perhatian. Jangan sampai dah berlaku kemalangan baru nak menyesalinya. Dan ingat yer..bukan awak sorang jer ada kereta dan bukan awak sorang jer yang menggunakan jalanraya.      

2 comments:

Naja said...

Soh Miza cek sapa empunya badan... otak letak kat lutut !

marstories said...

naja: tu la kan..bukan dia sorang jer ada hp atau ada kereta..langsung tak fikir orang lain!