Be My Friend :)

15 February 2012

#7: My sis - kisahnya

Selasa minggu lepas, my mom called. Katanya my younger sister kena transfer ke Hospital Ipoh from Hospital Sungai Siput. Sebenarnya my sister tu dah admitted kat Hospital Sungai Siput since hari ahad lagi dah..tapi masa tu doktor cuma suspect dia demam denggi sebab demam kuat, muntah2 & bp darah yang rendah. Masa tu aku takdelah risau sangat sebab ingat dia setakat demam. Lagipun dia memang ada penyakit kurang darah (anemia). But when my mom called and cried, aku yang kat penang ni dah panic...teruk nih so mesti kena balik tengok dia.

But nak balik terus ke Ipoh dan ambil emergency leave dari hari Rabu rasa tak patut pula sebab kita baru jer kan cuti sempena Maulidurrasul & Thaipusam. Macam tak best pula di awal2 tahun dah buat perangai ambil EL walaupun kes ni agak emergency juga. So pergi juga kerja macam biasa..isi borang cuti online dan bagitau kat bos nak ambil cuti esok & lusa. Bos ok asalkan bagitau dia. Balik kerja petang tu singgah stesyen bas beli tiket ke ipoh sebab aku balik berseorangan sementelah anak aku kena pergi sekolah & mr.hubby pun kerja so lebih mudah kalau aku jer balik sorang2.  Malam tu ajak mr.hubby pergi Tesco cari ketam. Aku nak buat sup ketam since baca dalam internet kata sup ketam boleh membantu melegakan demam dan me'normal'kan semula tahap bp darah. So gigihlah memalam tu buat sup ketam tu siap2 dan masuk dalam peti ais.   

Esoknya, pepagi lagi lepas anak aku pergi sekolah, mr.hubby tolong hantarkan aku ke stesyen bas on the way dia pergi kerja. Naik bas pagi2 sebab tak sabar nak tengok my sister tu. My mom pun memang ada di hospital temankan dia so tak payah balik singgah kampung dah. Sampai ipoh terus ambil teksi ke hospital ipoh. Mahal betul tambang teksi dari Medan Gopeng ke Hospital Ipoh yer..RM15 dengan perjalanan yang memakan masa x sampai pun 15 minit...huh!

Masa aku sampai tu my sis tengah tido..dengan tangan masih drip dengan air..rasa dahi dia, masih demam. And rupanya my other sis yang kerja di KL yang tunggu dia di hospital semalaman. Group dari kl dah sampai since midnight semalam so diorang soh my mom balik tido di rumah sebab my mom pun dah beberapa hari tido di wad sampai bengkak2 kaki dia. Merungut adik aku yang menunggu tu..katanya, kat wad tak boleh nak tido langsung. sian. So lepaklah aku di hospital sambil paksa orang sakit tu makan. Dia tak lalu..asyik nak muntah tapi aku paksa juga dia makan sikit bubur yg hospital bagi dengan sup ketam yang aku bawa. Makan la 4-5 sudu. jadilah. Petang sikit my mom dan adik2 lain sampai. And group kl kena bertolak balik dah sebab memasing ponteng sehari dari kerja. So tinggallah aku dengan my mom jer yang menunggu di hospital. Tido di hospital la aku malam tu. 

Oleh sebab kami berdua malam tu, so i decided to let my mom sleep while aku pula jaga my sis. Betullah..memang tak ada can nak tido langsung bila menunggu di hospital nih. Yer la..every 15 minutes doktor atau nurse datang check tekanan darah, temperature, ambil darah, tulis report and so on.. berlegar2 di tepi katil. off course la kita yang duduk di kerusi sebelah katil rasa terganggu dan mengganggu. So masa diorang check adik aku, aku bangun berdiri menjauhi katil. Taknak ganggu kerja diorang. Lepas dah settle kerja diorang, barulah aku duduk semua di tepi katil...baru nak terlena dalam keadaan duduk, terjaga pula sebab terasa my sis bergerak..dia nak muntah pula..berlari pula ke kaunter nurse ambil plastik sebab plastik sebelum tu dah digunakan...terjaga lagi, pergi basahkan tuala pula di bilik air sebab rasa dahi dia panas...pastu terjaga lagi bila dia kata nak pergi bilik air..banyak kali juga aku terjaga bersulam dengan menjaga dia dan terjaga sebab aktiviti di sekeliling katil. Rasanya ada la kot sejam aku tido malam tu. fuhh...Pening aku seharian hari Jumaat tu, and petang bila balik ke penang, cover balik tido dalam bas.

Inilah pengalaman pertama menjaga orang sakit di hospital. Seksa. Tapi yang sakit tu lagilah seksa. My sis duduk di Hospital Sungai Siput 3 hari and bersambung di Hospital Ipoh 6 hari. Masuk air lebih kurang 16 botol dan 2 pain darah dan juga kena buat ultrasound. Lebam2 lengan dia bekas ambil darah 4 kali sehari. Dia bukan kena demam denggi tapi katanya berpunca dari air yang tercemar plus darah dia pun sangat kurang & bp sangat rendah. Alhamdulillah..dah boleh keluar semalam (Isnin) lepas keputusan ultrasound tidak menunjukkan apa2 yang mencurigakan. Dan aku juga berpuas hati juga sebab dapat balik tengok & jaga dia malah 3 lagi kakak dia yg kerja di kl pun balik tengok dia. Yer la..dia adik bongsu (kategori perempuan).. bila dia sakit begitu 4 kakak dia pun panik dan melompat nak balik tengok dia.. :)    

No comments: