Be My Friend :)

01 February 2012

#6: Random

Petang semalam kat tempat korang hujan lebat tak? Kat penang hujan sangat2 lebat. Dengan kilat yang memancar2...huh..menakutkan. Bukan aku tak biasa bawa motor dalam hujan lebat..cuma semalam sangat ekstra tahap kelebatannya. Waktu aku keluar dari feri, masa tu lebih kurang pukul 6.30 petang tapi gelapnya macam pukul 7.30 malam. Semua kenderaan pun dah pasang lampu. Hujan lebat, angin kuat pastu dengan  kilatnya yang kejap2 di sebelah kiri, kejap2 pulak di sebelah kanan..fuhh..memang mengganggu tumpuan. Bawak motor pun pada kelajuan yang tak berapa nak laju pun sebab jarak penglihatan pun terbatas.. ada la 2 - 3 meter di hadapan je yang nampak..basah, sejuk, takut..sambil bawak motor sambil mulut tak berhenti berdoa dan baca macam2 sampailah selamat sampai ke rumah. 

Bawa motor ni cabarannya begitulah kan? Dah pula bawa motor tua..dahlah hujan lebat..dia pulak nak semput. Dari nak cepat2 sampai rumah boleh jadi lambat pula. Motor aku tu sebenarnya nak kena tukar carburator (Karborator). Tu pasal semput. Tapi kenalah tunggu gaji dulu sebab mahal juga tu. So sementara ni kenalah aku naik motor semput tu dulu. Pasrah.  

Oh yer korang, terima kasihlah sebab sudi singgah blog aku ni walaupun aku jarang update. Tak ada bahan sebenarnya. Dan sebab kemalasan berganda.. :) InsyaAllah bulan 3 nanti ada banyak bahan sebab aku nak pegi somewhere.. InsyaAllah.. :)

No comments: