Be My Friend :)

11 January 2012

#1: motor

Semalam. Dalam perjalanan balik kerja, tetiba enjin motor mati. Cuba nak hidupkan semula tapi tak boleh pula. Hati dah cuak. Takkan timing belt putus lagi. Baru jer 2 bulan sudah tukar timing belt yang putus masa nak balik kerja juga. Mahal tu kalau kena tukar timing belt lagi. Tapi sebab dah jadi kali kedua, kuranglah paniknya. Check meter minyak. Jarum minyak tunjuk 'E'. Empty. Pelik. Sebab seingat aku, pagi tadi masa parking, minyak ada setengah tank lagi dan dari tempat parking sampai tempat enjin motor aku tu mati taklah jauh sangat sampai habiskan baki minyak yang masih ada dalam tangki. Takpe. Kat depan lebih kurang 50 meter ada stesen minyak Shell. Tolak motor pergi stesen minyak dulu. Semput. Walaupun taklah jauh sangat tapi sebab dengan berbaju kurung & berkasut wedges, rasa susah juga nak tolak motor. 2 bulan sudah masa kena tolak motor sebab timing belt putus lagi seksa. Tolak motor dekat setengah kilometer sampai ada sorang abang ni tolong tolak motor aku dari belakang sampai rumah. Baik abang tu. Nak pulak masa tu, hp Mr. Hubby tutup sebab dia lupa nak onkan balik lepas dia habis mesyuarat hari tu. Hp anak aku pun tutup sebab bateri kong. Aku yang dalam kesusahan ni dah rasa nak meraung tepi jalan. Mujur masih waras dan mujur juga motor tu kecik. Kalau bawak motor besar macam mana? Berangan ajelah nak bawak motor besar..haha..ok sambung cerita..


Sampai stesen minyak kena beratur pula. Ramai orang. Sampai giliran aku, akak yang jaga kat situ tolong isi. Isi penuh RM6. Cuba hidupkan enjin. Alhamdulillah..dah boleh gerak tapi bau minyak kuat. Cuak lagi tapi buat-buat relax. Pujuk hati sendiri. Bau minyak kuat sebab ada kat stesen minyak kot... dan perjalanan pulang diteruskan. Naik highway. Keluar exit, tengok meter minyak dah tinggal setengah. Pelik sebab selalunya kalau isi minyak penuh, sampai kat exit tu mesti tak sampai satu takah pun yang terkurang. Taknak fikir. Terus bergerak laju ke rumah. Sebelum tu singgah kedai runcit. Beli ikan dan sayur. Ingat nak masak untuk makan malam. Sampai rumah, minyak makin kurang. Hilang satu takah lagi. Tinggal 1 takah lagi je. Mengadu pada Mr. Hubby yang kebetulan ada kat depan rumah. Dia soh pergi bengkel cepat. Laju2 masuk rumah swing ikan dan sayur masuk dalam peti ais dan keluar semula. Mr. Hubby ikut dengan motor dia dari belakang. Aku pulak pecut laju2 takut minyak tak cukup sampai bengkel. Sampai bengkel minyak habis langsung. Mujur bengkel buka lagi walaupun masa tu dah pukul 7.15 petang.


Rupanya kabel minyak bocor. Sebab itulah minyak keluar dengan lajunya. Adik pomen tu buat sekejap je. Dah siap. Upahnya RM5. Balik singgah isi minyak lagi. Habis RM6 lagi sekali. Dan singgah kedai mamak beli lauk siap. Esoklah masak. Hari ni dah penat sangat. Kaki pun dah sakit tolak motor tadi. ok.. habis dah cerita aku.. :)

No comments: