Be My Friend :)

19 January 2012

#5: Reviews

Kdrama: Flower Boy Ramyun Shop
Genre: Comedy, Romance * Episode: 16 * Year: 2011 * Main Cast: Jung Il Woo (Cha Chi Soo), Lee Ki Woo (Choi Kang Hyuk) & Lee Chung Ah (Yang Eun Bi)
Review: Drama ni banyak unsur komedi. Memang asyik nak tergelak je tengok lakonan Jung Il Woo dan Lee Chung Ah. Jalan ceritanya juga menarik. Ending? Juga best! :)
Rating: 4 bintang (Best!)

Kmovie: You're My Pet (versi drama dibuat oleh Jepun)
Year: 2011 * Main Cast: Jang Geun Suk & Kim Ha Neul *
Review: Filem ini semestinya best sebab dibintangi oleh pelakon popular korea iaitu Jang Geun Suk dan Kim Ha Neul. Jalan ceritanya masih sama dengan versi drama yang dibuat oleh Jepun cuma mungkin terdapat sedikit perbezaan kerana versi filem lebih pendek. Namun secara keseluruhannya, filem ini mesti menarik.
Rating: 4 bintang (Best!)

Kmovie: Noriko Goes To Seoul
Year: 2011 * Main Cast: Lee Hong Ki (FT Island) as Kim Min Ha & Takashima Reiko as Mori Noriko)
Review: Sebetulnya aku dah tengok filem ni a few months ago tapi aku tak ingat sama ada aku dah buat reviewnya. Nak check semula post lepas pun aku malas..xper..kalau korang ingat dah baca sebelum ni, sila skip..hehe..Oklah..filem ni mengenai Noriko yang merupakan seorang surirumah sepenuh masa yang tiba2 dapat tahu yang dia ada sejenis penyakit yang memungkinkan hayat dia x panjang. Maka dia buat keputusan nak buat sesuatu yang bermakna selagi hayat dikandung badan...gitu. Lepas tu dia ke Korea untuk masuk pertandingan menyanyi. Dekat situlah dia kenal Lee Hong Ki. Seterusnya, kenalah tengok movie ni...sangat menarik sebab ada Lee Hong Ki.. :)
Rating: 4 bintang (Best!)

Malaysian Telemovie: Biar Mimpi Sampai Ke Bintang
Year: 2011 * Main Cast: Randy Pangalila, Elfira Loy, Sharifah Sakinah & Sharifah Shahora
Review: Yer.. aku tau, ramai antara korang yang dah tengok telefilem ni di Astro. Aku baru tengok jer secara online sebab aku xde Astro...gitu.. hehe.. So pada keseluruhannya, pada aku telefilem @ telemovie ni best. Lakonan Elfira pun tak mengecewakan. Randy? Mestilah ok sebab dia antara pelakon remaja Indonesia yang terkenal kan... Lakonan Sharifah Shahora & Didie Alias juga harus diberi pujian. Sharifah Sakinah sebagai bff Elfira pada aku, ok...cuma ada sedikit over..
Rating: 3.5 bintang (Menarik!)

Taiwanese Drama (Tdrama): Calling For Love
Genre: Comedy, Romance * Episode: 14 * Year: 2010 * Main Cast: Charlene Choi (Chen De Xing), Mike He (Bo Ye), Chen Zhi Kai (Zhong Wei Li) & Tracy Zhou (Yang Wei Chen)
Review: Aku start tengok drama ni sebab tertengok kat 8tv. Itupun baru 1-2 episode disiarkan setakat ini. So aku cari di internet. Nak cepat habis..hehe..Sebab tambahan kenapa aku tengok Tdrama ni sebab ada Mike He. Hensem kan dia? Hehe.. Secara keseluruhannya pada aku drama ni oklah..boleh tahan..cuma jalan ceritanya sedikit lambat dan asyik berkisar tentang salah faham bila Mike He sebagai Bo Ye ingatkan yang De Xing ni dah terambil kad toto dia yang tanpa disangka menang hadiah utama. De Xing ni pulak terlalu betul bendul sampai tak perasan langsung yang Bo Ye ni cuma baik dengan dia sebab nak dapatkan semula kad toto tu. Akhirnya, diorang ni sama2 jatuh cita..gitu.. Aku frust juga dengan jalan ceritanya yang slow itu. Anyway, kalau korang suka Mike He, bolehlah try tengok citer ni yer..
Rating: 3 bintang (Ok la!)

Kdrama: The Musical
Genre: Musical, Romance * Episode: 15 * Year: 2011 * Main Cast: Koo Hye Sun (Go Eun Bi), Choi Daniel (Hong Jae Yi), Park Ki Woong (Yoo Jin), Ok Joo Hyun (Bae Kang Hee) & Ki Eun Se (Seo Ra Kyung)
Review: Aku dari awal berminat nak tengok drama ni sebab ada Koo Hye Sun. Memang minat dia sejak drama Boys Over Flower (2009). Menceritakan tentang cita2 dan minat Go Eun Bi kepada dunia teater musikal walaupun pada mulanya dia merupakan seorang pelajar perubatan. Dia kemudiannya terjumpa dengan komposer terkenal dalam bidang teater musikal iaitu Hong Jae Yi secara tak sengaja. Dan kemudiannya Hong Jae Yi inilah yang membimbing dia ke bidang teater musikal dan seterusnya jatuh cinta pada dia. Secara keseluruhannya, pada aku drama ini banyak memberi pengajaran juga..yang mana dalam mengejar cita2 ni, banyak onak dan duri terpaksa ditempuhi. Kena cekal, sabar dan yakin dengan diri barulah kejayaan itu akan diperolehi. Ewah! Ending best..cuma kalau dipanjangkan lagi sirinya dan ditunjukkan sekali pementasan teater musikal yang akhirnya berjaya dipentaskan oleh Eun Bi, Hong Jae Yi dan rakan2 mereka, alangkah lebih baik!
Rating: 4 bintang (Best!)

No comments: