Be My Friend :)

18 January 2012

#4: Baucer Buku 1 Malaysia

Kisahnya, semalam lepas waktu kerja aku singgah di kedai buku Popular. Nak beli buku tulis yang dipesan oleh anak aku sebelum tu. Kat Popular boleh tahan ramai jugak orang. Lepas ambil buku yang dipesan di rak buku tulis dan beserta 2-3 barang lagi untuk aku, maka aku teruslah ke kaunter bayaran. Panjangnya barisan beratur. Tapi mujur ada 3 kaunter yang dibuka. Pelik juga, rata2 yang sedang dalam barisan tersebut membawa bakul yang penuh sarat dengan barang2 dan kebanyakkannya turut memegang kertas yang kelihatan seperti baucer. Oh..patutlah..beli dengan baucer buku 1 Malaysia rupanya.

Sambil beratur, sempatlah aku perhatikan barangan yang dibeli oleh adik di hadapan aku. Berat agaknya bakul yang penuh dengan barangan yang dipilih sehingga bakul itu cuma diletakkan di hujung kaki dan ditolak juga dengan kaki ke hadapan apabila barisan bergerak. Amboi...ada botol air, mug, tabung, sticker kartun, mouse & cooling pad, novel...macam2 ada..meriah..cuma aku tak nampak pula ada buku yang dibeli kecuali novel...untungnya kan dapat baucer buku..

Kesimpulannya, setengah jam juga masa dihabiskan untuk beratur membayar barang yang tak sampai pun RM15.00... mungkin sebab aku tak ada baucer buku jadi beratur dalam masa yang lama sebegitu hampir2 juga membuatkan aku marah. Tapi nak marah pada siapa pun kan?...mana tak lama, ada yang ambil barang sebakul tapi bila barang dah siap discan harganya, nak bayar dengan baucer buku, kad pengenalan pula tertinggal di rumah. Makanya cashier tu kena ambil masa pula nak cancelkan resit dan letak semula barang2 tu di dalam bakul...alahai..buang masa dah di situ...boleh pulak berjalan tak bawa kad pengenalan yer..

No comments: