
22 November 2011
movie review: Happy Feet 2

cerita konvo
[entry bergambar] :P
Finally...after years (4 1/2 years) of struggling & suffering...maka terpahatlah 25 Oktober 2011 sebagai antara moment indah dalam hidup :)
xxx
xxx



11 November 2011
kdrama review: The Princess Man

Review: Drama ni adalah drama sejarah yang penuh dengan unsur dendam, khianat, dengki, persahabatan, cinta, pengorbanan dan kesetiaan. Semuanya diblend dengan baik sehingga menjadi salah satu drama yang menarik untuk tahun ini. Sebuah cerita yang pada awalnya bermula dengan baik apabila Se Ryung bertemu dan jatuh cinta kepada Seung Yoo. Bagaimana hubungan yang pada mulanya ingin dipanjangkan kepada ikatan suami isteri punah angkara sengketa keluarga kedua-dua belah pihak. Keluarga mereka bermusuhan lantaran berebutkan kuasa pemerintahan. Maka bermulalah episode duka mereka. Dan kematian Raja Korea pada masa itu juga telah memburukkan lagi keadaan apabila 2 puak yang bermusuhan ini terus bermusuhan sehingga menumpahkan darah. Atas arahan bapa Se Ryung, bapa dan abang Seung Yoo dibunuh dengan kejam. Begitu juga dengan para pembesar dan penyokong mereka sehingga akhirnya bapa Se Ryung ini berjaya menjadi Raja Korea yang baru. Seung Yoo yang bagaikan mati hidup semula selepas terselamat dari pelbagai cubaan untuk membunuh dia gagal bangkit untuk menuntut bela. Namun sudah pasti hasratnya itu bukan mudah kerana cintanya pada Se Ryung.
Pada keseluruhannya pada aku, drama ini walaupun bergenrekan sejarah, jalan ceritanya menarik. Malah dikuatkan lagi dengan barisan pelakonnya yang mantap. Pengakhirannya juga baik. Best ending. Se Ryung akhirnya berjaya menyelamatkan Seung Yoo dari dibunuh oleh bapanya di akhir cerita dengan bantuan dari emak Se Ryung dan mereka hidup bahagia bersama anak mereka walaupun dendam Seung Yoo kepada bapa Se Ryung tidak terbalas. Untuk drama ini aku beri 4 bintang **** :)
gambar kredit to: www.koreandrama.org
10 November 2011
Sepang Gold Coast/Bagan Lalang
Tempat Jatuh Lagikan Dikenang..2

Lepas makan tengahari ingat nak lepak2 kejap tepi pantai. yer la kan..apa kes dah sampai PD x lepak tepi pantai kan? walaupun aku ni boleh kata hari2 tengok laut..tapi mana nak sama PD dengan Penang.. hehe..
Mulanya nak lepak jer kat Telok Kemang..tp tengok sesak sangat dah Telok Kemang tu. Terus ajak adik2 aku gerak kat depan lagi. Sudahnya kami berhenti di Pantai Batu 5. Cari port bawah pokok, kami lepak sekejap di sana. Panas..tapi laut nampak cantik membiru sebab langit pun cerah. Tapi tak lama pun kami situ. Ada la dalam setengah jam jer. Lepas tu adik ipar aku dah ajak gerak ke tempat lain pula. Ke mana? Ke Sepang Gold Coast pulak.. :)
03 November 2011
Tempat Jatuh Lagikan Dikenang..



Subscribe to:
Posts (Atom)