Be My Friend :)

31 October 2011

kdrama review(s): Myung Wol The Spy & It's Okay Daddy's Girl

Episode: 18 * Genre: Action, Romance * Year: 2011 * Main Cast: Han Ye Seol as Han Myung Wol, Eric as Kang Woo, Lee Jin Wook as Choi Ryu & Jang Hee Jin as Joo In Ah *

Review: Drama ni aku tengok sebelum aku tengok drama Good Bye Miss Ripley lagi tapi aku kemalasan tahap gaban nak buat review..hehe.. Okeylah..drama ni mengisahkan tentang Myung Wol dan Choi Ryu yang merupakan Spy yakni pengintip dari pasukan khas tentera Korea Utara yang memasuki Korea Selatan dengan menggunakan ID palsu. Tujuan utamanya ialah untuk mendapatkan buku rahsia (4 buah buku) yang amat penting untuk kerajaan Korea Utara (kononnya :P)..

Selain daripada itu, Myung Wol juga ditugaskan untuk kidnap yakni menculik penyanyi dan pelakon terkenal Korea Selatan iaitu Kang Woo untuk dibawa ke Korea Utara sebab kat Korea Utara sana tak ada artis popular camtu. kiranya untuk memberi hiburan untuk rakyat Korea Utara pulak (kononnya lagi :P)...hehe..dan secara kebetulan Kang Woo ni juga memiliki salah satu buku rahsia yang dikehendaki oleh Kerajaan Korea Utara. Jadi misi Myung Wol & Choi Ryu ni 2 dalam 1 la.. gitu..

Macam2 benda jadi sepanjang usaha spy dua orang ni nak dapatkan buku2 rahsia dan di samping nak bawa Kang Woo ni balik ke Korea Utara dan ntah macam mana, heroin si Myung Wol ni terjatuh cinta pulak kat Kang Woo ni.. bertambah kompleks la permasalahan diorang nih..apatah lagi bagi Myung Wol & Choi Ryu, kalau diorang fail (gagal) dalam misi yang diberikan kepada diorang ni, diorang akan dihukum bunuh. Walaupun agak complicated, drama ni happy ending :) so untuk drama ni aku bagi 4 bintang **** :)

Episode: 16, Genre: Family, Romance, Year: 2010/2011, Main Cast: Park In Hwan as Chae Ryung's Father, Moon Chae Won as Eun Chae Ryung, Choi Jin Hyuk as Choi Hyuk Gi & Lee Dong Hae (Super Junior) as Choi Wook Gi *

Review: Drama ini adalah drama kekeluargaan. Teras utamanya ialah ikatan kasih sayang yang begitu mendalam antara sorang bapa kepada anak2 dia. Ianya menceritakan tentang Chae Ryung yang merupakan anak bongsu yang manja. Dia ni baru balik dari belajar di Amerika Syarikat bersama 2 orang kawan dia yakni sorang lelaki dan sorang lagi perempuan. Kawan dia yang lelaki tu suka pada dia tapi dia tak suka. Dia cuma anggap kawan dia tu hanyalah sekadar kawan biasa jer. Sakit hati punya pasal, dia upah kawan dia untuk kacau Chae Ryung ni masa diorang pegi kelab malam. Idea asalnya, dia nak jadi hero la nanti bila tiba2 dia muncul nak selamatkan Chae Ryung ni dari dikacau oleh kawan dia yang dia dah upah tu. Tapi planning diorang ni spoilt sebab Chae Ryung ni awal2 lagi nak tepon bapa dia soh amik dia kat kelab malam tu. So masa org jahat tu tengah nak kacau dia, bapa dia sempat sampai dan selamatkan dia.

Sakit hati dengan rancangan yang dah gagal tu, kawan Chae Ryung tu pukul kawan yang dia dah upah tu dengan kayu golf. Esoknya org yang dia pukul tu mati sebab kecederaan parah di kepala dan perut akibat hentakan senjata keras yakni kayu golf berkenaan. Tapi oleh kerana x ada yang nampak masa dia pukul org tu, maka dia dengan bantuan mak bapak dia yang bekerja sebagai peguam telah memutar belitkan cerita dan menuduh bapa Chae Ryung yang menyebabkan kematian org tu sebab masa bapa Chae Ryung selamatkan Chae Ryung, dia ada la tolak budak tu sampai terhantuk belakang kepala budak tu kat dinding. Bapa Chae Ryung yang terkejut, x dapat nak memaafkan diri dia dan menganggap bahawa memang dia la punca budak tu mati sangatlah tertekan dan akibat stressnya tu, bapa Chae Ryung ni terkena tekanan darah tinggi dan kemudiannya strok. So apakah yang berlaku pada akhirnya? Itu korang kenalah tengok tapi drama ini pada aku penuh dengan elemen kekeluargaan dan pengorbanan. Ada banyak babak sedih juga. huhu.. but anyway, jangan risau sebab drama ni happy ending jugak.. :) so untuk drama ni aku bagi 4 bintang****

gambar kredit to: www.koreandrama.org

p/s: oh yer.. lagu2 ost untuk kedua2 drama ni pun sangat best.. so korang boleh carinya di SINI ek.. :)

Alif Satar - Lelaki Seperti Aku



best lagu alif ni kan? hehe..layan dulu mv alif ni ek..aku tengah dilanda kemalasan berganda nak update buat sementara nih.... :)

19 October 2011

kdrama review: Miss Ripley

episode: 16 * Genre: Romance/Melodrama * Cast: Lee Da Hae as Jang Mi Ri, Micky Yoochun (JYJ) as Song Yoo Hyun/Yutaka, Kim Seung Woo as Jang Myung Hoon & Kang Hye Jung as Mun Hi Ju *


Drama ni sarat dengan emosi. Menceritakan tentang Jang Mi Ri yang melarikan diri dari tauke kelab malam di Jepun yakni tempat di mana dia bekerja sebagai GRO seawal usianya 19 tahun kerana desakan hidup. Dia lari ke Korea Selatan untuk mencari ibunya yang meninggalkannya semasa usianya 9 tahun.

Jang Mi Ri ni membesar dalam keadaan yang amat menyedihkan. Selepas ibunya lari meninggalkannya, dia cuma tinggal dengan ayah dia. Tak lama selepas itu ayah dia pula meninggal dunia dan Mi Ri ni kemudiannya dihantar ke rumah anak2 yatim. Di sana dia berkawan dengan Mun Hi Ju yang juga merupakan anak yatim di situ. Mi Ri ni juga sering dibuli oleh anak2 yatim yang lain sehinggalah dia diambil sebagai anak angkat oleh pasangan dari Jepun. Pada awalnya, kawan dia (Mun Hi Ju) yang sepatutnya diambil sebagai anak angkat oleh pasangan dari Jepun tu tapi waktu tu Hi Ju sakit perut maka Mi Ri diambil sebagai ganti dan dibawa pulang ke Jepun. Kat Jepun pulak dia didera oleh keluarga angkatnya yang menyuruh dia melakukan pelbagai kerja rumah yang berat2. Dia kemudiannya lari dari rumah keluarga angkat dia semasa umur dia 14 tahun sehinggalah dia berjumpa dengan tauke kelab malam tu dan mula bekerja di kelab malam tersebut masa umur dia 19 tahun.

Bila dia sampai di Korea Selatan, gigihlah Mi Ri ni cari kerja sebab dia cuma dibenarkan berada di Korea selama 2 minggu sebab dia tidak ada visa yang membolehkan dia tinggal lama di Korea kecuali dia dapat kerja tetap baru dia boleh mohon dapatkan visa kerja. Tapi susah juga dia nak cari kerja sebab dia x ada kelulusan. lagipun dia warganegara Jepun. Punya nak cari kerja sampai ada yang nak ambil kesempatan pada dia. Dalam terdesak tu dia jumpa balik kawan dia Hi Ju yang merupakan lulusan diploma dari Universiti Tokyo. Kawan dia ni ajak dia tinggal sekali dengan dia. Sebab desakan, dia akhirnya mencuri diploma Hi Ju untuk buat diploma palsu. Dengan diploma palsu tu diambil bekerja di sebuah hotel terkemuka.

Apa jadi lepas tu? macam2 benda jadi..sampai aku pun emosi sekali tengok citer nih..huhu..pada keseluruhannya pada aku citer dia menarik jugaklah. Ini la first time aku tengok drama yang heroinnya jahat. Tapi nak benci Mi Ri ni pun x boleh juga sebab dia jadi macam tu sebab desakan hidup. Memanglah cara dia tu salah tapi dia pun terdesak sangat masa tu. Lagipun aku memang suka pada Lee Da Hae ni..cantik sungguh dia. Macam anak patung! Micky Yoochun pun aku suka. Cumanya aku kurang suka pada endingnya..so untuk drama ni, aku bagi 3.5 bintang :/

gambar kredit to: www.koreandrama.org

18 October 2011

perihal kabus, ambil jubah & raptai

kabus = citer pagi tadi. keluar jer dari rumah tengok pandangan x berapa jelas. kabus tebal pulak. mungkin sebab malam semalamnya hujan turun lebat maka berkabuslah pagi2 hari. walaupun jam sudah menunjukkan pukul 7.30 pagi, masih lagi tebal dengan kabus. sudahnya sepanjang perjalanan pergi kerja, sambil sebelah tangan memulas minyak, sebelah tangan pula terpaksa mengelap cermin helmet yang kabur beberapa kali. sejuk pun sama. lain dari kebiasaan. mujur apabila sudah menghampiri jeti, kabus makin menipis. matahari pun dah memancar cahaya maka penglihatan menjadi semakin jelas. senang juga dapat feri hari ini. Alhamdulillah...

jubah & raptai = ini pula cerita hari ahad yang lepas. di UiTM Shah Alam. Ada sesi mengambil jubah dan bersekali dengan raptai untuk konvokesyen. Hujan lebat juga masa sesi ini bermula pada jam 2 petang. yang terlibat dengan konvo juga ramai. konvokesyen kali ini kalau x silap aku ada 16 sesi (dipanggil sidang) secara keseluruhannya dan hari ahad yang lepas adalah sesi mengambil jubah dan raptai untuk konvokesyen sidang ke 8 & 9 rasanya. Setiap sidang ada lebih kurang antara 1000 - 1200 orang graduan. aku di sidang ke 9... :) gambar kat atas ni menunjukkan kesesakan ketika beratur mengambil jubah. ramai. berpeluh2.

mujur masa mendaftar di foyer dewan sebelum dibenarkan beratur untuk mengambil jubah di bilik jubah, banyak kaunter pendaftaran yang dibuka. lega sikit. cepat jer. pukul 3 petang settle urusan mengambil jubah. siap boleh check dan try jubah sebelum menghala ke dewan untuk raptai konvokesyen pula.

mengikut jadual, raptai sepatutnya bermula pada jam 4 petang. tapi masa aku dan kawan2 selesai mengambil jubah, masa tu baru pukul 3 petang. sudahnya aku dan kawan2 masuk juga lepak dalam dewan. sebab sejuk. cuma lampu jer masa tu belum dinyalakan. pukul 4.20 petang barulah raptai dimulakan. sebenarnya xdelah actually raptai..rasanya lebih kepada mendengar taklimat sahaja di mana kami diberitahu mengenai do (s) & don't (s) sebelum, semasa dan selepas upacara menyampaian skrol. x ramai pun graduan yang hadir. ramai yang terus balik selepas mengambil jubah sebelum tu. taklimat @ raptai ni tamat pada jam 5.30 petang. kat luar hujan pun dah berhenti. aku tumpang kawan aku keluar dari UiTM dan minta dia drop aku depan jekel yang berhampiran dengan pintu keluar di seksyen 7. sementara tunggu Mr. Hubby datang ambil sempat jugaklah aku masuk butik tudung Hajra. beli 3 helai tudung murah2. ada sale...huhu..so sekarang ni tunggu hari sebenar ajelah minggu depan :)

aku: teruja dan bersyukur.. :)

13 October 2011

kdrama review: My Princess

Episode: 16 * Genre: Romance, Comedy * Cast: Song Seung Hun as Park Hae Young, Kim Tae Hee as Lee Seol, Park Ye Jin as Oh Yoon Joon and Ryu Soo Young as Nam Jung Woo

Drama ni sebenarnya disiarkan di Korea bulan February yang lalu. lama dah tapi aku jer baru tengok. hehe..itupun sebab adik aku kata drama ni best. first impression aku, Kim Tae Hee tu x berapa best (sorry Kim Tae Hee)..tapi aku suka Song Seung Hun (hensemnya dia dalam Autumn in my heart)..huhu..tapi sekarang dia dah tua sketlah..hehe..

Drama ini mengisahkan tentang Lee Seol (Kim Tae Hee). Dia ni student di sebuah universiti. macam biasalah student yang admired sangat2 pada professor dia (Nam Jung Woo). Tapi professor dia ni dah ada girlfriend (Oh Yoon Joon). Tiba2 satu hari tu dia dapat tahu yang ayah dia yg dah meninggal dunia merupakan seorang putera raja yang selama ini disorok identitinya sebab bapa dia tu anak luar nikah maharaja korea pada masa tu (kononnyalah :P) so secara automatiknya Lee Seol ni ialah seorang puteri raja dan waris kepada keluarga diraja Korea memandangkan bapa dia kan dah meninggal... lepas tahu dia ni puteri raja maka hidup dia dari orang biasa berubah 360 darjahlah. Dia kena duduk di istana dan belajar proper etiquette sebagai seorang puteri raja. Maka hero citer ni Park Hae Young telah dilantik untuk mengajar Lee Seol di istana memandangkan dia merupakan waris kepada Daehan Group yang bertanggungjawab menjaga amanat maharaja korea (atuk dia = pengerusi Daehan Group). Tak sangka, dalam pada itu dia jatuh cinta pada Lee Seol dan Lee Seol pun sama jatuh cinta pada Hae Young... gitu. Banyaklah insiden yang terjadi sepanjang dia tinggal di istana ni. Maklumlah..ramai yang dengki dan cuba menjatuhkan dia.

Overall pada aku drama ini sangat menarik. hehe..x kenal maka x cinta ek.. dah tengok baru boleh kata drama ni best..dan lakonan Kim Tae Hee dan Song Seung Hun pun mantap (ewah)..romantik gitu. So untuk drama ini aku bagi 4 bintang **** :)

12 October 2011

gila beli buku

aku gila beli novel sejak dua menjak nih. x pasal2 untuk bulan lepas jer aku 'terbeli' 5 buah novel (habis duit gaji aku!)..huhu...tu belum termasuk beli majalah2 dan buku2 untuk my daughter sama..sebab dia selalunya akan jeles..kalau beli buku aku, mesti beli jugak buku untuk dia sebab bila kat rumah boleh lepak sama2 atas katil baca buku masing2..hehe..bulan ni pun aku dah 'terbeli' (lagi) 2 novel lain pulak..dan untuk mengelakkan aku 'terbeli' novel tiap2 minggu, novel terakhir yang aku beli minggu lepas is novel bahasa inggeris setebal 612 ms sebab kalau buku inggeris lambat sket aku nak berjaya habiskan...so selamatlah 2-3 minggu tanpa beli novel baru.. adooi..

so antara 5 buah buku di atas.. yang paling best is Baju Melayu Hijau Serindit by Syud. Aku bagi 4.5 bintang untuk novel nih. Ceritanya menarik, bahasa yang digunakan pun simple dan bersahaja. Thumbs up for Syud!..dan buku yang kedua best is Contengan Jalanan by Hlovate sebab aku suka semua novel tulisan Hlovate sebenarnya. Cuma naskah terbaru tulisan Hlovate ni agak complicated sebab ada antara alat2 muzik yang diceritakan dalam novel tu aku tak tau sebab aku bukan musician..dan ada antara lagu2 yang dia sebutkan dalam tu jugak aku x pernah dengar sebab i'm not listening to that kind of song. tapi jalan ceritanya menarik dan mesejnya bagus. Novel ni pun secara kreatifnya terbahagi kepada 2 bahagian iaitu bahagian (i) story by Fend and another section (ii) is a story by K2...so untuk novel terbaru karya Hlovate ni aku bagi 4 bintang! yang 3 novel lagi tu..boleh tahan la ceritanya kalau korang nak baca.. huhu..(sorry)..so starting minggu lepas dan at least 2-3 weeks more, aku akan stuck baca The Brightest Star In The Sky by Marian Keyes la nampaknya..hehe..(padan muka aku).. :P

07 October 2011

kdrama review: Scent of a Woman

Episode: 16 * Genre: Romance, Melodrama * Cast: Kim Sun Ah as Lee Yeon Jae, Lee Dong Wook as Kang Ji Wook, Uhm Ki Joon as Chae Eun Suk dan Seo Hyo Rim as Im Se Kyung

Drama ini mengisahkan tentang Kim Sun Ah yang memegang watak sebagai Lee Yeon Jae yang bekerja di sebuah syarikat pelancongan. Kim Sun Ah ni dulu popular dalam drama My Name is Kim Sam-Soon tapi masa tu badan dia agak berisi. Terkejut juga aku sebab kali ni dia kurus sangat sampai pada mulanya aku x perasan yang itu adalah orang yang sama dalam drama My Name is Kim Sam-Soon. Lee Dong Wook yang hensem tu pulak memegang watak sebagai Kang Ji Wook merupakan bos di syarikat yang sama dengan Yeon Jae nih bekerja dan ini merupakan drama pertama beliau setelah tamat menjalani kursus ketenteraan selama 2 tahun baru2 ini. Dan sudah pasti aku tengok cerita ini sebab Lee Dong Wook ni la.. hehe..

Yeon Jae ni sebenarnya sakit kanser dan dijangka dapat hidup selama 6 bulan sahaja lagi. Maka, Yeon Jae ni bertekad untuk mengubah style kehidupan dia yang agak nerd tu kepada style yang dia inginkan. Dia ni pada awalnya di tempat kerja dia, dia selalu kena buli dengan rakan2 sekerja dia. Penampilan pun x menarik. Jadi bila dia tahu dia cuma ada 6 bulan sahaja lagi untuk hidup, serta merta dia membuat tranformasi pada diri dia 360 darjah dari asal dan dia juga buat 20 senarai 'wish list' apa perkara yang dia nak buat sebelum dia meninggal dunia. salah satunya ialah dia nak jatuh cinta pada orang yang dia suka yakni hero cerita ini iaitu Kang Ji Wook. Oleh itu dia pun berhenti kerja dan seterusnya pergi bercuti ke Jepun. x sangka kat sana dia berjumpa dengan Kang Ji Wook ni secara x sengaja dan sama2 jatuh cinta..

Apa jadi selepas itu? nak tau korang kenalah tengok drama ni yer. Pada keseluruhannya pada aku, drama ini agak berat pengisiannya.. sarat dengan emosi sebab Yeon Jae ni sakit kanser tapi dalam pada tu dia nak juga jatuh cinta dengan Ji Wook..dengan bermacam halangan lagi.. fuhh...cerita sedih. tapi pada akhir cerita, Yeon Jae ni x mati dan dia bahagia hidup dengan Ji Wook walaupun dia sakit. gitu..aku rasa sengaja pengarah cerita ni x mau mematikan mood penonton dengan mematikan watak utama. jadi dia biarkan watak utama itu masih hidup dan menggambarkan bahawa sebenarnya masih ada harapan dalam hidup ini walaupun menghidap penyakit yang berbahaya seperti kanser. agaknya begitulah. Jadi, untuk drama ini aku bagi 3 bintang***

06 October 2011

kdrama review: Protect The Boss

Episode: 18 * Genre: Comedy, Romance * Cast: Choi Kang Hee as No Eun Seol, Ji Sung as Cha Ji Heon, Hero Jaejoong (JYJ) as Cha Mon Won dan Wang Ji Hye as Seo Na Yoon

Drama ini mengisahkan mengenai No Eun Seol yang yang susah sangat nak dapat kerja. dulu dia ni gangster kat sekolah. Setelah bersusah payah pergi macam2 interview kerja, akhirnya dia diambil bekerja oleh Cha Mon Won sebagai setiausaha kepada sepupunya Cha Ji Heon. Mulanya susah juga No Eun Seol ni nak bekerja dgn Cha Ji Heon sebab Cha Ji Heon ni x minat nak bekerja pastu dia ada penyakit gemuruh. No Eun Seol ni la yang train Cha Ji Heon untuk mengatasi masalah gemuruh dia tu dan akhirnya Cha Ji Heon ni jadi bos yang berwibawa gitu. Oleh kerana selalu bersama, Ji Heon ni jatuh cinta la pada Eun Seol ni. tapi Eun Seol pulak suka pada Mon Won sebab Mon Won ni layan Eun Seol baik2 jer sedangkan Ji Heon ni selalu marah2 dia. tapi lama2 dia pun jatuh cinta juga pada Ji Heon.

Drama ini ada keseluruhannya sangat best dan kelakar sampai pada awal episode aku betul2 nak tergelak depan pc. gelagat Ji Heon dan sepupunya Mon Won sangat kelakar. Na Yoon yang melakonkan watak jahat juga kelakar hingga tak nampak pun macam dia jahat. Rasanya drama ini boleh dapat award cerita paling kelakar untuk tahun ini rasanya. best. Endingnya juga best bila Eun Seol ni akhirnya berkahwin dengan Ji Heon dan Na Yoon pula bercinta dengan Mon Won. So kalau nak tengok lakonan mantap Hero Jaejoong ni bolehlah tengok drama ini yer. Lagu2 ost drama ini pun best terutama yang dinyanyikan oleh Hero Jaejoong sendiri. seperti biasa korang boleh cari di SINI yer... so untuk drama ini aku bagi 4 bintang ****

05 October 2011

Avril Lavigne - Wish You Were Here



Lyrics:

i can be tough * i can be strong * but with you, its not like that at all * theres a girl who gives a shit * behind this wall * you just walk through it *

and i remember all those crazy thing you said * you left them running through my head * you're always there, you're everywhere * but right now i wish you were here *

all those crazy things we did * didn't think about it just went with it * you're always there, you're everywhere * but right now i wish you were here *

damn, damn, damn * what i'd do to have you * here, here, here * i wish you were here * damn, damn, damn * what i'd do to have you * near, near, near * i wish you were here *

i love the way you are * its who i am don't have to try hard * we always say, say like it is * and the truth is that i really miss *

all those crazy thing you said * you left them running through my head * you're always there * you're everywhere * but right now i wish you were here *

all those crazy things we did * didn't think about it just went with it * you're always there, you're everywhere * but right now i wish you were here *

damn, damn, damn * what i'd do to have you * here, here, here * i wish you were here * damn, damn, damn * what i'd do to have you * near, near, near * i wish you were here *

no, i don't wanna let go * i just wanna let you know * that i never wanna let go * let go, oh, oh * no, i don't wanna let go * i just wanna let you know * that i never wanna let go * let go, let go, let go *

damn, damn, damn * what i'd do to have you * here, here, here * i wish you were here * damn, damn, damn * what i'd do to have you * near, near, near * i wish you were here *

04 October 2011

falling in love for the 2nd time



hehe..gelak dulu baca tajuk tuh.. :P

xderlah..aku nak citer pasal kawan aku :)..baru2 ini one of my best friend dapat call from her long lost friend. lebih kurang 15 tahun jugalah hilang tanpa khabar berita. my friend ni is a single mother with 3 kids. her late husband died about 4-5 years ago due to illness. since then until now my friend ni never thought about kawin lagi. but about 2 months ago she received a call from her friend whom she never met for almost 15 years already. mestilah dia terkejut kan. entah macam mana kawan dia tu dapat nombor telefon dia pun dia tak tahu. kawan dia tu pun x mau bagitahu. katanya itu x penting pun coz yang penting sekarang ni, dia dah jumpa dah my friend tu balik setelah berusaha mencari my friend ni bertahun-tahun lamanya. umur dia pun lebih kurang sebaya dengan my friend ni tapi dia belum berkahwin lagilah. katanya sebab belum bertemu dengan pasangan yang sesuai.. dan sebab dia masih ingatkan my friend tu.

sebenarnya my friend tu kenal dan berkawan rapat dengan kawan dia tu masa diorang kerja di tempat yang sama masa zaman remaja diorang dulu. tapi xdelah sampai tahap pakwe-makwe pun. cuma ada la my friend tu kata yang dia memang suka pada kawan dia tu. yer la.. kawan dia tu hensem betul. lebih hensem dari Edika Yusof....aku dah tengok gambar dia..hehe..tapi masa tu my friend ni takut nak serius dengan kawan dia tu sebab kawan dia tu bukan berbangsa melayu. banyak perkara yang dia kena fikirkan. takut dia x boleh nak bimbing pula nanti kawan dia tu dalam Islam dan macam2 lagi. so my friend ni just bertukar tempat kerja di tempat lain dan berpindah dari tempat tinggal dia pada masa itu. so their relationship pun just ended like that. sampailah when she received a call from kawan dia ni semula. and kawan dia pun juga ada tanya why she left him just like that? speechless la my friend ni x tahu nak cakap apa... terkejut badak dia...hehe.

nak dipendekkan cerita...diorang pun kawanlah balik. and kawan kepada my friend ni pun dah tahu yang my friend ni ibu tunggal dan ada anak with her late husband sebelum dia try call my friend dulu. maknanya dia dah tahu dari awal2 lagi. so my friend ni agak2 mesti member2 diorang jugak yang pecah rahsia dan bagi nombor telefon dia pada kawan dia tu. mula2 tu my friend ni ada juga tanya pendapat aku...ok tak kalau dia nak kawan semula dengan kawan dia tu. maksudnya seriously berkawan la. aku bagi full support pada kawan aku tu. sebab aku dah tengok susahnya dia sorang2 besarkan anak2 dia. memang dia masih ada keluarga yang membantu tapi lain. i really think that kita sebenarnya memerlukan pasangan kita juga dalam hidup ini. sebab apa yang kita cerita dengan kawan kita sebenarnya x sama macam kita bercerita pada pasangan kita. betul tak? dia mesti sunyi dan perlukan teman juga nak bercerita pasal perkembangan anak2...isu2 semasa..berkongsi suka duka..so i told her to give them a chance by get to know each other again and just follow the flow. kalau ada kesesuaian pada akhirnya, kawinlah.. gitu..

my friend ni pun sebenarnya x sangka yang kawan dia tu masih ingat pada dia. yer la.. dulu2 pun bukan diorang bercinta pun. just macam teman tapi mesra jer la. sebab kawan dia tu hensem..ramai yang berkenan..dia pulak rasa yang dia ni biasa2 jer...manalah orang nak pandang.. gitu.. :P so bila kawan dia tu bagitau yang sebenarnya dari dulu lagi dia nak serius dengan my friend ni tapi mungkin dia terlambat sangat sampai my friend ni dah lari dulu dari dia..hehe..so sekarang ni diorang macam dah jatuh cinta buat kali kedualah.. gitu :) cuma sekarang ni kena ambil masa jugaklah untuk disesuaikan dengan keadaan. yer la.. kawan my friend tu pun belum masuk Islam.. and my friend pun ada anak2 yang perlu diberi perhatian. bak kata yusrylah..bukan 'bercinta' macam remaja tuh..tapi 'hubungan matang' gitu.. :) and tak salah kan jatuh cinta buat kali kedua pada situasi nih?

aku: doakan segala yang terbaik buat mereka :) and sangat sweet sebenarnya bila kita tahu orang yang kita suka tu sebenarnya juga suka pada kita..hehe..nak pulak orang yang kita suka tu hensem...fuhh..haha..(sila abaikan) :P

03 October 2011

addicted to krushers

aku. sedang. dilanda. kemalasan. hehe...tapi aku rajin beli krusher kfc nih sekarang ni..adoii.. sedapnya...huhu..

pilihan aku: strawberry banana :) jom berkrushers!


psstt..nanti aku update cerita baru yer :)
gambar credit to: www.kfc.com.my & www.kfc.com.ph