Be My Friend :)

26 August 2011

cerita bulan puasa - akhir

kihkihkih..macam drama pulak ada siri akhir ek..saje je. aku pun bukan ada idea sangat di bulan puasa ni. hehe..ni boleh dikatakan minggu terakhir la kita berpuasa kan.. kejap jer dah nak raya. aku pulak minggu ni boleh dikatakan minggu paling mencabar kot sebab x sihat. ini diary aku minggu ni:

Isnin: bangun2 jer nak bersahur tetiba diserang migrain. sakit kepala sangat2. tapi bangun juga siapkan untuk makan sahur. masa sahur cuba juga makan tapi x rasa apa benda pun. makan sesuap xleh nak telan so mintak tolong air tolong tolakkan (minum). sudahnya memaksa aku berlari ke bilik air.. muntah 15 minit. lepas tu dah xde tenaga lagi..kepala pun tambah sakit..sudahnya naik atas katil terus tido. hari tu x pegi keje..EL..

Selasa: keje tapi rasa macam nak demam jer. tangan dan kaki sejuk macam letak dalam peti ais. kepala pulak panas. tapi boleh bertahan sampai balik kerja. sampai umah rasa nak pengsan. terus baring depan tv. tapi lepas tu rasa cam ok lagi sebab tu boleh ikut mr. hubby buka puasa di Hotel Seri Malaysia, Kepala Batas. cumanya lepas makan terus jer ajak balik sebab rasa macam bertambah tak larat. takde mood nak tengok show nyanyian lagu2 melayu asli kat situ. on the way balik tu singgah jap kat farmasi beli ubat demam. balik rumah terus makan ubat demam dan tertido sampai 11.30 mlm. yang x sakit lagi 2 orang tu pun sama tido sebelah menyebelah aku jer. haha.. bila terjaga tu rasa mcm dah sihat. mungkin sebab dah berpeluh. terus bangun gosok baju dan bersolat.

Rabu: bangun sahur rasa macam ok. so pegi keje. lagipun masa sahur dah makan ubat demam siap2. pagi tu ok lagi. elok menjelang tengahari, suhu badan pun makin meningkat. tangan dan kaki dah numb. sejuk macam letak dalam peti ais bahagian freezer. badan pun dah panas dan rasa sengal2. duduk rasa x kena, berdiri rasa x kena. nak baring jer x boleh sebab di ofis. sudahnya lepas rehat mintak kebenaran untuk pegi klinik dan terus balik. bawak motor rasa macam melayang2. x selesa. pegi klinik dapat ubat 4 jenis dan mc 2 hari. balik rumah terus tido sebab nak makan ubat, sayang pulak nak buka puasa. sudahnya tahan ajelah sampai berbuka. untuk berbuka mr. hubby buat semua. masak nasi, buat air dan hidang. lauk2 pun dia yang beli. aku makan nasi 3 sudu. sangat x lalu. semua pun bukan ada rasa apa2 pun. tawar. lepas tu terus makan ubat2 segala. lepas makan ubat terus tido. pengsan sampai pagi.

Khamis: x kerja sebab dapat mc. rehat kat rumah je. my daughter ponteng sekolah temankan aku. risau kalau aku nak apa2 nanti xde sapa nak tolong. dia pun sebenarnya malas nak pegi sekolah tu..aku tau..hehe..kesihatan pun semakin baik. aku pun x buat apa. lepak jer tengok tv. tapi bila petang boring pulak. jadi aku cuba buat biskut cornflakes madu. senang je. sekejap dah siap. my daughter pun tolong juga. rasanya bolehlah.. ok la bagi aku yang baru first time buat kuih raya sendiri ni. lain2 jenis yang susah2 aku beli je la nanti. haha..

Jumaat: hari ni rasa dah ok. tapi mr. hubby risau. dia takut aku demam balik sebab aircond kat ofis kan kuat. takut xleh tahan. tapi setakat ni aku rasa ok. lagipun hari ni kena datang juga ofis sebab nak ambil duit tukar untuk duit raya. pastu nak ambik duit raya yang ofis bagi untuk staff sama. ofis aku memang dah jadi tradisi bagi duit raya kat semua staff..korang ada? hehe...ada nada riak di situ..sori.. maafkan aku.. :)

so itulah diari aku minggu ini.. harapnya x demam la dah sampai raya. rumah pun x kemas lagi nih. banyak benda nak buat. walaupun x raya kat rumah sendiri memandangkan akan balik beraya di kampung yang di sini dan di sana, kena gak kemas2 kan. so oklah.. Selamat Hari Raya Aidilfitri buat korang yer. aku mohon ampun dan maaf andainya ada terkasar bahasa ke apa ke kan..tapi rasanya xde kot sebab aku pun cerita mengenai diri aku je pun kan.. anyway.. take care and happy holiday everybody! :)

22 August 2011

cerita bulan puasa 4

minggu lepas masa cuti nuzul al-quran dari pagi lagi dah keluar. mentang2 la cuti umum. program sendiri pun banyak berderet2 nak dibuat dalam masa sehari. hehe.. memula pepagi tu pegi ikut mr. hubby pergi servis kereta. tukar minyak enjin la, minyak gear la dan last sekali tukar tayar. boring giler menunggu benda2 tu settle satu persatu. my daughter pun mula buat muka. hehe..nasiblah..dah mr. hubby tu buat apa pun bukan nak pegi sorang2. dia nak angkut jugak aku ngan anak aku tu pegi sekali. sudahnya kami pun terpaksa rela la lepak kat workshop dengan dia sekerat hari. pukul 3 petang baru settle bab kereta.

pastu terus gegas ke Sunway Carnival Mall pulak. dah plan nak beli hadiah birthday mr. hubby dan berbuka puasa di situ sekali. orang ramai betul di Sunway Carnival. nak parking pun susah. dapat jer parking terus mulakan hunting for hadiah mr. hubby. taklah susah pun nak cari hadiah dia nih sebab mr. hubby dah tahu apa yang dia nak. dia nak apa? ala.. dia nak kasut.. hehehe.. ini dah tahun ketiga berturut-turut kot beli hadiah kasut. satu almari kasut kat umah tu dah penuh dengan kasut2 dia jer. kasut orang lain xleh tumpang! haha..senang beli hadiah dia ni sebab dia dah set siap2 dia nak kasut jenama apa dan pattern apa. raknya pun dia dah tahu yang mana satu. jadi masuk jer parkson terus tuju kat bahagian kasut yang dia nak tu ajelah.. terus ambil, belek2 kejap, mintak saiz, try kejap.. pastu terus boleh bayar..hehehe..senang kan?

elok mr. hubby dah dapat kasut yang diidamkan, giliran my daughter pulak merengek. dia kata, kasut dia x beli lagi. hehe.. diorang berdua tu memang selalu jeles menjelesi antara satu sama lain. maknanya kenalah beli kasut raya dia pulak. tapi oleh kerana kasut dia nak kena cari kat kedai2 di luar parkson, kami pegi cari baju raya dia dulu di dalam parkson sebelum survey kedai2 di bahagian luar tu. dapatlah baju2 dia. senang juga nak cari sebab anak aku tu x banyak songeh. ok jer dia dengan baju2 yang aku pilih. dia ikut jer. mr. hubby pun sama..semua pun okay jer dengan baju2 yang aku pilih...hehe..perangai abah & anak sama...dalam hati mesti cakap "suka hati mamalah"..hehe..

lepas beli baju2 dia, kami pegilah cari kasut dia pulak. lagi x beli, selagi itulah dia dok potpetpotpet kat tepi telinga. x puas hati lagi sebab abah dia dah dapat kasut dan dia belum..hehe..lepas beli sepasang kasut sandle dan sepasang lagi kasut penuh, senyumlah dia sampai ke telinga. haha..habis shopping, awal lagi nak tunggu berbuka jadi kami jalan2 dulu dalam sunway carnival tu. bila dah penat jalan, lepak pulak kat bangku2 yang disediakan. untuk berbuka, awal2 lagi sebelum mula shopping kami dah pegi booking table dan order. takut nanti last minit xde tempat nak berbuka pulak kan. makan kat mana? kali ni kami makan kat rasamas kat lower ground. order set for 4. Alhamdulillah.. lepas makan terus balik.

weekend pulak kami balik kg. pukul 10 keluar rumah, pukul 12 sampailah kat kg. alaa..bukan jauh sangat.. itupun mr. hubby bawak slow-mo jer. sebelum sampai umah mak, aku dah call diorang yang kat umah tu soh siap. elok sampai jer, punggah barang keluar dari kereta, relax jap regangkan badan, terus kami gerak ke ipoh pulak..nak shopping baju adik2 kat jusco ipoh. wahh..ramai giler orang kat jusco ipoh. pusing2 dan beli baju2 untuk adik2 dalam 3 jam kot di situ pastu kami gerak ke kuala kangsar pulak nak cari baju2 kurung pulak untuk aku, anak aku, mak dan adik perempuan aku kat belakang stesyen bas kuala kangsar. banyak sungguh pilihan..cuma kena pandai2 la pilih ikut bajet yang bersesuaian... haha.. lepas tu kami berbuka di restoran tomyam dekat2 situ jer bersama adik aku sefamily yang baru sampai dari kl.

setelah beberapa siri shopping, aku rasa persiapan aku sekeluarga dah 80% kot.. ada sikit2 jer lagi nak tambah. kuih raya setakat ini masih belum berkesempatan nak buat nampaknya. ada harapan beli jer kot last2 minit...hehe..tengok mood akulah dalam seminggu ni. kalau nak tu seribu daya..ye tak?..oklah..nanti kita sambung lagi yer.. :)

16 August 2011

Sami Yusuf - Asma Allah

Lagu yang menenangkan jiwa...



Raheem, Kareemun, 'Adheem, 'Aleemun, Haleem, Hakeemun, Mateen - Mannaan, Rahmaanun, Fattah, Ghaffaarun, Tawwaab, Razzaaqun, Shaheed - Allahumma salli'aa Muhammad, wa aali Muhammad - Ya Muslimeen sallou'alayh - Allahumma salli'ala Muhammad, wa sahbi Muhammad - Ya Mu'minen salou'alayh - Lateef, Khabeerun, Samee', Baseerun, Jaleel, Raqeebun, Mujeeb - Ghafur, Shakourun, Wadud,Qayyumun, Ra'uf, Saburun, Majeed - Allahumma salli'aa Muhammad, wa aali Muhammad - Ya Muslimeen sallou'alayh - Allahumma salli'ala Muhammad, wa sahbi Muhammad - Ya Mu'minen salou'alayh

Allahu Akhbar, Allahu Akbar, La Illaha Illahu, Al Malikul Quddoos - Allahu Akbar, Allahu Akbar, Ya Rahmanu irham dha'fana - Allahu Akbar, Allahu Akbar, Ya Ghaffaaru ighfir thunoubana - Allahu Akbar, Allahu Akbar, Ya Sattaaru ostour'ouyoubana - Allahu Akbar, Allahu Akbar, Ya Mu'izzu a'izza ummatana - Allahu Akbar, Allahu Akbar, Ya Mujeebu ajib du'aa'ana - Allahu Akbar, Allahu Akbar, Ya Lateefu oltof binaa (3x) - Oltof binaa

lyrics: Bara Kherigi - Melody & Arrangement: Sami Yusuf

Awakening Records

cerita bulan puasa 3

emm.. minggu ni kita dahpun masuk minggu yang ketiga berpuasa yer.. kejap jer rasa.. so macam mana persiapan raya korang? dah buat sikit2? aku?..aku belum buat apa2 lagi pun..hehe.. bajet belum ada.. tapi ada jugaklah angan2 nak buat biskut raya sendiri tahun ni.. hehe.. julung2 kalinya. oven dah beli 3 bulan lepas.. tapi masih elok jer dalam kotaknya. tengok pun tak..haha.. xper.. cita2 tu ada... kira ok la tu kan. sekarang ni bila tengok majalah semua ada resepi raya kat bahagian belakang kan.. ha...aku tengok juga mana resipi biskut raya yang senang2 dan berpontensi untuk dipraktikkan..haha..maklumlah..rajin sangat buat biskut raya (kat kedai) la katakan..tu pasal kena cari biskut yang senang amat nak buat sahaja..kang cari yang susah2, potensi nak jadi tu x berapa tinggi peratusnya..hehe..

kalau aku rajin, dapat buat 2 jenis biskut pun jadilah..tak semestinya nak buat banyak2. biskut raya ni macam buat syarat jugaklah. kalau xde rasa macam x meriah pulak raya walaupun pada hakikatnya masa raya kita lebih cenderung nak makan laksa, nasi impit, lemang, ketupat, rendang dan sebagainya. kuih raya tu kira menu sampinganlah letak dalam balang lawa2 atas meja. gitu. hehe...tapi ntah bila pulak nak buatnya..aku pun x sure. yang pastinya, weekend ni nak balik kampung. kampung aku la sebab mr. hubby xde kampung. umah mak dia, tiap2 sabtu pun kami pergi berbuka bersama. kampung opah dia pun, dekat2 sini jer. so nak balik kampung aku la pulak minggu ni nanti. rindu betul kat mak. walaupun hari2 bersms atau call, x sama macam jumpa secara live. hehe.. pastu nak ajak mak pegi shopping baju raya sekali. aku pun belum beli baju raya lagi. elok sangatlah tu.

sebelum balik kampung, semestinya nak celebrate birthday mr. hubby dulu. hari ni birthday dia.. :).. hadiah pun belum beli. tapi dah tahu dia nak apa. selalu gitulah..kalau birthday aku, aku pun dah bagitau siap2 aku nak apa..hehe.. senang kan.. xyah sakit2 kepala nak fikir nak beli apa sebab kalau beli benda yang dia xnak atau x berapa guna, x best juga. so baik soh dia fikir sendiri apa yang dia nak untuk birthday dia, and then kami pegi beli sama2. dia puas hati dapat barang yang dia nak, aku pun puas hati sebab belikan barang yang dia suka. gitu. mutual understanding..hehe..ini yang kami praktikkan sejak mula2 kawin dulu dan kebetulan esok cuti Nuzul Al-Quran kan..so esok la cari hadiah dia dan pastu berbuka puasa di luar..so happy birthday to my mr.hubby.. i luv u.. :P

lepas raya nanti, hujung bulan 10, aku nak konvo pulak..hehe..dalam kepala tengah fikir2 nak pakai baju apa nanti.. kalau x beli baju baru, pakai baju raya pun ok jugak. sebab bukan nak nampak sangat pun baju yang dipakai memandangkan akan pakai jubah. tengok mood macam mana nanti. kalau ada bajet, harus aku beli baju baru gak tuh..haha..oklah korang.. selamat meneruskan ibadah puasa.. kalau tolak minggu ni, ada lagi seminggu lagi kita nak kerja kan.. pastu masing2 nak cuti dah. tengoklah minggu depan, kalau jadi biskut raya aku, aku jaja kat sini.. hehe.. kalau xde tu, maknanya aku beli jer la tuh.. :P

09 August 2011

cerita bulan puasa 2

dah masuk minggu kedua pun kita berpuasa yer. so korang macam mana? ok? hehe..mestilah ok2 jer kan? aku pun macam tu la jugak. cumanya selain berpuasa, xde aktiviti lain dah yang dibuat sampai x tau nak citer apa dalam blog ni ha..haha.. tapi kan korang, dari hari sabtu lepas, telinga aku yang belah kiri macam ada bunyi2 la sket. ala..bunyi cam 'krek, krek, krek' macam semut masuk telinga cuma lebih perlahan. xlah sakit tapi x selesa sebab bunyi tu agak mengganggu. aku terfikir jugaklah..mungkin telinga aku sakit sebab aku selalu guna earphone untuk mp3 kot sebab memang hari2 aku dengar mp3 masa bawak motor pergi kerja. ye la.. perjalanan dari rumah ke pejabat pun makan masa 1 jam atau lebih so kalau diam jer sure boring dan aku boleh mengantuk. eh! betul tau...bukan bawak keter jer boleh mengantuk, bawak motor pun macam tu la jugak. dah hari2 lalu jalan yang sama pastu nak kena tunggu feri lagi.. aduhhh... boring betul.. jadi salah satu caranya nak kurangkan boring, kena ada mp3 dan spare buku untuk dibaca masa tunggu dan masa dalam feri.

ok..berbalik pasal telinga aku yang berbunyi tu.. dalam dok fikir2 segala kemungkinan tu, aku berdoa jugaklah moga2 telinga aku ni x bertambah teruk hingga memaksa aku pegi jumpa doktor ENT... yer la.. dalam keadaan eko.no.money ni, harap2 janganlah sakit sebab nak pegi klinik pun kena ada bajet gak kan.. so berterusanlah bunyi 'krek, krek, krek' tu sampai hari isnin... dekat ofis, aku citer la kat akak ofismate aku kat sini..kawan baiklah..dia kata mungkin telinga aku tu masuk air. eh! kenapa aku x terfikir pulak kan? bila aku fikir2, mungkin jugaklah sebab telinga aku ni jenis rapat kat kepala jadi x mustahil air senang nak masuk masa mandi.. so akak tu sajes aku tepuk telinga sebelah kanan sebab yang sakit sebelah kiri. tepuk perlahan2 la..kang kuat2 mau aku pekak terus..haha.. ataupun kalau x okay, dia soh masukkan air dalam telinga. jadi aku pun try la tepuk2 telinga sebelah kanan lepas balik kerja semalam sebab nak masukkan air kang batal puasa pulak kan.. haha.. nak tepuk2 kat ofis pulak macam x sesuai pulak sebab nanti kalau bos aku nampak sahih dia konfius plak PA dia nih tengah buat apa kan.. so oleh kerana x mau menimbulkan spekulasi yang x munasabah, aku tahan jer bunyi tu sampailah balik rumah. makanya semalam aktiviti aku menepuk telinga ajelah..haha.. sampailah lepas buka puasa pun masih lagi menepuk telinga.. dan alhamdulillahh...bunyi tu dah hilang rasanya.. hehe.. syukur..kalau x hilang jugak, memang terpaksalah aku pegi klinik jugak sebab xkan sanggup nak dengar bunyi 'krek, krek, krek' hari2 kan..so korang, itu ajelah cerita aku minggu ni..kita jumpa lagi nanti yer..

03 August 2011

cerita bulan puasa

aku stuck. x tahu nak cerita apa di bulan puasa ni. huhu..semua pun okay2 jer...berbuka pun semuanya beli memandangkan balik rumah pun sempat masak nasi dan air jer pun. cuma untuk bersahur jer aku masak. itupun bukan nak makan banyak mana pun. cumanya dari segi kewangan, bulan puasa kali ini memang mencabar sikit..hehe..yer la.. bulan puasa ni tau ajelah, semua pun nak kena beli.. dah tu semua makanan pun mahal. nasib la kan? nak buat macam mana lagi dah. orang yang meniaga pun bukan sikit nak keluarkan modal nak berniaga ni. dah memang barang2 basah pun mahal kan. dah tu makanan yang dijual pun mahal la jugak..then, lepas ni nak kena looking forward untuk raya pulak, baju raya, kuih raya..fuhh!.. kalau fikir2 sangat boleh jadi migrain hari2..haha..nak pulak bulan ni la juga aku nak kena renew roadtax dan insurans motor aku tu. punyalah mahal insurans motor sekarang nih. 3rd party pun lebih dari seratus insuransnya. adooi..pastu next week, menyusul giliran roadtax dan insurans kereta pula nak kena renew. pastu sebelum akhir bulan ni nak kena clearkan juga cukai pintu pulak....adoiii...memang terbaik! huhu...nangis...tapi bila fikir2 balik, dugaan dan cabaran dalam hidup ni, setiap orang kena hadapi dan melaluinya kan? bila kita susah, kita sebenarnya lebih cenderung untuk berfikir dan muhasabah diri. masa2 macam ni jugaklah kita kenal kawan2 kita secara x langsung kan? eh..tetiba pulak aku citer pasal kawan2 pulak ek..hehe..sajer.. teringat sebenarnya...anyway..maksud aku, itu satu benda baik jugak.. kita akan lebih kenal kawan2 yang ada di sekeliling kita.. yang mana boleh kita kategorikan kawan masa senang jer dan yang mana boleh kita masukkan dalam kategori kawan masa senang dan susah..yang terbaik...senang jugak bila kita dah dapat kenal pasti which category ni. boleh bersedia if same things happen later. akhir kata, selamat meneruskan ibadah puasa yer korang dan di samping itu jaga kesihatan diri juga sebab kalau dah sakit, makan apa pun jadi x sedap walaupun masa bulan puasa ni la kita boleh beli macam2 makanan yang jarang kita jumpa kalau bukan bulan puasa...hehe..jumpa lagi..