Be My Friend :)

30 June 2011

jalan2 @ Langkawi Island

oklah, kita mulakan entry jalan2 ke langkawi yer.. :) sebenarnya trip ini telah dirancang seawal bulan 5 yang lalu. ianya bermula apabila mak aku bagitau yang dia nak ikut rombongan cik kiah yakni rombongan makcik2 kat kampung aku tu pergi ke langkawi...pastu aku pun gedik la nak ikut sekali dan sudah semestinya tag along anak aku yang one and only tu juga. trip tu bukanlah free..kena bayar rm150 seorang untuk kos pengangkutan dan penginapan. so makan adalah ditanggung sendirian berhadlah yer. so sampailah sudah hari yang ditunggu2 selama hampir 2 bulan itu..maka baliklah kami dua beranak (aku dan anak aku) ke kampung aku petang jumaat yang lepas. kami naik bas jer ke kuala kangsar. and dari sana mak dan adik aku pick up kami. mr. hubby tak ikut sekali sebab dia xmo ikut rombongan cik kiah..hehehe.. tapi mujur jugak dia xmo ikut sekali..kalau dia ikut gak..mau pening kepala dia tengok kerenah makcik2 nih..haha..selain mak aku, adik bongsu aku pun ada ikut sekali. so bertambah excited la anak aku bila paksunya ada sekali. baru ada geng katanya..hehe..

kami bertolak dari kampung pada pukul 12.30 pagi ke jeti kuala perlis dengan menaiki 2 buah bas yang disewa khas dengan anggota rombongan seramai lebih kurang 80 orang dan selamat sampai ke jeti tu pada jam 5.00 pagi. selepas membersihkan diri dan bertukar pakaian, solat dan bersarapan, kami menaiki feri pada jam 7.oo pagi. aku ingatkan bila pergi masa bukan cuti sekolah ni, jeti xlah sesak sangat kan. tapi rupanya, jeti sesak macam biasa jugak. punyalah ramai orang nak ke langkawi.. fuhhh...tengok jer la gambar di bawah ni...bila feri sampai jer, semua pun dah x sabar2 lagi nak naik feri. walaupun tahu setiap orang ni tentu dah ada tempat duduk dalam feri tu, still orang berebut2 jugak nak masuk feri...fuhh..seksa betul nak masuk feri pun..since aku pun bawak satu jer beg galas, so senang jugaklah nak meloloskan diri..sebelah tangan wajib pegang my daughter kuat2..kang hilang mau sawan aku kat situ..hahah..sepanjang perjalanan dalam feri tu aku tido...ngantuk la..dahlah dalam bas tido x lena..mana nak selesa, seat bas tu rapat2..nak adjust kerusi pun x boleh lebih2 sebab karang tersepit pulak makcik yang duduk kat belakang aku tu. dahlah dia tu sakit lutut, asal nak bangun jer dari kerusi dia, dia pegang kerusi depan dia yakni kerusi aku sebagai sokongan..so dengan secara langsung kerusi aku tu tu pun bergegar2 la..dah x lena aku dibuatnya. nak tegur, itu kawan mak aku tu..so redho ajelah..haha..pasrah..sampai di pulau langkawi lebih kurang jam 8.30 pagi. cuaca pun baik. yang aku tak tahannya, sekali lagi, nak keluar dari feri pun makcik2 ni dan ditambah lagi penumpang2 lain berebut2 jugak nak keluar.. adooiii...kalau x berebut x boleh keluar agaknya..huhuhu..sabo ajelah..macam la cekelat2 dan minyak gamat kat langkawi tu dah nak habis...hehehe.. (nanti kita sambung lagi yer..)


pic 1 & 2: ramainya orang penuh sesak di jeti kuala perlis seawal 7 pagi.

pic 3: elok feri sampai jer semua pakat serbu nak masuk feri

pic 4: dah sampai ke pulau langkawi :)

28 June 2011

we got married (korean reality show)



sebelum kita mulakan entry 'jalan-jalan', kita cerita pasal drama korea dulu yer..hehe..aku kan, sejak dah habis belajar ni, aku sangat free...ye la.. dulu sibuk la setiap waktu nak buat assignment, tesis dan prepared for presentation. sekarang ni, bila semua tu dah x perlu lagi nak dibuat, aku jadi blur sebab banyak sangat masa lapang la pulak..hehe..mati kutu sampai x tau nak buat apa...haha..jadi aku berbalik la semula kepada hobi aku iaitu tengok drama korea..dan yang paling aku suka tengok sekarang ni ialah siri realiti "we got married" di mana artis2 korea ini dipasang2kan untuk menjadi pasangan suami isteri olok2 untuk satu jangka masa tertentu contohnya setahun...so diorang ni akan buat pelbagai aktiviti bersama-sama di samping diorang kena completekan task2 yang diberi kepada diorang melalui mission card yang diberikan dari masa ke semasa...setakat ini aku dah tengok 'adam couple': Jokwon (2AM) & Ga-in (Brown Eyed Girls), 'Sweet Potato Couple': YongHwa (CNBlue) & SeoHyun (SNSD), 'Khuntoria Couple': Nickhun (2PM) & Victoria (f'x) dan 'Woojung Couple': EunJung (T'ara) & Lee Jang Woo (pelakon). Khuntoria couple & Woojung couple belum lagi habis sirinya, sementara Adam couple & Sweet Potato couple dah habis pun. dan setakat ini, pada aku, yang paling best sekali ialah Adam Couple sebab diorang ni sangat kelakar dan sangat sporting.. sayangnya tetiba jer diorang ni dapat mission card yang mengatakan diorang kena tamatkan siri diorang nih..x taulah kenapa..mungkin nak bagi laluan kepada pasangan lain pulak berada di dalam siri ini kot.. sapa yang x pernah tengok, bolehlah give it a try yer.. aku jamin siri ini boleh buat korang tersenyum sorang2 depan pc..hehe.. so boleh tengok online di SINI ataupun kat SINI yer.


picture credit to yahoo.search

jalan-jalan

my daughter and I went somewhere last weekend.... :)

22 June 2011

ye ke salah nombor?

aku ni jenisnya jarang nak check hp kalau kat office. kadang2 hp tu dok dalam beg sampai terlupa nak bawa keluar dari pagi sampai petang pun ada. macam semalamlah. dah dekat pukul 5 petang baru aku teringat nak tengok hp dalam beg. aku tengok ada 2 miss call dan satu sms dari satu nombor yang tidak dikenali. oleh kerana aku ni jenisnya kalau x kenal nombor tu, aku xkan call balik jadi aku biar ajelah. tapi sms tu buat aku macam terkonfius sikit sebab text tu macam ni: "esok htr fail kat sy ok"

terus aku terfikir..ni sapa pulak yang suruh aku hantar fail. fail apa? kepada siapa? nak hantar ke mana? sebab bos aku ada jer kat bilik dia di depan aku ni seharian semalam. xde pulak dia mintak fail ke apa. lagipun kalau bos aku tukar nombor hp baru, takkan dia x bagitau aku. nak pulak masa aku baca sms tu, bos aku ada jer kat meja dia. apahal dia nak sms2 pulak kalau dia boleh cakap direct jer kat aku. tambah lagi, aku x serve pegawai lain di bawah bos aku. kecuali kalau diorang mintak tolong la kan. tapi diorang kalau nak minta apa2 terus jer mintak kat aku. x pernah pulak nak hantar sms nih. pelik kan. so aku balas la..."sorry. fail apa? siapa ni?". lepas tu terus aku pun balik rumah since masa tu dah pun pukul 5.30 petang.

balik rumah aku check hp lagi. ada miss call lagi dari nombor tu dan dia ada hantar sms juga.."mesyrt..dkt ipoh ada ats meja..kt pjbt sy". lagi buat aku confius..ni sapa pulak yang nak mesyuarat kat ipoh ni? bos aku xde mesyuarat kat ipoh. mesyuarat kat kl ada la. hoh! malas nak layan so aku x balas pun. aku pun ada bagitau kat mr. hubby dan dia pun cakap jangan layan. tapi selang 15 minit kemudian dapat lagi sms dari nombor yang sama.."awak ni sapa ek, patutla fail x sampai slh org ni..awk kt mana?". pulak. aku fikir orang ni bukan x sengaja hantar sms kat aku tapi memang sengaja pun. lagipun ikut logik, sms pertama tu kata nak fail tu esok...apa pasal dia cakap fail tu x sampai pulak...esok la patutnya baru dia tahu fail tu sampai ke tak kan? ni dah terang2 dia tahu dia memang hantar sms kat orang yang salah. pastu dapat lagi sms dia.. "awk kt mana?"...dan lagi "sy badrul awk sapa? ble kenal tak"... sahlah memang mengarut dah ni.

aku hairan la. kenapa la orang ni susah payah nak menipu orang lain cara macam ni. xde faedah nak bazirkan kredit hp dengan menghantar sms kepada orang yang kita x kenal pun kan. aku ada terfikir juga. ntah2 orang ni orang yang aku kenal tapi sengaja hantar sms begini untuk mengusik aku ke..atau orang ni memang orang jahat yang memang ada niat yang x baik..atau memang orang ni memang betul2 salah nombor...ntahlah...sorry la..whatever or who ever it is kalau nombor tu bukan dalam senarai contact list aku dan x bagitau pulak dia tu siapa, aku x layan punyalah..

21 June 2011

cerita weekend

emm..minggu ni aku xde idea nak cerita apa..hehe..last weekend pun xde buat aktiviti apa since gaji pun belum..so nak celebrate lulus exam pun terbantut gitu.. hehe..hari sabtu dok di rumah sepagian sampai petang sambil buat aktiviti boring seperti basuh baju, kemas rumah (ala2 jer pun) pastu lepas lunch jer semua tido..haha..petang tu dah x boleh tahan dah lepak dalam rumah jer so kami keluar ambil angin petang kat tepi laut...on da way tu beli pisang goreng & milo ais sorang satu...sampai jer tepi pantai, duduk2 dan makan pisang goreng & milo ais yang dibawa tu dulu. lepas tu aku ngan anak aku pergi main tepi laut sambil2 cari remis...gigihlah main macam budak2..haha..mr. hubby xmo campur..dia lepak jer tengok kami 2 beranak yang kusyuk cari remis macam nak buat lauk..haha..ingat senang jer sebab tengok sorang uncle (cina) tu relax jer dah sekerat baldi kecik tu dia dapat remis tapi x taulah pulak dari pukul berapa dia dah ada kat situ..haha..rasanya dah setengah jam bertungkus lumus, mr. hubby dah bagi signal soh naik..sudah2 la tu katanya..haha..sebab dah masuk waktu maghrib pun..alaa..sebab kami datang pun dah lewat jadi kejap ajelah boleh lepak situ. banyak ker remis yang dapat? banyakkkk la sangat.. ada la dalam 20 ekor jer pun (ekor la kan?) hehehe...tu pun punyalah kecik, nak makan pun x sampai hati..hahaha..tapi kami bawak balik rumah jugak sebab my daughter nak main katanya. so letak la anak remis tu dalam bekas yang kami memang ada bawa dari rumah. dari situ kami singgah kejap di pasar malam & lepas tu ke rumah my parent in law pulak...

ahad pulak, pepagi dah bangun sebab mr. hubby ada bowling tournament di megalanes di pacific megamall..so my daughter and I pun ikut sekali sebagai pompom girls..haha..xdelah..sajer la nak ikut..tengok jer mr. hubby main sampai tengahari. kat situ ternampak Qi (jjcm) bersama krew..diorang nak shooting apa xtaulah pulak. aku pun tengok dari jauh jer. nak pergi ambil gambar ke, nak saja2 tegur ker, aku malu..x pernah dibuatnya pun nak ambil gambar artis..hehe..habis main, kami singgah di Tesco Seberang Jaya untuk makan tengahari dan beli barang dapur sikit sebelum balik ke rumah. malam tu kami ke pantai lagi. pegi lepaskan semula anak2 remis tu ke tempat asalnya. kesian la kan nak buang gitu jer sebab remis2 tu hidup lagi memandangkan memang dalam bekas tu kami dah letak sedikit pasir pantai bersama air laut. nak makan jer remis2 tu memang x laa.. :P..hehe..memula masa letak anak2 remis tu di atas pasir pantai, remis2 tu x bergerak pun. sekali bila ombak kena pada remis2 tu kan, hampir semua remis2 tu macam berdiri..hehe..seolah2 nak lari terus masuk dalam laut..haha..seksa dah lepas kot...tapi amazing tau! of course la remis tu x boleh berlari kan..cuma dia dah mula bergerak sikit2 menuju laut..seronok kot dah dapat balik ke tempat asal..sayangnya aku x ambil gambar masa tu sebab dah gelap (alaa...)..lepas tu kami terus balik.. so itu ajelah aktiviti aku weekend yang lalu.. weekend ni ada program best punya! bercuti lagi..hehe.. itu nanti la aku cerita yer.. :)

gambar jenis2 remis tu kredit to yahoo.search

19 June 2011

akhirnya

last friday merupakan hari yang paling penting dalam kehidupan aku sebagai student. Final exam result for my final semester. dari malam khamis aku dah berdebar2 since tengah malam tu result telahpun diemel kepada pelajar dan my friend pun dah hantar sms mengatakan result dah ada dalam emel. so gigihlah aku try masuk ke emel rasmi starting 12 a.m..tengah malam tu.. tapi cuba punya cuba, aku x boleh nak masuk pun emel rasmi kerajaan negeri pulau pinang. aku still x putus asa and still trying until i decided to give up apabila jam telah menunjukkan pukul 1.40 pagi. frust dan mengantuk memaksa aku memujuk diri supaya tidur dulu dan check the result on the next day. tapi tidur pun jadi x lena. aku sangat susah hati sebenarnya. since inilah detik yang paling penting pada aku. kalau x pass mana2 subjek, x pasal2 kena ulang lagi subjek tu next sem and again kena ulang pegi shah alam lagi..omg.. inilah yang paling aku x sanggup...apatah lagi kalau subjek yang fail tu ialah tesis...so subuh tu bangun pagi paling senang dan cepat kot..haha..my hubby x payah susah nak kejut macam selalunya..hehe.. dia pun x tau lagi yang result akan keluar hari tu sebab aku x nak bagitau dia lagi sehinggalah aku tahu result aku tu macam mana. biar aku berdebar sorang2 sebab kalau dia tahu dan turut berdebar juga, for sure akan memberi tekanan yang lagi hebat pada aku kot...haha..

so aku keluar awal dari rumah pagi tu...memang x sabar nak sampai ke pejabat. tapi malangnya, feri lambat pula hari tu..bahagian motor beratur punyalah panjang sebab hanya 3 feri jer beroperasi pada pagi tu. aku pulak bayar jer tambang feri dah x boleh gerak dah..masa aku sampai dah jem sehingga tempat bayar tambang feri. gila. x pernah lagi sepanjang aku bawak motor 6 tahun ni stuck sampai ke tempat bayar tambang tu. so the movement was very slow...fuhh..sakit jiwa...akhirnya sampai juga ke pejabat walaupun dah sangat lewat dari yang sepatutnya. sampai jer tempat aku, terus aku on komputer dulu..mujur bos dah pergi mesyuarat. sementara komputer loading, jantung dah berdebar x tentu hala..haha..dan terus masuk ke emel rasmi. dah boleh masuk...fuhh lega and ternampak notis yang dihantar oleh pusat komputer negeri yang laman web rasmi memang ditutup dari jam 9 malam hingga 7.30 pagi disebabkan serangan hackers ke atas laman web rasmi kerajaan. so kira nak prevent daripada kena hack jugak la tu. dan dah ternampak emel result yang telah dihantar oleh pihak uitm. fuhh...cepat2 aku click tajuk. elok dah terpampang result, aku scroll dulu sampai nampak bahagian status yang tulih 'LU' pada setiap subjek. aku ambil 5 subjek untuk final sem nih. alhamdulillah.. dah nampak 5 'LU' kat situ secara berturut.. so maknanya dah lulus semua subjek. lepas tu baru tengok ke kotak yang lain..gred dan cgpa..dan alhamdulillah... gred dan cgpa juga baik.. boleh la kalau aku katakan, inilah result terbaik aku sepanjang 9 semester di uitm and even the best result kalau nak dibanding sejak zaman poli hingga la ke zaman uitm ni.. and the most important is aku dapat "A" for my thesis...yey!... alhamdulillah..so sekarang ni cuma nak tunggu konvo ajelah lagi..hehe..jadi aku ambil kesempatan ini nak ucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang menyokong aku selama ini terutamanya kepada my mr hubby dan my daughter yang sangat understanding, my lovely sisters (na, nerah & farah) yang banyak membantu kak long deme nih, my parent, my parent in law, sepupu2, kawan2 poli dan semestinya to kawan2 sekelas di uitm yang sama2 berusaha dengan penuh payah hingga ke tahap ini..serta semua yang memberi sokongan.. terima kasih :) ucapan macam dapat award pulak kan? hahaha..tapi ini kira award aku la kan setelah berusaha bertahun2 kan..terima kasih Ya Allah..alhamdulillah..

16 June 2011

Christina Perri - Jar of Hearts with lyrics



memula dengar lagu ni, aku ingatkan ini lagu lady gaga..serius! hehe..rupanya lagi christina perri...best lagu nih..

lyrics:

I know I can’t take one more step towards you
Coz all this waiting is regrets
Don’t you know I’m not your ghost anymore
You’d lost the love I love the most
I learn to live half a life
Now you want me one more time

And who do you think you are
Running round leaving scars
Collecting your jar of hearts
Tearing love apart
You gonna catch the cold
From the eyes inside your soul
So don’t come back for me
Who do you think you are?

I hear you’re asking all around
If I’m anywhere to be found
But I have grown too strong
To ever fall back in your arms
I learn to live half a life
Now you want me one more time

And who do you think you are
Running round leaving scars
Collecting your jar of hearts
Tearing love apart
You gonna catch the cold
From the eyes inside your soul
So don’t come back for me
Who do you think you are?

Didn’t took so long just the feel all around
Remember how to put that a light in my eyes
I wish I had miss the first time that we kiss
You won’t go, you’ve promised that
Now you’re back you hope to get me back

Who do you think you are?
Running round leaving scars
Collecting your jar of hearts
And tearing love apart
You gonna catch the cold
From the eyes inside your soul
So don’t come back for me
Don’t come back at all

Who do you think you are?

14 June 2011

movie review: Super 8

movie inilah yang aku tengok di alamanda hari sabtu yang lalu. tengok midnite. memula x rancang pun nak tengok movie memandangkan kami pun sampai di rumah kawan kami tu dah dekat pukul 10 malam. tetiba tuan rumah suggest tengok midnite. knowing me yang memang suka tengok wayang, sure setuju 110%..tapi kena pujuk 'driver' sama sebab partner aku tu dah keletihan drive dari pagi lagi. akhirnya berjaya juga misi memujuk..haha..movie ni dipilih oleh tuan rumah sebab dia kata kalau steven spielberg yang jadi producer, sure movie tu best..so kami yang lain pun mengikut sahaja.. keluar rumah dah dekat pukul 12 malam..movie akan start pukul 12.50 pagi..mujur dari rumah dia ke alamanda tu sekangkang kera jer...10 minit dah sampai sana..so aku dgn tuan rumah bergegas ke kaunter tiket. sampai di kaunter, adik kaunter yang agak hensem tu kata yang movie tu tiket dia dah sold out...cuma tinggal barisan yang telah dibooking aje dan tiket yang dibooking ini, akan dibuka kepada jualan kalau tidak dituntut pada jam 12.20 pagi nantinya. malangnya kena ikut jam pada skrin komputer diorang..so masa tu lebih kurang kena tunggu lagi 12 minit..so kami dua decide nak tunggu jugak sampai tiket booking dibuka. jadi kami lepak jer kat tepi kaunter sambil berdoa supaya orang yang booking tu x jadi nak datang so membolehkan kami membeli 5 keping tiket.. hehe.. gigih..12 minit tu rasa lama macam setengah jam tau..hahaha... nak pulak tengok orang semakin ramai nak membeli tiket.. dah cuak jugak tapi dari pendengaran kami, ramai yang datang tu nak tengok citer kl gangster.. so rasa macam ada harapan la.. cukup jer 12 minit menunggu, kami terus ke kaunter adik hensem tu tadi..tergelak dia tengok kami yang beria2 dari tadi nak tengok juga citer ni.. alhamdulillah..tiket ada lagi... :) bukan apa, inilah first time kami berjumpa setelah bertahun2 x berjumpa..jadi inilah satu cara nak habiskan masa bersama-sama...lepas ini, x tahu lagi bilalah lagi nak berkesempatan untuk berjumpa. maklumlah..masing2 sudah bekerja dan berkeluarga dan juga tinggal berjauhan kan.. sesekali ada masa begini, rasa teruja juga..hehe..

so untuk movie ni, pada aku sangat mendebarkan juga sebab aku sebenarnya x tahu langsung pasal movie ni..means aku x baca review atau sinopsis dia sebelum tengok citer ni. so hanya berpandu kepada cerita tuan rumah yang movie ni berkisar kepada alien. dan memang betul pun, movie ni berkisar kepada alien yang membalas dendam sebab manusia menzalimi dia...banyak part yang memaksa aku menutup mata dan mulut serta memegang tuan rumah yang berada di sebelah..hahaha..dia pun berdebar juga..haha..camtulah perempuan ek..overall cerita ini menarik..korang boleh baca sinopsisnya di SINI..dan aku bagi 3.5 bintang untuk movie nih.. :)

13 June 2011

ke Kuala Lumpur


weekend yang baru lepas ni, aku pegi kl. member lama kawin di wangsa maju. so setelah berminggu membuat plan bersama member aku sorang lagi yang juga bekerja di penang, maka bertolaklah kami ke kl pada hari jumaat yang lalu. bertolak di awal pagi memandang hanya kawan aku ni jer yang akan drive sehingga ke kl since aku x drive walaupun aku ada lesen..hehe..inilah akibatnya bila banyak bawak motor lagi dari drive. sudahnya walaupun lesen dah 3 tahun, bawak keter sebelah tangan pun x sampai kot..haha.. (dan jadi bahan mr. hubby berleter..huhu). so aku jadi tukang baca map ajelah dari ipad kawan aku tu..and alhamdulillah..perjalanan yang pada mulanya dirasakan mungkin agak sukar sebenarnya agak mudah juga..selamat sampai ke destinasi. Memula jumpa sorang lagi member di The Mall, since dia pun keluar rehat, kami makan2 dulu di The Mall..lepas makan, barulah member kami tu sampai dan terus bergerak ke rumah dia di petaling jaya. Lepak sekejap di rumah beliau sambil makan cup cakes yang sedap..pastu kami bergerak ke sunway piramid untuk jumpa sorang lagi member kami yang bekerja di situ. sementara tunggu dia habis kerja, kami pegi main bowling dulu seround. lepas main, ngam2 jer member kami tu habis kerja...so terus pergi jumpa dia...dan dia belanja kami makan di Fullhouse...jom tengok gambar2 di sekitar sunway piramid..




iced lemon tea



the menu

2 orang pilih spaghetti ni..sedap :)

aku pilih ni..dory fish with apantah..hehe.. cantik dan sedap

sorang lagi member pilih nih..ayam apantah..sedap juga..

dessert of the day..

dessert ni ada 3 jenis dan sedap sangat, portion kecik jer tapi 5 orang share makan x boleh nak habis jugak..

lepas makan, kami bertolak ke putrajaya dengan menggunakan map juga. rumah kawan kami tempat nak menumpang tidur ni berdekatan dengan alamanda..senang la nak cari..sampai2, makan lagi..dia dah siap masak..pastu timbul idea nak pegi tengok midnite di alamanda.. tengok cerita apa? tu nanti aku cerita dalam next entry yer..pukul 3 pagi baru habis tengok wayang..haha..dan esoknya, berkonvoi ke rumah kenduri.. selamat sampai dan dapat jumpa kawan2 lama (satu course di poli dulu)...lepas makan dan ambil gambar beramai2, kami pun pulang ke pangkal jalan..haha..tapi aku turun di ipoh sebab nak singgah di rumah ibunda dulu...ahad baru aku balik ke penang semula..overall, perjalanan yang sangat menarik dan sangat seronok bila dapat jumpa kawan2 ni semua setelah bertahun2 x berjumpa...sayang korang.. :) Thanks to mie, naja & zikri, tinie, laxmi..and selamat pengantin baru to my friend Darlina..

08 June 2011

a touching story by Jo Kwon 2AM


This is a very touching and inspired story by Jo Kwon from korean group 2AM. To Jo Kwon: I wish you all the best and proud of you too...good luck! :)

penipuan melalui internet: laila & suraya

baru-baru ni kan ada kisah penipuan internet dalam tv kan? yang lelaki negro menyamar jadi 'laila mohd faisal' tu... aku pun ada dapat email dari 'laila' ni. dia hantar email macam ni:

"Apa kabar,my name is laila mohd faisal,i am presently in Uk, My father is from (sabah) Malaysia and my mum from UK,i will be coming to Malaysia for my Vacation soon.i want us to be close before i come to Malaysia so that you can show me around Malaysia when i visit.please feel free to write me ,so we can get to know our self more. hope to hear from you,, my email is lailamohdfaisal@yahoo.com"

email ni dihantar dalam email rasmi aku dan lepas surf internet, aku jumpa banyak kes yang melibatkan nama yang sama bukan sahaja di malaysia tapi di indonesia dan Filipina juga. so aku tak layan pun email ni. lepas tu, aku dapat lagi email yang lebih kurang sama tapi dari nama yang lain pulak macam ni:

"Hello, how are you? Well it might seem strange contacting you, but i want to meet a malaysian, Someone with my ancestors blood, i want to know my root better,so can i be your friend and can you be of any help to me? Here is my Personal email id: sura.annakamal@gmail.com Hope to hear from you soon..Best Regards Suraya A.Kamal"

again, aku surf di internet tapi tak jumpa lagi kes yang melibatkan nama ni. so aku decide to play along. nak tengok macam mana respon dia. lepas aku balas email dia ni thru email add yang dia bagi, 2 hari kemudian dia balas macam ni pulak:

"I am so happy to hear from you. Are you a Malaysian if yes, how is Malaysia?may i know your name i would love to know you better. My name is Suraya Anna Kamal, I am mixed Malaysian and British, my father is a Malaysian and my mother is British. My Dad died when i was 10 years old, so its just i and my mum now hehehe. I was born in London but studied in the United States,i live alone with my cat (Mimi) i have lived all my life here in the UK. I have been wanting to visit Malaysia, but i have never really had a good reason to do that. I have never been to Malaysia,i feel so happy that i can communicate withsomeone from my father's land and i now have hope that i will visit soon, haaaaa!!!,i am so excited. Well i am 29 years old single lady....I livein London, I work with the Toyota company as a computer analyst. My parentshave everything they want in life, they are shareholders in many bigcompanies here in the UK, so my mum still try to do everything for me whichi really don't like anymore, she's making me feel like a baby for too long, iam 29 years old!! for crying out loud, My late Dad bought so many bank shares forme that pays me now so much well. I would really love to meet a nice Malaysian personsome day,so we can get to know each other much better and for you to tell memore about my beautiful Malaysian people and our culture since my dad never did before he died. I feel so lost not knowing about my culture. Please i will be most delighted to hear from you soon. I got your email id through an email finder when i was doing a research about Malaysia I hope you don't mind"

panjang berjela2 dia balas kan? lepas tu, dia hantar email lagi:

"Thanks for replying back. How are you doing today? I actually live in Central London UK. Please Can you tell me a little about Malaysia and too bad i cannot speak Malay but, am willing to learn and i hope you will teach me. My mum is currently based in Dublin Ireland. Am working and living here alone in the London,UK. and i'm the only child of my parent. Actually my late father was from Sarawak (Kuching) Malaysia, but since i wasborn i have never been there, which is why i have decided to come over andsee how Malaysia looks like because i learnt is very peaceful.Would you be chanced to show me around? I would love to come there next month,because its my one month leave from work tostay for 2 to 3 weeks, i hope i will not be inconveniencing you. I attached my pictures to this mail hope you like it please you can send me your pictures too if you don't mind. I will be waiting to hear from you soon"

dan kali ni disertai dengan 6 keping gambar dia dan berterusan la email dari suraya ni sehingga sampai satu tahap, dia kata nak hantar hadiah pada aku sebagai tanda persahabatan. nak tau apa yang dia nak hantar? ini email terakhir dia:

"I hope you are fine. So sorry for the long silence i still outstation. I'm actually at the seapot i have not had access to communication I know you must have tried contacting me on my cellphone. Anyways my dear am so happy i met you, you are a dream come true for me, i have always desire to come to Malaysia for a better reason, i think now is the right time. Honey have you tracked the parcel? Its a token of my appreciation to you sweetheart hehehe, you know how much i appreciate you and i want you to do the same. I wanted the parcel to reach you first before i tell you the content on the brown envelop, but am so anxious i cannot wait any longer,hehehe, i wanted to tell you myself on the phone but the network was messed up, hummmmmm. Do you know what i put inside the brown envelop? i put the sum of 120,000 thousand pounds and along with a model HP laptop, a gold wristwatch, IPhone, flowers, My recent pictures and some beautiful t-shirts and Polo sleeves hehehehehe. Darling i want you to take 40,000 pounds from the 120,000 pounds and pay a deposit for the house i intend to buy then keep the balance 80,000 pounds for me that is part of the money am going to use to start the investment when i come to Malaysia....then from my 80,000 pounds you have to take some money inside and book a hotel for me a place were i will stay when i come over i hope you understand me because i really don't want to inconvenience you or anybody, please as soon as you receive the parcel just give me a call and let me know so that we make more plans because i really want to enjoy myself with you when i come to Malaysia..... i will be coming to Malaysia soon, i am waiting for my boss to completely approve my leave. Please note i am currently outstation for a seminar and will be back to London shortly and also i used a special diplomatic service because it is more safe and convenient. Do have a nice day. Love you hummkisssssss..."

kelasss kan? memang terbaik la ada kawan macam nih! bukan setakat bagi laptop dan iphone, siap nak pos duit lagi sampai 120 ribu pound..wahh..lepas tukar ke ringgit malaysia.. fuhhh! kaya aku..haha..adoii..agak-agak la kan kalau kot yer pun nak menipu. jangan terlampau2 sangat camnih..sangat over tau! lepas dapat email ni, aku dah xde hati nak balas email dari dia lagi dah so dia pun dah x hantar email pada aku. mungkin dia dah tersedar yang aku sebenarnya tau dia menipu. aku rasa ni adik-beradik si laila tu la agaknya sebab dari email2 laila yang dia hantar pada orang lain, ayat dia lebih kurang macam ni jugaklah cuma si suraya ni terlebih rajin hantar email panjang2 berjela. mungkin nak yakinkan aku yang dia ni mesra orangnya...haha..tapi nak menipu orang sampai dah jadi x logik pulak kan? apa pun, benda macam ni, jadi pengalaman dan pengajaran pada aku dan aku harap dapat jadi pengajaran pada orang lain sama. Alhamdulillah la xde menyebabkan aku habiskan duit ke apa ke sebab dari awal memang aku syak yang suraya ni orang yg lebih kurang sama jer dengan laila tu...so korang beringatlah kalau dapat email yang macam nih yer terutamanya kalau email tu dari Laila Mohd Faisal & Suraya A. Kamal :) ...

06 June 2011

Holiday - Hatyai, Thailand 4

lepas pusing pening di pasar terapung, semua pun dah penat dan dah beli macam2 dah so kami pun gerak ke bandar Hatyai dan check in di Diamond Plaza Hotel seperti gambar di atas ni. bilik hotel adalah best dan selesa serta mempunyai tv yang ada berpuluh-puluh channel untuk dipilih dari yang bahasa thai, inggeris, korea and even malay. jadi of course la aku ngan akak roomate pilih channel korea & inggeris sebab channel malay cuma ada TV1, manakala channel thai x dapat difahami sebab xde subtitles...hehe..

gambar seterusnya ini diambil pada hari kedua di mana merupakan acara bebas. so sukahatilah nak pegi mana pun. aku dah 3 orang lagi kawan decide memulakan pagi dengan berjalan di kedai2 berdekatan dengan hotel dulu. masa keluar tu baru pukul 10.30 pagi waktu malaysia maka di thailand baru pukul 9.30 pagi tapi banyak kedai dah pun buka. kami cuci mata dengan masuk kedai handbag. baru jer aku amik satu gambar kat salah satu kedai handbag tu dah kena sound dengan sorang 'akak' yakni seorang 'abang' yang telah menjadi 'akak'.. dia kata "hey, cannot take picture!"...hah? aku pun macam dah terpinga2..so tanya dia balik "why?"..dia kata "you can only buy, not take picture".. so aku pun jawab "oh, sorry. i don't know that!". 3 orang lagi member aku yang juga terpinga2 pun dah xde mood nak tengok beg kat situ. so kami pun gerak ke tempat lain dengan masing2 masih hairan dan tertanya2 apa rasionalnya x boleh ambik gambar kan? bukan laku pun nak jual gambar handbag tapi xperlah..banyak lagi tempat boleh ambil gambar. so kami gerak ke tempat yang dikatakan popular kalau ke hatyai untuk shopping iaitu 'pasar' dengan menaiki tut tut. kosnya 20 baht iaitu rm2 setiap seorang. panas la naik tut tut.. :P




'pasar' ni lebih kurang macam pasar pagi la kalau kat malaysia. banyak jual baju2, kasut, handbag dan sebagainya. pastu ada kedai2 yang bersambung2 macam bazar. sangat luas bazar ni..aku rasa ada beratus2 kedai dalam bazar tu tapi tak tahan lama2 berada dalam bazar nih sebab sangat panas. so kami pun shopping secara pantas dan beli ala2 jer. harga barang agak mahal juga tapi kalau pandai tawar menawar dan kena pula tokeh kedai yang nak melayan tawar menawar ni, dapatlah harga yang 'masuk akal' sket. ada jugak tokeh kedai yang berlagak giler..so biarkan dia berlagak di situ..ada berlambak lagi kedai lain..lagipun most tempat, juai barangan yang sama jer.. cuma letak harga jer lain2..





lepas beli ala kadar di 'pasar' kami menyusuri jalan balik ke hotel. sebab kawan2 lain yang kami jumpa di 'pasar' kata sebenarnya x jauh pun 'pasar' tu dengan hotel kami. so buat apa nak bazirkan duit naik tut tut kan..jalan jer la di kaki lima kedai sambil masing2 mengagak kedudukan hotel. kira gamble jer nih dan disebabkan kami jalan berempat, semua pun relax jer jalan walaupun takde idea langsung kat mana sebenarnya kedudukan hotel kami tu. ikut suka hati jer jalan. dan alhamdulillah setelah hampir 30 minit berjalan dan singgah cuci mata kat kedai2 di sepanjang jalan tu, kami sampai juga di hotel kami dan terus ke Hameed Restorant yang tak jauh dari hotel untuk makan tengahari.

inilah lunch aku di Hameed Restorant, nasi goreng belacan (70 baht) dan milo ais (35 baht). nasi goreng tu memang sedap! dah makan balik hotel...pengsan tido sebab letih berjalan..haha..petang lepas asar, 4 sekawan ni keluar pulak. kali ni ke shopping complex yang berdekatan dengan hotel. saja nak tengok supermarket kat thailand ni macam mana..mundar mandir jer tanpa arah tujuan..haha..kat luar supermarket ni, tertarik tengok budak2 pancaragam ni main pancaragam atas lori..tu atas lori tuh bukan atas pentas pun tau...x tau diorang ni main sempena sambutan apa sebab tak faham tulisan siam di badan lori tuh kaedahnya..haha..pastu terpandang deretan gerai penjaja makanan halal di tepi supermarket nih so terbeli pulut mangga seperti gambar di bawah dengan harga 50 baht. bungkus untuk makan di hotel. memang marveles!...





lepas beli pulut mangga terpandang pulak ada gerai kecil yang menjual teh tarik dan nasi lemak di tepi supermarket ni juga...apa lagi..tetiba jer rasa rindu sangat2 kat Malaysia..hahaha..kalau dah kata malaysian tu kan..nampak jer teh tarik dengan nasi lemak tu dah rasa lain macam punya rindu padahal baru jer 2 hari kat thailand! hehe.. so kami singgah minum teh tarik dulu.. :)



teh tarik ni sedap betul. cuma pelik sikit sebab walaupun teh ni panas, dia letak straw...heheh.. pelik jugak minum teh tarik dengan straw tapi hentam ajelah.. :) lepas dah minum balik ke hotel semula dan malam hanya lepak di bilik hotel jer. esoknya iaitu hari terakhir, kami check out pukul 11.30 pagi waktu Malaysia dan terus gerak ke Danok...lepas melalui imigresen thailand dan cop passport, kami diberi masa lebih kurang 2 jam untuk makan tengahari dan last minit shopping sebelum bergerak balik ke malaysia. aku x beli apa2 pun di danok. cuma makan tengahari dan settlekan baki duit baht yang ada dan terus naik bas semula. x ada gambar di danok memandangkan aku xde mood nak ambil gambar di situ. tempatnya crowded, panas dan agak berserabut. tepat 3.00 petang kami bergerak keluar dari danok untuk melalui proses imigresen malaysia pula. beratur panjang dengan membawa beg masing2. selepas sejam, semua pun settle tanpa sebarang masalah, kami bergerak masuk malaysia pula. aku selamat sampai ke rumah pada jam 6.30 petang. Overall pada aku, ianya merupakan satu percutian bajet yang menarik and could be better if kita pergi dengan family dengan disertai bajet yang banyak..hahah..so tamatlah sudah entry hatyai kita ni yer.. :) fuhh... (tarik napas lega)...

02 June 2011

Holiday - Hatyai, Thailand 3

Lepas jer pegi Ice Dome...next stop sebelum meneruskan perjalanan ke bandar Hatyai untuk check in hotel is Pasar Terapung di Songkla..yey! tempat yang paling ditunggu2 sebab semua pun dah bayangkan keunikan pasar tu dan dah lapar jugak rasanya..haha...jom tengok gambar2 menarik di pasar terapung nih. ini entry yang paling banyak gambar tau..

ini suasana di pasar terapung. ada banyak jenis makanan yang dijual di sini. harga makanan adalah di antara 150 - 250 baht..so lebih kurang antara RM1.50 - RM2.50 la harganya. memula sampai sini, aku ambil gambar jer dari hujung sini, ke hujung sana. terkagum di situ...hehe... pastu plus dengan blur tak tau nak beli makanan apa lagi so aku pusing-pusing jer kat situ pergi balik...haha..ends up..last2 aku beli nasi ayam dan air kelapa...itu jer yang makanan yang aku kenal dan confident nak makan..hahaha..oh yer..peniaga2 dalam sampan ni boleh dikatakan kebanyakannya orang islam, perempuan dan memakai tudung.. :)

i don't have any idea apa nama makanan dalam gambar nih.. :P
ini telur burung puyuh goreng

pasu2 kecik ni untuk isi air yang dijual tau..boleh pilih nak boh dalam buluh atau dalam pasu kecik tu..pastu boleh bawak balik la air yang dibeli tu sekali ngan pasu tu :)

aneka fishcakes & fishballs


diorang jual macam ni kat tebing sungai. harga makanan yang dijual dipaparkan di papan tanda di bahagian belakang

ini jelly.. ataupun agar2 yang dibuat bentuk macam buah-buahan dan sayur-sayuran.. cantik, comel dan berwarna warni..rasanya aku tak taulah..hehe..

close up jelly yang dijual di gerai2 bahagian atas pasar terapung

ini pula aneka sushi...sangat comel :)

aneka kuih muih

kasut-kasut comel

suasana di gerai2 bahagian atas pasar terapung


ok..kita sambung lagi nanti yer :)

01 June 2011

holiday - Hatyai, Thailand 2

ok..jom sambung cerita hatyai...so lepas tengok tempat2 jualan barang2 tu, kami gerak ke Pantai Duyung pulak. masa tu dah pukul 4 petang dan kami pun belum lunch lagi. so pemandu pelancong cadangkan kami makan kat pantai duyung jer since kat situ ada banyak restoran makanan halal. so makanlah kami kat salah satu restoran kat situ. group aku, satu meja 4 orang ni dah sepakat nak makan sekali. so orderlah tomyam campur, udang goreng pedas, telur dadar & kailan ikan masin bersama nasi putih. air pulak air kosong jer sebab itu memang disediakan oleh pihak restoran. nak order air lain pun boleh, tapi memandangkan kami ni masing2 bajet, so air kosong jer pun dah cukup..hahaha.. our expectation for tomyam campur tu memang tinggilah since ini kan negara kelahiran tomyam kan.. ingatkan sangat bombastik la.. tapi... yang aku dan kawan2 aku rasa la..semua menu makanan tu ada 2 rasa jer.. masin & masam plus mahal :( dan kalau nak rasa cam pedas sket, sila gigit cabai melaka yang ada dalam tomyam...huhu.. sorry la nak cakap..tak sedap... untuk 4 orang makan = 680 baht bersamaan lebih kurang RM68.00...mana taknya, kami order semua lauk tu untuk satu portion jer maknanya untuk sorang makan tapi dia bagi semua lauk untuk 4 org makan. kalau sedap xperlah jugak..huhuhu..xperlah..pengalaman tuh lebih berharga ye tak? at least dah tahu dah camana makanan kat situ.. bukan kat restoran yang aku makan jer rasa camtu..restoran yang sebelah menyebelah pun dapat komen yang serupa jugak dari kawan2 aku yang lain since kami makan di lain2 restoran walaupun di kawasan yang sama. lepas makan, jalan2 la pulak di sekitar pantai duyung tu.. scenery cantik tapi pada aku yang memang hari2 tengok laut ni, aku rasa biasa2 jer la...bawah ni gambar di sekitar pantai duyung..






oh yer..lupa nak cerita. di pantai duyung tu popular dengan replika atau patung duyung yang diperbuat dari tembaga kot kalau x silap aku dan dipercayai (oleh orang kat situ) bahawa sesiapa yang belum mendapat jodoh, bolehlah pergi kat patung duyung tu sambil pegang2 dia dan mintak jodoh kat dia. orang kat situ la percaya. aku tak pergi pun dekat patung tu sebab cuaca masa tu sangat panas, lagipun aku nak mintak jodoh apa nyer? hehe.. so malaslah aku nak pegi jalan tepi pantai tempat patung tuh...baik lepak bawah pokok..hehe..lepas tu kami gerak ke Ice Dome pulak..nak masuk kubah ais yang suhunya lebih kurang -15 darjah celsius. tiket berharga 300 baht so lebih kurang RM30 la.. ni gambar2 dalam Ice Dome..



kaunter tiket

tiket masuk


tengah ready nak masuk

suasana di dalam ice dome

Boleh dikatakan yang di dalam Ice Dome tu kita boleh tengok binaan dari ais yang cantik2 dan kemudiannya diserikan dengan lampu2. nak jalan kena hati2 since lantai dia pun ais juga so kena jalan di kawasan yang terdapat karpet merah sahaja. tak boleh jalan di kawasan yang tidak ada karpet sebab sangat licin. aku rasa aku berlegar2 dalam tu lebih kurang 15 minit jer kot sebab sangat sejuk. mujurlah aku pakai seluar jeans dan kasut sport dan berstokin. kira boleh tahan lagilah. yang pakai slack nipis dan bersandal jer tu, aku rasa belum 10 minit dah cabut keluar dah..hahah.. so kita sambung lagi ek.. :)