Be My Friend :)

28 April 2011

movie review: Hanamizuki


Lepas jer habis satu paper (exam) hari rabu yang lepas, aku terfikir2 nak tengok citer apa la pulak kat internet nih sebab rasa cam next paper (last) lambat lagi (jumaat depan)..hehe..ends up, aku tengok citer ni: Hanamizuki.. japanese movie yang telah ditayangkan di Jepun pada bulan Ogos 2010 yang lalu. sebab apa tengok movie dan tak tengok drama bersiri macam yang selalu aku tengok? sebab drama bersiri lambat nak habis.. kang aku lambat pulak nak sambung study..heheh.. so untuk movie ni tarikan utamanya mestilah Toma Ikuta yang jadi hero dalam citer nih sebab aku memang minat ngan Toma Ikuta (sebab dia hensem) :) dan juga sebab heroin dia lawa.. Aragaki Yui..

citernya mengenai kisah cinta antara Sae (Aragaki Yui) dan Kouhei (Toma Ikuta). Diorang ni kenal masa masih di sekolah menengah.. pastu si Sae ni sambung belajar di Tokyo dan si Kouhei ni pulak jadi nelayan macam bapa dia... so diorang ni bercinta jarak jauhlah. Setelah beberapa tahun bercinta jarak jauh ni, last2 lepas bapa si Kouhei ni meninggal, si Kouhei ni putuskan hubungan diorang (clash) sebab dia rasa dia ni macam x sesuai dengan Sae sebab Sae ni belajar pun pandai..dan duduk jauh dari dia (Hokaido). so sama2 la frust. A few years later, Sae ni pun dah dapat kerja dan tinggal di New York (kelasss gitu), dan Kouhei ni pun dah kawin, diorang jumpa balik masa kat majlis perkahwinan kawan diorang. kiranya macam cinta nak berputik kembali tapi x mungkin la sebab si Kouhei ni kan dah kawin kan..so masing2 pun pendam jer la..

so lepas tu Sae ni balik ke New York dan kawan seuniversiti dia yang juga kerja di tempat yang sama propose dia..janji nak kawin la lepas lelaki tu settlekan kerja dia kat iraq..sebab lelaki tu photographer (hensem gak dia nih)...yang Kouhei di Jepun pulak dah bergaduh dengan isteri dia sebab isteri dia jeles kat Sae..so membawa kepada penceraian dan Kouhei ni merantau jadi nelayan ke merata dunia..dan beberapa tahun berlalu..rupanya Sae ni x jadi kawin pun dengan kawan seuniversiti dia tu sebab lelaki tu meninggal dunia masa tengah buat tugasan dia di Iraq.. so dia pun bawa diri ke Canada untuk tengok rumah api di situ..rumah api ni macam mercu tanda cerita inilah sebab Sae ni dilahirkan di Canada...tempat yang ada rumah api itulah. kat situ ada la peristiwa yang mana dia hampir2 nak terjumpa Kouhei ni, x dapat jumpa...pastu berlalu lagi 2,3 tahun bila Sae ni ambil keputusan nak balik ke Jepun... so balik sana, dia buka kelas tuisyen kat budak2 kat situ ajar bahasa inggeris.. dan tanpa disangka, si Kouhei ni pun balik ke Jepun gak..(diorang ni dok satu kampung).. and lastly, diorang jumpa dan cinta pun berputik kembali... gitulah alkisahnya...

apa yang menariknya Hanamizuki ni ialah pertama sekali tentunya sebab barisan pelakonnya yang hensem2 dan cantik2, lepas tu jalan cerita yang digarap dengan baik..and lastly sebab scene2 yang dipaparkan berlatar belakangkan permandangan yang sangat cantik sama ada di Jepun, New York atau di Canada..semuanya cantik2 belaka...so korang bolehlah tengok citer ni secara online di www.viki.com yer. Happy weekend korang! :)

23 April 2011

exam



i had to prepare for my coming final exam so there will be no updates for a moment..but thanks for stopping by...and don't forget to click at the ads on your right so you will give me 25 cent for each click and help me reach my dreams..hehe..thanks.. :)
picture credit to yahoo.search

21 April 2011

stuck



actually today i had to meet my supervisor aka my lecturer to submit my thesis. but he will only had a free time to meet me at 3.00 pm today. so here i am at the KL Sentral been stuck here until noon because i had no place to go in mind. luckily i bring along my mini lappy and novel to kill the time or the time will kill me instead...omg...but been here at KL Sentral, i think it's not that bad too.. so i think i will be okay..i can just surfing thru the internet until my lappy out of battery and then continue reading my novel....so have a nice day guys!..

picture credit to yahoo.search (i love robert pattinson) :P

20 April 2011

motorsikal


motor + basikal = motorsikal

setiap hari dalam perjalanan pergi balik kerja naik motorsikal ni, aku selalu berdoa minta dijauhkan sebarang kemalangan atau kecelakaan dan dihindarkan dari sebarang malapetaka atau bala bencana.. sebab yerlah..hari2 melalui jalan yang sama.dari satu highway ke highway yang lain...dah motor pun kecik..skuter jer pun..sepanjang perjalanan tu baca macam2.. lebih kurang sejam la atas motor sementara nak sampai pejabat..pastu sejam pulak nak sampai ke rumah. selalu jugaklah aku cakap ngan motor tu.. pujuk dia.. 'sayang, jangan buat hal tau..kita nak pergi kerja nih'..gitu..tapi xdelah sapa perasan pun masa aku cakap ngan motor..hehehe..kang x pasal2 orang kata aku sewel.. :P..

bukan apa, sebenarnya sejak dua menjak ni motor tu macam buat hal pulak.. tetiba jer xleh nak start...mulalah nak marah kan? terutamanya masa pepagi nak pergi kerja tu..tetiba xleh nak start pakai starter..kena la aku start manual.. macam minggu lepas, dahlah pagi tu hujan lebat.. sampai kat jeti pun lambatlah sebab berhenti dulu pakai baju hujan, pastu sampai di jeti, kat bahagian motor tu, beratur punyalah panjang...mak aihh...dah tau dah.. ni mesti feri ke 4 baru boleh masuk nih..tapi redho ajelah... masa tu motor x buat hal lagi.. tapi lepas aku matikan enjin motor sebab feri belum sampai2 lagi, and then bila feri dah sampai dan nak bergerak ke depan, motor dah xleh start pulak.. alamak! haru nih..camana? orang dahlah berebut2 nak masuk feri nih.. aku pulak x boleh nak start motor..kenalah aku tolak ngan kaki jer pelan2...nak turun tolak motor x boleh pulak sebab crowded sangat so xde space untuk turun dari motor.. masa tu sampai terlepas 3 feri la sebab kelambatan aku tuh.. last2 sekali, dah clear sket, aku turun dari motor, tongkat 2, terus start manual. 3-4 kali percubaan, akhirnya berjaya gak enjin hidup.. sebab motor skuter ni, kena tongkat 2 baru boleh start manual tu.. adooii.. dahlah pakai baju kurung.. malunya...masa start motor tu aku x tengok orang dah...selamba jer muka macam xde benda.. tapi dalam hati nih..fuhhh...tuhan ajelah yang tahu...selamatlah sampai masuk feri. nak sampai seberang sana, lagi sekali kena start manual..balik tu pun sama.. adoii..

esoknya terus pegi bengkel motor..tukar bateri.. kata kedai tu, maybe sebab bateri weak..so xperlah tukar..lepas tu prestasi oklah..elok selang 2 hari, jadi pulakkkk...x boleh nak start pulak.. kali ni, aku x tunggu lama dah, x boleh start jer terus start manual..sambil start sambil manten muka selamba..cool..hehehe... kesimpulannya kena pegi bengkel lagilah bila dapat gaji nanti.. tengok apa lagi nak kena tukar.. pasrah..

pagi tadi pulak on day way nak pergi kerja, nampak kemalangan pulak berhampiran dengan tol sungai dua.. alamak.. dari jauh lagi aku dah berdebar2.. sebab aku takut sebenarnya tengok kemalangan..rupanya lori terbabas ke bahu jalan sampai semua tayar dia ke atas..driver dia aku x nampak pulak..x tau camana.. harapnya ok la dia. sepanjang lebih 6 tahun bawak motor ni, ada la 4-5 kali aku terpaksa melalui jalan yang ada kemalangan ni.. dan yang paling aku xleh lupa is kemalangan yang melibatkan budak sekolah yang kena langgar masa melintas jalan kat betul2 depan mc donald seberang jaya..kesian sangat..sudahnya dari tempat kemalangan sampai ke pejabat aku menangis atas motor.. :(

ehh.. dah terbabas pulak citer aku nih..sebenarnya nak citer pasal motor aku yang buat perangai jer.. heheh.. :) jumpa lagi..

picture credit to yahoo.search

16 April 2011

movie review: justin bieber - never say never


baru jer lepas tengok citer ni tadi di panggung. overall memang terbaiklah! ia menceritakan perjalanan seni justin bieber dari dia kecik sampailah sekarang and diselangselikan dengan cerita dari orang2 yang rapat dengan dia seperti mak, atuk, nenek, kawan2 baik, pengurus dia, guru vocal, peminat2 dia and ramai lagilah. dan bagaikan menyaksikan konsert dia secara live jugak sebab kesan 3D.. first time sebenarnya aku tengok wayang 3D ni.. sangat menarik kesan 3D ni rupanya sebab kita boleh nampak cerita tu live. contohnya masa kertas melayang2 masa dalam konsert dia, kita leh nampak macam kertas2 tu juga melayang ke arah kita. and the most important is kagum sebenarnya aku bila tengok justin bieber menyanyi dengan baik dalam konsert dia. dia memang bestlah.. walaupun aku ni bukan die hard fan dia..tapi bila tengok citer dia ni, aku rasa yang he really deserve apa yang dia ada sekarang...very inspired story by justin bieber.. so my rating: 4.5 star out of 5 for this amazing story.. awak memang terbaik la justin bieber (ewahh..)..

14 April 2011

calling romeo by alexandra potter



i'm reading this novel currently despite of my hectic schedule..hehe..because reading is always been my passion so i always have times to read and i like alexantra potter's novels as well. it's about Juliet and her love life. It is a romantic comedy about passion, truth and how the path to true love never did run smooth for Juliet. Here the summary:

what is the worst thing that could happen to you on Valentine's day? Getting stood up by your long-term boyfriend? having to spend the evening alone? being drenched by an idiot driving a sportscar? when all three happen to Juliet on the same night, she reckons her love life can't get any worse but it's actually about to get a whole lot more complicated because the driver of the sportscar is revealed to be her arch business rival. She knows she should stay away. Except it's not that easy. Handsome, sexy, and utterly glamorous, Sykes is determined to sweep her off her feet and away from her boyfriend Will. But is it worth risking everything for? are they really destined to be star-crossed lovers? or is Romeo actually a little closer to home? so lets find out.. :)

11 April 2011

I can't let you go even if I die (eng sub + romaji) - 2AM



mv for 'i can't let you go even if i die' from 2AM with english subtitles and romaji lyrics in the mv...just hope they'll comeback soon with a new great song!

kucing 2

dulu2 aku ada cerita pasal kucing kat umah aku kan?..so sekarang ni setelah beberapa kucing telah diblacklistkan atas macam2 sebab terutamanya kalau kucing tu suka kencing motor aku, so tinggal 3 ekor jer kucing yang selalu lepak kat umah aku ni. ni kucing jiran2 la, tapi aku x tau jiran yang mana..hehe..nampak sgt x bermasyarakat kan? hehe :P.. 3 ekor kucing ni, kucing anak beranak..means, mak bapak kucing ngan anak dia... semua sama kaler.. jom tengok gambar diorang..




yang first ni namanya kelemboi..my hubby yang boh nama tuh..aku pun xtau kenapa dia boh nama gitu..heheh..oh yer.. walaupun ni bukan kucing yang kami bela, yakni kucing orang lain, tapi sebab diorang ni suka lepak kat umah kami dan kami memang bagi makan hari2 kat diorang ni, so kami suka ati jer boh nama kucing2 ni..hehe..saja la, lagipun senang nak panggil kan?.. kelemboi ni daddy la.. yang mummy kucingnya, x datang pulak 2 hari nih.. kenapa ntah.. yang mummy tu kami panggil dia 'cik su'.. sebab mula2 dia suka datang lepak kat umah kami tu, kami ingatkan dia bisu..hehehe...sebab langsung x dengar suara dia mengiau..nak makan pun diam jer...x berbunyi..so kami ingatkan dia bisulah.. sekali dah lama2 dalam 5-6 bulan camtu barulah dengar suara dia...baru tau yang dia x bisu sebenarnya..cuma dia pemalu kot..hahah..so nama dia kekallah 'cik su' gak sampai sekarang.. kaler sama gak ngan kelemboi tu..cuma ekor dia kembang sket cam kucing siam..




ha..yang ni anak kelemboi dan cik su.. kami panggil dia 'jiji'.. hahaha..suka ati jer kan?.. nama tu aku ngan anak aku yang bagi.. my hubby nak letak nama lain..tapi kami dua berkeras gak nak panggil dia jiji..hahah..nasiblah..jiji ni jantan.. warna sebijik macam kelemboi kan?.. tapi bezanya, ekor kelemboi pendek jer.. si jiji ni pulak ekor dia panjang...selalunya kalau kami balik kerja, diorang ni terkedek2 la datang berkejaran...terutamanya kalau nampak my hubby...kami pun takat bagi makan jer dan kucing2 ni pun hanya dibenarkan berada di luar rumah jer..x boleh masuk dalam rumah..taknak biasakan. selagi x buat perangai, ada la makanan...kalau buat perangai, memang harapan nak blacklist tu cerah la jawabnya macam yang dialami oleh kucing terdahulu, si itam dan si boboi..heheh..

09 April 2011

the best of 2AM (Korean Group)


2AM is one of my favourite korean group all the times. and below here is the best collection of their song that i love to listen. just click to the song title to listen or download the song (link)... :)
.......







........



picture credit to: www.lastfm.com

08 April 2011

best song



i just wanna share but i don't know if you like this song.. but i love it!.. hehe.. just click at the song title and you can just listen to the song or/and download it (link)... :)

Colbie Caillat: 1. i won't 2. i never told you 3. one fine wire Secondhand Serenade: 1. something more 2. maybe (acoustic) 3. you and i 4. only hope 5. distance 6. so long 7. world turns 8. hear me now Bruno Mars: 1. grenade (hooligans remix)

07 April 2011

review filem CUN!


seperti yang korang dah tau, last week aku tengok citer cun! ni di pawagam. aku jarang sebenarnya tengok wayang filem melayu ni. boleh dikira dengan jari. dahlah pulak tahun ni, aku memang jarang sangatlah berkesempatan nak tengok wayang pun...hehe. okay, berbalik pada citer cun!..pada keseluruhannya pada aku, citer ni menghiburkan..banyak scene yang boleh buat korang ketawa. terutamanya dengan watak faezah elai tu. selamba jer dia. nak pulak dia memang orang utara (penang), jadi nak bawak watak orang kedah tu memang dia nampak x kekoklah..kiranya salah satu lakonan terbaik dialah setakat ini. watak lain yang bagus is nadia nisha yang bawak watak adik kepada remy ishak yang x berapa cerdik akalnya. pandai dia bawak watak 'manis'. maya karin, aku rasa.. lakonan dia biasa jer seperti watak2 dia dalam filem2 yang lain...cuma nama luna latisya tu over sket..hehe..sorry.

Ning baizura pulak bawa watak sebagai penerbit program meletops (ala2 melodi)...kiranya dia bos kepada maya karinlah..sangat over dan gedik terlampau. sama macam watak dia dalam filem magika..aku rasa ning patut diberi watak yang lebih serius lepas ni sebab dia bukan x pandai berlakon..cuma watak tu yang menyebabkan dia nampak over..sorry ning..saya suka lagu awak! (tetiba)..hehehe..and yang paling over is si jehan miskin tu...menyampah betul tengok dia..hero citer ni, remy ishak..memang sangat sesuai jadi orang kampung..oklah lakonan dia..quite good..and lastly watak kartina aziz..dia jadi nenek kepada remy ishak dan faezah elai..satu jer yang aku x berkenan dengan watak kartina aziz nih..punyalah sepanjang masa dia asyik hisap curut.. buruk tau rupanya..hehe.. overall..citer ni taklah menghampakan walaupun ada kekurangannya here and there..biasalah..don't expect to much and just enjoy the movie! :)

05 April 2011

[Eng Sub] Park Jin Young (JYP) - Can't Forget You (If) Dream High OST


ini lagu ost dari drama DREAM HIGH yang ada hero pujaan hatiku Taecyeon (2PM)..hehe..kiranya, the latest korean drama yang aku tengok untuk tahun ini memandangkan jadual aku yang sangat2 pack buat masa ini...korang dah tengok citer nih? pada aku, drama ni memang best! tapi lagi best kalau suzy (miss A) pilih taecyeon (2pm) dan bukan pilih kim soo hyun.. :).. anyway..lagu ni sangat touching dan best untuk didengar.. kalau x faham xper..sebab kat dalam mv ni dah siap2 ada english subtitles.. enjoy guys.. :)

02 April 2011

birthday 2

so we went to pizza hut for dinner.. since it was birthday girl who choose the place, so there's no objection from me or my hubby. but my hubby did complaint this and that because he don't really like to eat pizza.. hehe.. but what to do? it was our daughter's special day, so we'd promise to let her to decide what she want to eat.. :)


my lovely daughter with her favourite mushroom soup


our choice of drink :)

after that, we went to watch this movie:

and i give 4 star for this movie because it was enjoyable... :) movie poster credit to: www.facebook.com/cunmovie

01 April 2011

birthday


today is my daughter's birthday.. :) she was 8 years old. me and my hubby planned to take her out tonight to have dinner and watching movie together.. :) i will update later about her birthday.. to my darling Nasrin Hazirah, happy birthday! i love you..


picture credit to: yahoo. search