Be My Friend :)

02 December 2011

Movie Review: The Twilight Saga: Breaking Dawn Part 1

Aku tengok citer ni last week. Salah satu dari filem "Mesti Tengok" untuk tahun ini sebab siri sebelumnya pun aku tengok. My expectation from this movie is high. Sebab aku dah baca novelnya. Tapi yer la..kalau versi novelnya sangat best, versi filemnya tak semestinya best juga. Yer la kan.. novel yang panjangnya beratus mukasurat dipendekkan menjadi sebuah cerita untuk tontonan yang durasinya kurang dari 2 jam, memanglah x memadai. Banyak betul scenenya tidak menceritakan dengan jelas jalan cerita. Maksud aku.. banyak scene yang sepatutnya ada, tak ada... gitu...walaupun ni part pertama dari novel yang sama yang mana sambungannya mungkin akan ditayangkan bulan Disember 2012, still banyak bahagian dari novelnya yang tidak dipaparkan. Jadi jalan ceritanya jadi sangat laju dan kelajuannya itu buat kita jadi tak puas. Contohnya, awal2 cerita dah tunjuk dah Edward dan Bella kawin. Pada awal cerita versi novel pula menceritakan bagaimana Bella nak sesuaikan diri sebagai tunang Edward dan bermula krisis dia dengan Jacob disebabkan keputusan dia nak kawin dengan Edward sehingga menyebabkan Jacob lari masuk hutan sehingga tidak ditemui.

Next masa Bella dapat tahu dia mengandung, dan bila dia sedar Edward macam tak suka bayi yang dikandungnya, dia mengadu pada Rosalie sebab dia rasa Rosalie jer yang faham macam mana perasannya. Babak tu ada, cuma macam x lengkap jer sebab cuma tunjuk scene masa Bella telefon Rosalie jer. Lepas tu terus tunjuk diorang dah sampai rumah dan perut Bella pun dah besar. Konflik antara Bella dengan Edward masa tu pun sikit sangat ditunjukkan and lastly masa Bella melahirkan anak pun x jelas. Kalau dalam versi novel, agak mengerikan jugaklah masa tu sebab anak tu keluar dari perut Bella dengan dia belah sendiri perut Bella dari dalam perut. Scene tu tak tunjuk. Cuma ada macam gambaran perjalanan urat saraf Bella jer. Lepas tu terus Bella macam dah mati, dan Rosalie tengah pangku baby tu kat luar bilik. Tak tunjuk pun macam mana sepatutnya sebelum tu, Alice Cullen tolak Rosalie keluar dari bilik tempat Bella nak bersalin tu sebab Rosalie tak tahan dengan bau darah dan tak ditunjukkan juga macam mana Edward sedaya upaya nak menyelamatkan Bella dengan memasukkan venom dia kat badan Bella. Cuma tunjuk tetiba mulut Edward penuh dengan kesan darah jer dan bersedih sebab dia ingat dia tak sempat nak selamatkan Bella. Scene tu ada, cuma macam tak lengkap. Ini pendapat aku yer..kalau korang baca novel dan tengok versi movie, mesti korang perasan macam tu juga. Anyway, overall ceritanya still okay dan aku bagi 3 bintang *** untuk movie ni....kalau versi novel, aku bagi 4.5 bintang!

gambar kredit to: www. wikipedia.org

2 comments:

Naja said...

aku jua bagi 3 bintang. tak pernah baca novel nya.

marstories said...

hehe naja.. kali ini kita sependapat.. :)