Be My Friend :)

02 December 2011

kdrama review: Can You Hear My Heart

Episode: 30 * Genre: Drama, Romance * Year: 2011 * Main Cast: Kim Jae Won as Cha Dong Joo, Hwang Jung Eum as Bong Woo Ri & Nam Goong Min as Jang Joon Ha *

Review: Drama ni best. Ia menceritakan tentang Cha Dong Joo, anak orang kaya yang bertemu dengan Bong Woo Ri semasa mereka kecil dan menjadi kawan. Bong Woo Ri ni anak yatim, cuma ada mak yang bisu dan pekak. Mak dia pun kemudiannya meninggal dunia sebab terlibat dalam kebakaran di kilang tempat dia bekerja sebagai operator pengeluaran. Bong Woo Ri ni pun tak lama berkawan dengan Cha Dong Joo sebab Cha Dong Joo ni pun tiba2 jer menghilang pada satu hari tu. Sebenarnya Cha Dong Joo ni pada masa itu terlibat dengan satu kemalangan di rumah dia. Dia jatuh dari tingkat 1 rumah dia bila dia ternampak bapa tiri dia bunuh datuk kesayangan dia disebabkan harta. Selepas itu dia koma dan hilang pendengaran dia. Untuk menyelamatkan dia, mak dia bawa dia berubat dan tinggal di luar negara. Kalau tak silap aku somewhere in America. Aku dah lupa...hehe..Selepas 16 tahun, diorang pun kembali ke korea dan secara tak sengaja Cha Dong Joo ni berjumpa semula dengan Bong Woo Ri. Ada banyaklah cerita terjadi selepas itu. Itu korang kena tengoklah.

Overall cerita ni menarik walaupun seksa juga nak menghabiskan 30 episode tu...hehe.. memang lebih panjang drama ni dari yang biasanya (selalunya 16 episode sahaja). Tapi walaupun panjang, memang tak boring tengok drama ni. Endingnya juga best! So untuk drama ni aku bagi 4 bintang **** :)

aku: tengah tengok drama The Musical & Flower Boy Ramyun Shop secara online..belum habis lagi dua2 drama ni kat korea..kena tunggu by episode tiap2 minggu.. dua2 best! :)
gambar kredit to: www.koreandrama.org

No comments: