Be My Friend :)

29 December 2011

2011 Wrap Up..

Sabtu lepas pegi beli barang2 sekolah anak aku di Jusco Seberang Perai. Semuanya dari baju, kasut dan beg mesti dibeli baru sebab koleksi tahun lepas dah tak boleh digunakan lagi. Macam baju dan kasut comfirm dah tak muat. Cuti2 sekolah ni dia makin membesar bagai johan...bertambah besar, bertambah tinggi. Beg sekolah yang lepas pulak memang sangat nazak tahap tak boleh nak diselamatkan lagi dah. Maklumlah...budak2 sekarang ni, beban buku sangat hebat. Beg sekolah tu kalau dapat bertahan selama setahun pun dah kira hebat sangat dah tu..hehe..alatulis pun perlu dibeli baru juga macam pensil2, pencil box, pencil colour, pemadam, sharpener...fuhh..makanya beratus jugalah bajet yang dikeluarkan untuk barang2 sekolah anak aku nan seorang itu..

Lepas dah habis bershopping barang2 sekolah, kami ronda2 di sekitar Jusco dan seterusnya mengambil kesempatan untuk masuk ke pameran Dinasour di Petrosains yang terletak di ground floor Jusco. Anak aku la nak pergi sangat sebab pertengahan tahun yang lalu dia pernah ke pameran yang sama di KL. Tiket untuk dewasa RM6, kanak2 pula RM2. Kecil jer ruangan pameran Petrosains di sini...yet exciting..sempat jugaklah anak aku masuk games kerusi berirama yang diadakan oleh pihak Petrosains di kawasan aktiviti di dalam ruang pameran tapi malangnya dia terkeluar dari permainan setelah beberapa pusingan. Mujur dapat juga hadiah saguhati berupa sebatang pen bercorak T-Rex..seronok dah pun dia dan keluar dari pameran itu dengan senyuman puas hati..hehe..

Usai melihat pameran, kami pun baliklah ke rumah. Ahad pula kami pergi kenduri kahwin saudara mara sebelah mr hubby dan Isnin, lepak2 aje di rumah. Penutup cuti sekolah kali ini semestinya balik ke kampung weekend ini sebab adik aku yang ke-3 akan melangsungkan pertunangannya pula...seterusnya kita akan melangkah ke tahun baru pula..maka bermulalah kitaran baru..dengan azam yang baru juga...tapi bila sebut pasal azam, azam yang lepas dah tercapai ke? secara personalnya, ada antara azam aku yang disenaraikan pada awal tahun yang lalu telah tercapai dengan jayanya..contohnya, nak menamatkan pengajian jarak jauh dan berkonvokesyen...alhamdulillah itu sudah tercapai.. dan azam nak makan angin pun, ada yang telah tercapai sebab sepanjang tahun ni, aku dah ke Hadyai dan ke Langkawi. Seterusnya ada juga antara azam aku tu yang perlu terus dibawa ke tahun hadapan pula...contohnya planning aku nak bercuti ke sebuah negara tu terpaksa ditunda atas pelbagai sebab yang tidak dapat dielakkan dan insyaAllah akan dapat juga dilaksanakan awal tahun hadapan...research, planning & preparation pun sudah...and now..i'm counting... :)

Banyak juga kenangan di tahun ini yang masih diingatan...berjumpa kawan2 lama di facebook misalnya...sampai ada juga terjumpa secret admirer zaman remaja yang aku tak ingat langsung pun. Dan kenangan diserang melalui sms oleh seorang isteri kawan lama yang tersalah sangka aku ada affair dengan suaminya hanya sebab dia terjumpa no hp aku dalam hp suaminya..haha..kelakar juga bila diingatkan sebab i've been knowing suami dia@ kawan aku tu for 16 years already dan aku pernah & masih lagi menghormatinya sebagai seorang abang sahaja...x lebih, x kurang...moga x jadi lagilah benda2 ni lagi di masa2 yang akan datang...amin... lagipun yang dah ada tu pun dah cukup hensem..hehe...

Last but not least, Happy New Year kepada korang semua yer..moga tercapailah segala impian dan harapan korang di tahun baru ini di samping dikurniakan kesihatan yang baik, kewangan yang selesa & keluarga yang bahagia..insyaAllah..

Betulkan yang biasa, biasakan yang betul! :)

No comments: