Be My Friend :)

11 November 2011

kdrama review: The Princess Man

Episode: 24 * Genre: Historical/Romance * Year: 2011 * Main Cast: Moon Chae Won as Lee Se Ryung, Park Shi Hoo as Kim Seung Yoo, Song Jong Ho as Shin Myun, Hong Soo Hyun as Princess Kyung Hye and Lee Soon Jae as Kim Jong Seo *

Review: Drama ni adalah drama sejarah yang penuh dengan unsur dendam, khianat, dengki, persahabatan, cinta, pengorbanan dan kesetiaan. Semuanya diblend dengan baik sehingga menjadi salah satu drama yang menarik untuk tahun ini. Sebuah cerita yang pada awalnya bermula dengan baik apabila Se Ryung bertemu dan jatuh cinta kepada Seung Yoo. Bagaimana hubungan yang pada mulanya ingin dipanjangkan kepada ikatan suami isteri punah angkara sengketa keluarga kedua-dua belah pihak. Keluarga mereka bermusuhan lantaran berebutkan kuasa pemerintahan. Maka bermulalah episode duka mereka. Dan kematian Raja Korea pada masa itu juga telah memburukkan lagi keadaan apabila 2 puak yang bermusuhan ini terus bermusuhan sehingga menumpahkan darah. Atas arahan bapa Se Ryung, bapa dan abang Seung Yoo dibunuh dengan kejam. Begitu juga dengan para pembesar dan penyokong mereka sehingga akhirnya bapa Se Ryung ini berjaya menjadi Raja Korea yang baru. Seung Yoo yang bagaikan mati hidup semula selepas terselamat dari pelbagai cubaan untuk membunuh dia gagal bangkit untuk menuntut bela. Namun sudah pasti hasratnya itu bukan mudah kerana cintanya pada Se Ryung.

Pada keseluruhannya pada aku, drama ini walaupun bergenrekan sejarah, jalan ceritanya menarik. Malah dikuatkan lagi dengan barisan pelakonnya yang mantap. Pengakhirannya juga baik. Best ending. Se Ryung akhirnya berjaya menyelamatkan Seung Yoo dari dibunuh oleh bapanya di akhir cerita dengan bantuan dari emak Se Ryung dan mereka hidup bahagia bersama anak mereka walaupun dendam Seung Yoo kepada bapa Se Ryung tidak terbalas. Untuk drama ini aku beri 4 bintang **** :)

gambar kredit to: www.koreandrama.org

No comments: