Be My Friend :)

31 October 2011

kdrama review(s): Myung Wol The Spy & It's Okay Daddy's Girl

Episode: 18 * Genre: Action, Romance * Year: 2011 * Main Cast: Han Ye Seol as Han Myung Wol, Eric as Kang Woo, Lee Jin Wook as Choi Ryu & Jang Hee Jin as Joo In Ah *

Review: Drama ni aku tengok sebelum aku tengok drama Good Bye Miss Ripley lagi tapi aku kemalasan tahap gaban nak buat review..hehe.. Okeylah..drama ni mengisahkan tentang Myung Wol dan Choi Ryu yang merupakan Spy yakni pengintip dari pasukan khas tentera Korea Utara yang memasuki Korea Selatan dengan menggunakan ID palsu. Tujuan utamanya ialah untuk mendapatkan buku rahsia (4 buah buku) yang amat penting untuk kerajaan Korea Utara (kononnya :P)..

Selain daripada itu, Myung Wol juga ditugaskan untuk kidnap yakni menculik penyanyi dan pelakon terkenal Korea Selatan iaitu Kang Woo untuk dibawa ke Korea Utara sebab kat Korea Utara sana tak ada artis popular camtu. kiranya untuk memberi hiburan untuk rakyat Korea Utara pulak (kononnya lagi :P)...hehe..dan secara kebetulan Kang Woo ni juga memiliki salah satu buku rahsia yang dikehendaki oleh Kerajaan Korea Utara. Jadi misi Myung Wol & Choi Ryu ni 2 dalam 1 la.. gitu..

Macam2 benda jadi sepanjang usaha spy dua orang ni nak dapatkan buku2 rahsia dan di samping nak bawa Kang Woo ni balik ke Korea Utara dan ntah macam mana, heroin si Myung Wol ni terjatuh cinta pulak kat Kang Woo ni.. bertambah kompleks la permasalahan diorang nih..apatah lagi bagi Myung Wol & Choi Ryu, kalau diorang fail (gagal) dalam misi yang diberikan kepada diorang ni, diorang akan dihukum bunuh. Walaupun agak complicated, drama ni happy ending :) so untuk drama ni aku bagi 4 bintang **** :)

Episode: 16, Genre: Family, Romance, Year: 2010/2011, Main Cast: Park In Hwan as Chae Ryung's Father, Moon Chae Won as Eun Chae Ryung, Choi Jin Hyuk as Choi Hyuk Gi & Lee Dong Hae (Super Junior) as Choi Wook Gi *

Review: Drama ini adalah drama kekeluargaan. Teras utamanya ialah ikatan kasih sayang yang begitu mendalam antara sorang bapa kepada anak2 dia. Ianya menceritakan tentang Chae Ryung yang merupakan anak bongsu yang manja. Dia ni baru balik dari belajar di Amerika Syarikat bersama 2 orang kawan dia yakni sorang lelaki dan sorang lagi perempuan. Kawan dia yang lelaki tu suka pada dia tapi dia tak suka. Dia cuma anggap kawan dia tu hanyalah sekadar kawan biasa jer. Sakit hati punya pasal, dia upah kawan dia untuk kacau Chae Ryung ni masa diorang pegi kelab malam. Idea asalnya, dia nak jadi hero la nanti bila tiba2 dia muncul nak selamatkan Chae Ryung ni dari dikacau oleh kawan dia yang dia dah upah tu. Tapi planning diorang ni spoilt sebab Chae Ryung ni awal2 lagi nak tepon bapa dia soh amik dia kat kelab malam tu. So masa org jahat tu tengah nak kacau dia, bapa dia sempat sampai dan selamatkan dia.

Sakit hati dengan rancangan yang dah gagal tu, kawan Chae Ryung tu pukul kawan yang dia dah upah tu dengan kayu golf. Esoknya org yang dia pukul tu mati sebab kecederaan parah di kepala dan perut akibat hentakan senjata keras yakni kayu golf berkenaan. Tapi oleh kerana x ada yang nampak masa dia pukul org tu, maka dia dengan bantuan mak bapak dia yang bekerja sebagai peguam telah memutar belitkan cerita dan menuduh bapa Chae Ryung yang menyebabkan kematian org tu sebab masa bapa Chae Ryung selamatkan Chae Ryung, dia ada la tolak budak tu sampai terhantuk belakang kepala budak tu kat dinding. Bapa Chae Ryung yang terkejut, x dapat nak memaafkan diri dia dan menganggap bahawa memang dia la punca budak tu mati sangatlah tertekan dan akibat stressnya tu, bapa Chae Ryung ni terkena tekanan darah tinggi dan kemudiannya strok. So apakah yang berlaku pada akhirnya? Itu korang kenalah tengok tapi drama ini pada aku penuh dengan elemen kekeluargaan dan pengorbanan. Ada banyak babak sedih juga. huhu.. but anyway, jangan risau sebab drama ni happy ending jugak.. :) so untuk drama ni aku bagi 4 bintang****

gambar kredit to: www.koreandrama.org

p/s: oh yer.. lagu2 ost untuk kedua2 drama ni pun sangat best.. so korang boleh carinya di SINI ek.. :)

No comments: