Be My Friend :)

07 October 2011

kdrama review: Scent of a Woman

Episode: 16 * Genre: Romance, Melodrama * Cast: Kim Sun Ah as Lee Yeon Jae, Lee Dong Wook as Kang Ji Wook, Uhm Ki Joon as Chae Eun Suk dan Seo Hyo Rim as Im Se Kyung

Drama ini mengisahkan tentang Kim Sun Ah yang memegang watak sebagai Lee Yeon Jae yang bekerja di sebuah syarikat pelancongan. Kim Sun Ah ni dulu popular dalam drama My Name is Kim Sam-Soon tapi masa tu badan dia agak berisi. Terkejut juga aku sebab kali ni dia kurus sangat sampai pada mulanya aku x perasan yang itu adalah orang yang sama dalam drama My Name is Kim Sam-Soon. Lee Dong Wook yang hensem tu pulak memegang watak sebagai Kang Ji Wook merupakan bos di syarikat yang sama dengan Yeon Jae nih bekerja dan ini merupakan drama pertama beliau setelah tamat menjalani kursus ketenteraan selama 2 tahun baru2 ini. Dan sudah pasti aku tengok cerita ini sebab Lee Dong Wook ni la.. hehe..

Yeon Jae ni sebenarnya sakit kanser dan dijangka dapat hidup selama 6 bulan sahaja lagi. Maka, Yeon Jae ni bertekad untuk mengubah style kehidupan dia yang agak nerd tu kepada style yang dia inginkan. Dia ni pada awalnya di tempat kerja dia, dia selalu kena buli dengan rakan2 sekerja dia. Penampilan pun x menarik. Jadi bila dia tahu dia cuma ada 6 bulan sahaja lagi untuk hidup, serta merta dia membuat tranformasi pada diri dia 360 darjah dari asal dan dia juga buat 20 senarai 'wish list' apa perkara yang dia nak buat sebelum dia meninggal dunia. salah satunya ialah dia nak jatuh cinta pada orang yang dia suka yakni hero cerita ini iaitu Kang Ji Wook. Oleh itu dia pun berhenti kerja dan seterusnya pergi bercuti ke Jepun. x sangka kat sana dia berjumpa dengan Kang Ji Wook ni secara x sengaja dan sama2 jatuh cinta..

Apa jadi selepas itu? nak tau korang kenalah tengok drama ni yer. Pada keseluruhannya pada aku, drama ini agak berat pengisiannya.. sarat dengan emosi sebab Yeon Jae ni sakit kanser tapi dalam pada tu dia nak juga jatuh cinta dengan Ji Wook..dengan bermacam halangan lagi.. fuhh...cerita sedih. tapi pada akhir cerita, Yeon Jae ni x mati dan dia bahagia hidup dengan Ji Wook walaupun dia sakit. gitu..aku rasa sengaja pengarah cerita ni x mau mematikan mood penonton dengan mematikan watak utama. jadi dia biarkan watak utama itu masih hidup dan menggambarkan bahawa sebenarnya masih ada harapan dalam hidup ini walaupun menghidap penyakit yang berbahaya seperti kanser. agaknya begitulah. Jadi, untuk drama ini aku bagi 3 bintang***

No comments: