Be My Friend :)

06 October 2011

kdrama review: Protect The Boss

Episode: 18 * Genre: Comedy, Romance * Cast: Choi Kang Hee as No Eun Seol, Ji Sung as Cha Ji Heon, Hero Jaejoong (JYJ) as Cha Mon Won dan Wang Ji Hye as Seo Na Yoon

Drama ini mengisahkan mengenai No Eun Seol yang yang susah sangat nak dapat kerja. dulu dia ni gangster kat sekolah. Setelah bersusah payah pergi macam2 interview kerja, akhirnya dia diambil bekerja oleh Cha Mon Won sebagai setiausaha kepada sepupunya Cha Ji Heon. Mulanya susah juga No Eun Seol ni nak bekerja dgn Cha Ji Heon sebab Cha Ji Heon ni x minat nak bekerja pastu dia ada penyakit gemuruh. No Eun Seol ni la yang train Cha Ji Heon untuk mengatasi masalah gemuruh dia tu dan akhirnya Cha Ji Heon ni jadi bos yang berwibawa gitu. Oleh kerana selalu bersama, Ji Heon ni jatuh cinta la pada Eun Seol ni. tapi Eun Seol pulak suka pada Mon Won sebab Mon Won ni layan Eun Seol baik2 jer sedangkan Ji Heon ni selalu marah2 dia. tapi lama2 dia pun jatuh cinta juga pada Ji Heon.

Drama ini ada keseluruhannya sangat best dan kelakar sampai pada awal episode aku betul2 nak tergelak depan pc. gelagat Ji Heon dan sepupunya Mon Won sangat kelakar. Na Yoon yang melakonkan watak jahat juga kelakar hingga tak nampak pun macam dia jahat. Rasanya drama ini boleh dapat award cerita paling kelakar untuk tahun ini rasanya. best. Endingnya juga best bila Eun Seol ni akhirnya berkahwin dengan Ji Heon dan Na Yoon pula bercinta dengan Mon Won. So kalau nak tengok lakonan mantap Hero Jaejoong ni bolehlah tengok drama ini yer. Lagu2 ost drama ini pun best terutama yang dinyanyikan oleh Hero Jaejoong sendiri. seperti biasa korang boleh cari di SINI yer... so untuk drama ini aku bagi 4 bintang ****

No comments: