Be My Friend :)

13 October 2011

kdrama review: My Princess

Episode: 16 * Genre: Romance, Comedy * Cast: Song Seung Hun as Park Hae Young, Kim Tae Hee as Lee Seol, Park Ye Jin as Oh Yoon Joon and Ryu Soo Young as Nam Jung Woo

Drama ni sebenarnya disiarkan di Korea bulan February yang lalu. lama dah tapi aku jer baru tengok. hehe..itupun sebab adik aku kata drama ni best. first impression aku, Kim Tae Hee tu x berapa best (sorry Kim Tae Hee)..tapi aku suka Song Seung Hun (hensemnya dia dalam Autumn in my heart)..huhu..tapi sekarang dia dah tua sketlah..hehe..

Drama ini mengisahkan tentang Lee Seol (Kim Tae Hee). Dia ni student di sebuah universiti. macam biasalah student yang admired sangat2 pada professor dia (Nam Jung Woo). Tapi professor dia ni dah ada girlfriend (Oh Yoon Joon). Tiba2 satu hari tu dia dapat tahu yang ayah dia yg dah meninggal dunia merupakan seorang putera raja yang selama ini disorok identitinya sebab bapa dia tu anak luar nikah maharaja korea pada masa tu (kononnyalah :P) so secara automatiknya Lee Seol ni ialah seorang puteri raja dan waris kepada keluarga diraja Korea memandangkan bapa dia kan dah meninggal... lepas tahu dia ni puteri raja maka hidup dia dari orang biasa berubah 360 darjahlah. Dia kena duduk di istana dan belajar proper etiquette sebagai seorang puteri raja. Maka hero citer ni Park Hae Young telah dilantik untuk mengajar Lee Seol di istana memandangkan dia merupakan waris kepada Daehan Group yang bertanggungjawab menjaga amanat maharaja korea (atuk dia = pengerusi Daehan Group). Tak sangka, dalam pada itu dia jatuh cinta pada Lee Seol dan Lee Seol pun sama jatuh cinta pada Hae Young... gitu. Banyaklah insiden yang terjadi sepanjang dia tinggal di istana ni. Maklumlah..ramai yang dengki dan cuba menjatuhkan dia.

Overall pada aku drama ini sangat menarik. hehe..x kenal maka x cinta ek.. dah tengok baru boleh kata drama ni best..dan lakonan Kim Tae Hee dan Song Seung Hun pun mantap (ewah)..romantik gitu. So untuk drama ini aku bagi 4 bintang **** :)

2 comments:

lovelywa said...

salam ziarah..sy pun peminat drama korea nih..skang tengah melayan The Princess Man kat KBS..sebelum ni tgk drama Spy Myeong Wol..cite mmg besh..

marstories said...

salam ziarah untuk awak juga.. ha'a..spy myeong wol memang best!..:) saya pun dah tengok cuma belum buat review..dan juga baru nak mula tengok the princess man..hehe..