Be My Friend :)

19 October 2011

kdrama review: Miss Ripley

episode: 16 * Genre: Romance/Melodrama * Cast: Lee Da Hae as Jang Mi Ri, Micky Yoochun (JYJ) as Song Yoo Hyun/Yutaka, Kim Seung Woo as Jang Myung Hoon & Kang Hye Jung as Mun Hi Ju *


Drama ni sarat dengan emosi. Menceritakan tentang Jang Mi Ri yang melarikan diri dari tauke kelab malam di Jepun yakni tempat di mana dia bekerja sebagai GRO seawal usianya 19 tahun kerana desakan hidup. Dia lari ke Korea Selatan untuk mencari ibunya yang meninggalkannya semasa usianya 9 tahun.

Jang Mi Ri ni membesar dalam keadaan yang amat menyedihkan. Selepas ibunya lari meninggalkannya, dia cuma tinggal dengan ayah dia. Tak lama selepas itu ayah dia pula meninggal dunia dan Mi Ri ni kemudiannya dihantar ke rumah anak2 yatim. Di sana dia berkawan dengan Mun Hi Ju yang juga merupakan anak yatim di situ. Mi Ri ni juga sering dibuli oleh anak2 yatim yang lain sehinggalah dia diambil sebagai anak angkat oleh pasangan dari Jepun. Pada awalnya, kawan dia (Mun Hi Ju) yang sepatutnya diambil sebagai anak angkat oleh pasangan dari Jepun tu tapi waktu tu Hi Ju sakit perut maka Mi Ri diambil sebagai ganti dan dibawa pulang ke Jepun. Kat Jepun pulak dia didera oleh keluarga angkatnya yang menyuruh dia melakukan pelbagai kerja rumah yang berat2. Dia kemudiannya lari dari rumah keluarga angkat dia semasa umur dia 14 tahun sehinggalah dia berjumpa dengan tauke kelab malam tu dan mula bekerja di kelab malam tersebut masa umur dia 19 tahun.

Bila dia sampai di Korea Selatan, gigihlah Mi Ri ni cari kerja sebab dia cuma dibenarkan berada di Korea selama 2 minggu sebab dia tidak ada visa yang membolehkan dia tinggal lama di Korea kecuali dia dapat kerja tetap baru dia boleh mohon dapatkan visa kerja. Tapi susah juga dia nak cari kerja sebab dia x ada kelulusan. lagipun dia warganegara Jepun. Punya nak cari kerja sampai ada yang nak ambil kesempatan pada dia. Dalam terdesak tu dia jumpa balik kawan dia Hi Ju yang merupakan lulusan diploma dari Universiti Tokyo. Kawan dia ni ajak dia tinggal sekali dengan dia. Sebab desakan, dia akhirnya mencuri diploma Hi Ju untuk buat diploma palsu. Dengan diploma palsu tu diambil bekerja di sebuah hotel terkemuka.

Apa jadi lepas tu? macam2 benda jadi..sampai aku pun emosi sekali tengok citer nih..huhu..pada keseluruhannya pada aku citer dia menarik jugaklah. Ini la first time aku tengok drama yang heroinnya jahat. Tapi nak benci Mi Ri ni pun x boleh juga sebab dia jadi macam tu sebab desakan hidup. Memanglah cara dia tu salah tapi dia pun terdesak sangat masa tu. Lagipun aku memang suka pada Lee Da Hae ni..cantik sungguh dia. Macam anak patung! Micky Yoochun pun aku suka. Cumanya aku kurang suka pada endingnya..so untuk drama ni, aku bagi 3.5 bintang :/

gambar kredit to: www.koreandrama.org

No comments: